Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Pedoman Bersama


Member

Status: Offline
Posts: 24
Date:
Pedoman Bersama


10 cara untuk melatih diri bercakap perkara-perkara baik


 


1.                  Kita mesti rajin membaca Al-Qur’an.  Ia akan mengarah diri kita ke arah melafazkan perkataan-perkataan yang benar.


2.                  Banyakkan berzikir.


3.                 Rajin bercakap tentang kebaikan orang lain.  (Supaya tidak angkuh tentang diri sendiri).


4.                  Elakkan diri dari bercakap bohong.


5.                  Elakkan daripada suka berjenaka yang tidak kena tempat dan berlebih-lebihan.


6.                  Pastikan makan dan minum  benda-benda baik sahaja (Halal).


7.                  Beristighfar cepat-cepat apabila telah menyinggung perasaan/diri orang lain.


8.                  Rajin belajar daripada orang lain.  (Cari role model untuk dicontohi).


9.                  Biasakan diri berbicara tentang kebesaran ALLAH.


10.              Bersihkan hati nurani kita.  Ia merupakan kilang pada percakapan dan perbuatan kita.


 


Seteruk-teruk manusia .. dia boleh menjadi seorang insan yang baik jika kemahuannya kuat.  Niat amatlah penting, dan usaha/pendekatan dibuat mengikut cara yang ALLAH redhai.  (Turut akan mendapat pahala ibadat).


 


Yang penting, jangan kecewa untuk menjadi manusia yang baik.  Jangan sekali-sekali ingat kuasa manusia mengatasi kuasa ALLAH. 


 


Sentiasalah berdoa dan terus berdoa semoga kita terus dalam islam dan menjadi makhluk yang sentiasa dibawah perlindungan rahmat dan kasih sayangNya.


 



__________________
2nd Branch & Nanak Ugik


Senior

Status: Offline
Posts: 176
Date:

Assalammualaikum wbt///
tahniah kak...isteri abang tajudin pun dah turut serta...kak nama aidura hampir sama dengan isteri saya(salisa adura)...
-wasalam///-

__________________
9:20 14:24 16:41 16:78 29:49 7:179 24:1 75:16 29:49 4:59


Senior

Status: Offline
Posts: 182
Date:

quote:

Originally posted by: AIDURA

    6.                  Pastikan makan dan minum  benda-benda baik sahaja (Halal).


Tahukah anda semua bahawa makan telur itu haram?


Sebenarnya yg haram itu adalah telur yg tidak dibasuh bersih sebelum memasaknya.


Ini kerana telur itu keluar dari bontot (maaf) ayam.Bersama-sama telur itu biasa melekatlah


sedikit sebanyak najisnya(yg biasa color hijau-hijau kat telur tu).Kalau kita pecahkan telur tu


mesti kena kulitnya kan? Therefore, kalau kita nak makan roti telur kat kedai mamak tu atau


lain2 makanan yg mengandungi telur ,tanyalah dulu samada telur ayam tersebut dah dibasuh


atau belum.Jangan tanya telur dah basuh atau belum, nanti lain pulak maksudnya.Jangan marah


haa.....


 


 



__________________
wann


Senior

Status: Offline
Posts: 176
Date:

Insyaallah....


 


Di mana ada kemahuan di situ ada jalan..



-salam-



__________________
tiada siapa akan memahami aku,melainkan mereka ialah aku,orang yang paling dipercayai ialah aku tiada selain melainkan aku. sesungguhnya aku adalah aku bukan kamu.andai engkau menjadi aku engkau akan mengerti...


Senior

Status: Offline
Posts: 426
Date:
kulit telur...



quote:


Originally posted by: saf_one
" Tahukah anda semua bahawa makan telur itu haram? Sebenarnya yg haram itu adalah telur yg tidak dibasuh bersih sebelum memasaknya. Ini kerana telur itu keluar dari bontot (maaf) ayam.Bersama-sama telur itu biasa melekatlah sedikit sebanyak najisnya(yg biasa color hijau-hijau kat telur tu).Kalau kita pecahkan telur tu mesti kena kulitnya kan? Therefore, kalau kita nak makan roti telur kat kedai mamak tu atau lain2 makanan yg mengandungi telur ,tanyalah dulu samada telur ayam tersebut dah dibasuh atau belum.Jangan tanya telur dah basuh atau belum, nanti lain pulak maksudnya.Jangan marah haa.....    "



kalau sy hanya makan org yg basuh telur tu saja ( ada signbord letak ===>>> telur di basuh) yg saya sentuh. tu pun time bulan ramadhan beli mutrabak ja. hehehek.


Tapi, jaga jngan kena bagi kulit telur dng org time makan udah lah. kang hina ja diri tu rasa.


senda itu penawar duka.


 



-- Edited by car_r3nt at 20:31, 2004-12-23

__________________
:.KaR3n.: "aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH"


Guru

Status: Offline
Posts: 630
Date:
RE: Pedoman Bersama


askum.. betui tu saudara saf one, peringatan bagi yang terlupa... thanks..

__________________
miau miau miau /// untitled
tiga kupang


Senior

Status: Offline
Posts: 489
Date:

Assalamualaikum ..

Salam perkenalan dari saya kepada Kak Aidura, isteri kepada Abg Batu Kurau kita .. mintak maaflah kak, hari tu saya segan nak tegur dengan akak .. maklumlah saya nie pemalu orangnya .. Insyallah lepas nie dah tak malu dah ..

__________________
~~~@|||Andy|||@~~~
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard