Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Teori Evolusi Darwin bercanggah dengan Islam...


Senior

Status: Offline
Posts: 426
Date:
Teori Evolusi Darwin bercanggah dengan Islam...



Benarkah Teori Evolusi Darwin bercanggah dengan Islam?

TEORI Evolusi diasaskan oleh seorang pakar biologi dari England yang bernama Charles Robert Darwin 1809-1882 M.)


Beliau mengutarakan pendapatnya melalui bukunya bertajuk The Origin of Species by Means of Natural Selection pada tahun 1859.


Darwin menegaskan semua makhluk yang hidup sama ada manusia ataupun haiwan berasal daripada keturunan yang sama.


Keturunan awal ini kemudiannya berubah daripada satu tahap ke tahap lain bagi menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran yang sentiasa berubah.


Hasil daripada perubahan-perubahan yang memakan masa jutaan tahun, akhirnya lahirlah makhluk yang kompleks bernama manusia.


Jika teori ini benar, kita pasti akan bertemu dengan makhluk-makhluk pertengahan yang separuh binatang dan separuh manusia, separuh binatang laut dan separuh darat, separuh burung dan separuh haiwan biasa kerana teori evolusi menuntut wujudnya makhluk seumpama itu sebagai bukti kebenarannya.


Namun, sehingga hari ini makhluk seumpama itu tidak tidak ditemui sehingga pada suatu masa Darwin sendiri meragui teorinya.


Di dalam bukunya tersebut beliau berkata, ``Jika makhluk-makhluk berubah daripada satu spesies ke spesies yang lain, mengapa tidak ditemui spesies pertengahan itu (transitional forms). Mengapa kehidupan wujud di dalam keadaan teratur dan tidak kelam-kabut? Mengapa makhluk penghubung di antara satu spesies dengan spesies yang lain tidak wujud? Perkara inilah yang telah memeningkan kepalaku selama ini?''


Bagi membuktikan kewujudan spesies pertengahan ini, penipuan dilakukan oleh ahli-ahli sains tertentu.


Sebagai contoh, 50 tahun dulu pakar-pakar dalam bidang evolusi menggemparkan dunia dengan penemuan sejenis ikan Coelacanth yang dikatakan hidup 410 juta tahun dulu dan tidak wujud lagi pada hari ini.


Bagi mereka ikan ini adalah bukti spesies pertengahan berbentuk separuh ikan dan separuh haiwan darat kerana mempunyai paru-paru, otak, sistem penghadaman dan sistem yang membolehkannya berjalan di darat.


Namun pada 22 Disember 1938, ikan jenis yang sama ditemui di Laut India, diikuti dengan 200 penemuan lain dalam jangka masa beberapa tahun sahaja.


Hari ini pakar-pakar sains mengesahkan bahawa ikan Coelacanth adalah ikan asli yang tidak ada kaitan sama sekali dengan spesies pertengahan yang disebutkan oleh pakar-pakar evolusi.


Majalah Bilim ve Teknik mendedahkan bahawa apa yang didakwa berhubung dengan ikan Coelacanth yang mempunyai otak, paru-paru dan sebagainya adalah pembohongan semata-mata.


Secara dasarnya teori Darwin menafikan kewujudan Tuhan. Kuasa penentu dalam proses evolusi adalah natural selection atau `kuasa semula jadi'.


Justeru, pengasas teori komunikasi, Karl Max, mengagumi Charles Darwin sehingga dalam bukunya, Das Kapital beliau menganggap dirinya sebagai pengikut setia Charles Darwin.


Islam menentang teori Darwin sebagaimana Islam menentang semua teori yang mengingkari kewujudan kuasa Tuhan.


Tambahan daripada itu, dalam hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi dan Abu Daud, nabi s.a.w. bersabda, Manusia berasal daripada Adam dan Adam berasal daripada tanah.


Teori-teori Darwin dan Machiavelli yang disebutkan ini adalah sebahagian daripada jahiliah atau kesesatan yang mempengaruhi pemikiran manusia pada hari ini.


Umat Islam perlu mempunyai kefahaman yang betul berkenaan Islam supaya mereka tidak mudah terpedaya dengan isme-isme ini.


Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Thabrani, Nabi s.a.w. bersabda, Allah paling murka kepada mereka yang beragama Islam tetapi mengikut landasan jahiliah, dan juga kepada mereka yang ingin menumpahkan darah seseorang tanpa hak.


- Dengan kerjasama PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.


:. ihsan dari :- utusan malaysia



__________________
:.KaR3n.: "aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH"


Senior

Status: Offline
Posts: 156
Date:

all my brotherhood and kakak sekalian. selagi kita percaya bahawa al quran itu petunjuk kita, selagi itu la kita ikut apa yang disampai. cari la orang yang mampu huraikan pada kita.boleh la berjumpa ngan abg masjuki di R N D kajang...

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 489
Date:

Assalamualaikum ..

Teori Darwin ini sudah saya reject awal awal lagi masa kat sekolah dulu ( History ) .. and plus, nak ke kita samakan diri kita ngan binatang ?? nak nak monyet !! huk huk huk ..

Kan sudah di tulis .. kita dijadikan dari tanah .. buat apa nak di pertikaikan lagi ?? Al Quran adalah sebenarnya encyclopedia terbaik di atas bumi ini .. rujuk padanya sudahlahh ..

-- Edited by Andy_9126 at 09:03, 2004-12-25

__________________
~~~@|||Andy|||@~~~


Dr Hj Masjuki - Web Master & Pengarah R&D

Status: Offline
Posts: 976
Date:

Saya ingin lihat anggota taskforce mengulas isu ini mengikut apa yg telah kita bincangkan... sila jelaskan pada rakan rakan unsur dan ulasan secara ilmiah ...

__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***


Senior

Status: Offline
Posts: 156
Date:

surah al maa-idah ayat 10:adapun orang2 kafir dan mendustakan ayat2 kami,mereka itu adalah penghuni neraka.


 


 


 



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 489
Date:

Assalamualaikum ..

Alhamdullilah kepada wan landak ..

__________________
~~~@|||Andy|||@~~~


Senior

Status: Offline
Posts: 425
Date:
RE: Teori Evolusi Darwin bercanggah dengan Islam..


teori ni merepek arr...si darwin tu fanatik kt monyet kot...

__________________
|||BATU|||


Dr Hj Masjuki - Web Master & Pengarah R&D

Status: Offline
Posts: 976
Date:
RE: Teori Evolusi Darwin bercanggah dengan Islam...


bukan ayat 10 la wan... kamu silap... lihat ayat 60...

__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***


Guru

Status: Offline
Posts: 742
Date:

Assalamualaikum...///


Teori Darwin ni tak leh pakai. Ada ke si Darwin ni kata kita ni asal dari laut atau air pastu evolve ke darat. Makhluk dari laut tu ikan, kira ikan tu naik ke darat dan jadi reptilia pastu jadi burung, padahal kalau dikaji secara saintifik, bulu burung ni amat sukar dimengerti kerana mampunyai fungsiaero dinamis yang luar biasa.


Satu fragmen tengkorak di temui pada tahun 1912 menolak teori Darwin mengatakan manusia berasal daripada monyet. Fragmen tengkorak itu dinamakan 'Manusia Piltdown' dan dijangka berusia 500 ribu tahun. So, kantoi la Darwin.


Sebenarnya Darwin sorang je keturunan beruk, manusia yang lain adalah daripada tanah di cipta oleh Allah seperti yang di tulis dalam Al-Quran. Darwin punya keturunan ni perangai macam beruk, sebab tu dia ingat dia keturunan beruk.



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard