> Kasihan saya terhadap orang yang merasakan kisah ini amat pelik. Sepatutnya itulah yang berlaku di dalam rumahtangga islam di mana bapa (ketua keluarga), ibu & anak-anak adalah islam semuanya. > > Sepatutnya kita rasa pelik, kenapa ramai orang mengaku islam di malaysia tidak solat berjemaah. Kita patut pelik kenapa ramai orang dengan bangga (terbaca dari pengakuan artis tempatan) yang mengatakan dia seksi-seksi juga, tak pakai tudung, dedah aurat, tapi i solat tak tinggal dan pernah jadi tetamu Allah ke Mekah ! (Bukankah solat yang diterima boleh mencegah perbuatan mungkar! Dedah aurat tak mungkar bagi orang melayu !!! Maksiat bagi orang melayu hanya bila ditangkap khalwat! Sempitnya pemahaman orang melayu tentang islam! ) > > Kita patut pelik ramai orang mengaku islam sekarang minum arak terang-terangan, suami dayus sebab biarkan isteri dan anak perempuan di bawah tanggungannya tak tutup aurat. Suami abaikan solat dan tak berupaya membimbing keluarganya dari api neraka (Lihat firman Allah untuk orang beriman: Peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka) > > Sebenarnya kalau nak cakap bab solat berjemaah ni, sunat muakkad (amat dituntut) kepada orang lelaki melakukannya di masjid atau surau. Nabi pun tak berjemaah di rumah dengan keluarganya kecuali solat sunat. Solat fardhu semua di lakukan di masjid. Orang lelaki patut meriahkan masjid dan surau dengan mengamalkan solat berjemaah pada 5 waktu wajib. Bukan hanya pada solat jumaat seperti sekarang ini. > > Sebab itulah Yahudi pernah berkata " Jangan harap orang Islam dapat mengalahkan kita SELAGI JEMAAH SOLAT SUBUHNYA TIDAK MENYAMAI JEMAAH SOLAT JUMAAT!" > > Orang lelaki islam yang rasa takjub dengan kisah ini membuktikan bahawa memang sebenarnya ibubapa yang bertanggungjawab mendidik anak-anak tentang islam dan mengamalkannya amat jarang dijumpai.... Jadi, apa tindakan anda sebagai lelaki islam terhadap insan-insan di bawah tanggungan anda yang bakal dipersoalkan di akhirat ? > > Rasa Peliklah terhadap perkara yang dibuat oleh manusia yang berani MELANGGAR PERINTAH ALLAH bukan rasa pelik terhadap orang yang menurut perintah Allah. > > Syaitan pun takut tengok perangai manusia yang berani melanggar perintah Allah seperti meninggalkan solat. Sebab syaitan pernah berkata , dia dilaknat oleh Allah sehingga akhir zaman hanya kerana tidak mahu tunduk kepada nabi adam yang dijadikan dari tanah berbanding dirinya dari api. Sedangkan manusia sekarang lebih hebat, melanggar terus perintah Allah dan masih diberi peluang untuk bertaubat... > > Ubahlah cara pemikiran kita... Jangan satu masa nanti anak-anak kita rasa pelik melihat orang solat sebab dia tak pernah tengok bapa & ibunya serta adik beradiknya solat, seperti mana peliknya pengirim ini sebab mungkin tak pernah lihat situasi ini berlaku di kalangan kehidupannya.... Itu sebab dia rasa terharu yang amat sangat !! Sebab kes ini jarang dilihatnya ! > > Kisah seperti ini masih banyak berlaku sebenarnya tapi tidak diwar-warkan sebab yang sibuk diwar-warkan adalah berita glamor artis yang melalaikan dan hiburan kosong semata-mata seperti yang terdapat dalam majalah hiburan dan suratkhabar harian.
> > > >Assalamualaikum... > >Tersentuh Hati > > > >Maaf mengganggu... saya hanya nak sampaikan sebuah cerita yang saya > >dapat,yang membuatkan hati saya amat tersentuh.Cerita ini saya dapati > >selepas menghadiri sebuah usrah umum di tempat saya baru-baru ini.Ustazah > >yang menceritakan ini sekarang mengajar di kisas. >
__________________
||| Bercinta Tak Semestinya Memiliki,Menentang Tak Semestinya Membenci |||
Betul kata jepun 363, akhir zaman nie banyak perkara2 mungkar berlaku .. memang tidak dinafikan godaan di luar sana lebih kuat dari godaan ke arah kebaikan ..
betol tu kak aidura terlalu byk godaan...ianya meguji iman kita/// tapi kita insan yang lemah lagi hina ni tak tau sampai mana jer kita mampu bertahan coz setiap insan tak lari dari melakukan kesilapan...///
Kalau kita sembahyang dan membaca Al-Quran dgn tidak faham ertinya akan terjadi perkara sebegini...apa yang kita baca itu hanyalah sia-sia sahaja...umpama siulan....semua org mengaku Islam...tapi?........