Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: DOA RASULULLAH S.A.W


Veteran

Status: Offline
Posts: 35
Date:
DOA RASULULLAH S.A.W


>Assalamualaikum w.b.t.
>
>Renungan Bersama.....
>
>3 DOA RASULULLAH S.A.W
>
>'Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : "Satu hari Rasulullah
>S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W
>sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan
>menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan
>Rasulullah S.A.W. Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang
>agak panjang kepada Allah S.W.T :
>
>Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling
>kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada
>Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia
>memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak.
>
>1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan
>umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini
>diperkenankan oleh Allah S.W.T.
>
>2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan
>dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah
>melanda
>umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah
>S.W.T.
>
>3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak
>dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka(peperangan, pergaduhan
>antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan
>(telah ditolak).



__________________
hUsiEn
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard