Tazkirah untuk diri sendiri dan para sahabat > >Nun Di Sana > >Nun di sana cita-cita kita >Ya akhirat namanya >Di dunia ini bukan tempat tinggal >Di sini hanya sebentar tidak kekal > >Betulkan niat dari sekarang >Tukar sikap kita dari sekarang >Quran dan Sunnah jadikan panduan >Agar besok kita tidak kekesalan > >Biar susah sedikit kerana Tuhan >Untuk menghindar kesusahan yang besar >Yang tidak sanggup ditanggung badan >Ambillah iktibar kalau mahu sedar > >Di sana tiada taulan yang membela >Amal ibadah itulah pembela kita >Ayuh bersegeralah menuju kebajikan >Jangan dilalaikan dari nafsu dan syaitan > >Pangkat dan harta tidak akan kekal >Bahkan apa yang ada akan ditinggal >Hidup di dunia hanya sementara >Buatlah persiapan untuk ke sana > >Ayuh bersegeralah menuju Allah >Taatilah Dia minta ampun padaNya >Mati bila-bila masa boleh tiba >Jangan sampai kita tidak bersedia > > > Nada Murni > > >Kebelakangan ini alhamdulillah nasyid begitu popular sekali >dikalangan umat Islam di Malaysia. Walau bagaimanapun, adakah nasyid >ini sudah menjadi satu perkara "laghaw" ataupun ia masih berupaya >mencuit minda-minda yang terleka. > >Senikata nasyid di atas mendalam sekali maknanya. Betulkah dalam >kesibukan kita setiap hari, akhirat itu menjadi cita-cita kita? >Adakah keredaan Allah yang kita cari atau tingkah laku kita menuruti >hawa nafsu? > >Dewasa kini, wanita berlumba-lumba untuk menyaingi lelaki. Tidak mahu >lagi berada di bawah telunjuk lelaki. Sebagai wanita Islam, Allah >telah membebaskan kita dari telunjuk lelaki lebih 1400 tahun lalu. >Kita adalah hamba Allah bukan hamba kepada nafsu manusia. Kalaulah >benar wanita kafir sudah merdeka, kenapakah masih ramai yang >sanggup berlapar hanya untuk mendapat bentuk badan yang langsing dan >mengapakah bila ada pameran kereta, wanita berpakaian yang "tidak >cukup benang" perlu bertenggek di tepi kereta. > >Kalau kita tidak berhati-hati, kita juga akan terperangkap di dalam >jurang yang sama. Sebagai contoh, berhias ketika keluar rumah tetapi >selekeh di dalam rumah sendiri, mengumpat untuk menjatuhkan wanita >lain, bertungkus-lumus mengejar karier sehingga mensia-siakan >keluarga sendiri, belumba-lumba mengumpul harta dan peralatan rumah >hinggakan terlupa sempadan antara keperluan dan pembaziran. > >Akhir kata, akhawat ingatlah, >"Sebaik-baik perhiasan di dunia adalah wanita solehah...."