Akhir zaman Nabi dah kata setiap dari kita orang Islam ni ramai tapi ibarat buih di lautan.
Tengok sendiri jer la negara-negara Arab macam Mesir dan Arab Saudi tu hancus luluh..jangankan nak sokong negara Islam yang ditindas sebaliknya membantu pulak pihak kapir yang berjuang nak menghapus kan ISlam.Tapi yang aku tengok pemimpin Negara Arab jer yang mengos.Rakyat mereka setakat ini alhamdulillah,majoriti menyokong perjuangan ISlam di negara-negara yang ditindas.Malah sanggup jihad di Palestine n Iraq.Kebanyakkannya datang dari South Yemen.
Bagi kita yang sama sama beragama Islam ni pun sama.Lately, makin banyak "Jenama Islam" dah ada dalam pasaran.Ada yang anti hadis la syiah lah wahbi la yg terima hadis ni yang tolak hadis ni ada yang benci PERAWI hadis tu ada yang terima PERAWI hadis ni,ada yang fahaman politik ni and ada lak yang fahaman politik tu.Yang pelik tu semua mengaku taat kepada Allah dan al quran serta menyintai nabi nabi tapi amalan tak seiring dengan pengakuan.
Kalau lah setakat berijtihad untuk kebaikan bersama macam imam imam mazhab yang 4 tu tak pa jugak,walaupun berlainan pendapat tetapi tetap bersatu dan saling hormat menghormati.Ini ilmu seciput dah sibuk sibuk nak salah menyalah sesama sendiri.Tak salah berlainan pendapat, malah sejarah Islam sendiri pun isteri nabi pernah berperang dengan sahabat nabi setelah kewafatan baginda...tetapi pertelingkahan mereka bersifat ijtihad yang menyumbang ke arah penyatuan agama bukan sebaliknya.
Yang lebih menyedihkan lagi imam imam mazhab yang mengabdikan diri untuk menegakkan kalimah ALlah turut menjadi mangsa kutukan org org yang kununnya ISlam ni.PERAWI hadis seperti Abu Hurairah pun menjadi musuh ketat puak puak anti hadis.Seolah-olah ilmu dan iman mereka tinggi lah sangat nak challenge org org yang mereka kutuk tu.
So,gejala yang menjadi ancaman dunia Islam hari ini bukan lagi orientalis barat sebalik nya musuh itu wujud dari kalangan kita sesama Islam ni sendiri.Oreintalis dah boleh duduk goyang kaki sebab pembantu mereka yang terdiri dari kalangan umat Islam sendiri membantu memainkan peranan lebih efektif dari mereka sendiri untuk menghancurkan Islam dari muka bumi ini.Nauzubillah.
"Allahumma,ya Tuhanku!Kepada Engkaulah aku meyerahkan diriku,kepada Engkaulah aku menumpahkan kepercayaan,kepada Engkaulah aku bertawakal,kepada Engkau aku akan menuju, dan dengan Engkaulah aku melawan segenap penghalangku."