>Assalamualaikum w.b.t. > >Renungan Bersama..... > >3 DOA RASULULLAH S.A.W > >'Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : "Satu hari Rasulullah >S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W >sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan >menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan >Rasulullah S.A.W. Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang >agak panjang kepada Allah S.W.T : > >Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling >kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada >Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia >memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak. > >1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan >umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini >diperkenankan oleh Allah S.W.T. > >2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan >dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah >melanda >umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah >S.W.T. > >3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak >dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka(peperangan, pergaduhan >antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan >(telah ditolak).