Takziah dan juga Alfatihah kepada lebih kurang 40 org mangsa yg terbunuh di dalam satu bencana alam yang tak pernah kita alami dan fikirkan.saya pagi tadi telah menerima sms dari saudara ramli yg mengatakan ada seorang anak dari saudara kite turut terbunuh dalam kejadian semalam di penang.
Saya selalu menonton rancangan discovery channel mengenai bencana alam seperti ini.Malaysia adalah sebuah negara yg bertuah dan makmur sememang nya terletak jauh dari lintasan gunung berapi dan juga gempa bumi.
Walaubagaimana pun Allah Maha Kuasa.sudah tentu ada hikmah di sebalik kejadian ini atau pun ada sesuatu yang Allah nak sampai atau amaran kan...
Wallahualam....
__________________
||| Bercinta Tak Semestinya Memiliki,Menentang Tak Semestinya Membenci |||
Mungkin amaran Allah untuk semua umat Islam di Malaysia.Sama-sama kita fikir dan renungkan apa yang telah,sedang dan akan kita lakukan.Bermuhasabah diri untuk kepentingan agama,bangda dan negara.
quote: Originally posted by: Farriman "adakah ini petanda-petanda dunia nak kiamat??? hmm...amalan tak cukup lagi,dosa dah bertimbun... aku insaf..."
samalah kita bro
__________________
:.KaR3n.: "aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH"
Memang tidak disangka sangka betul lah .. ngeri melihat berita ( rakaman video ) mengenai tsunami itu .. perit lagi hati yang dialami oleh bapa salah seorang mangsa yang kehilangan anak beliau dan juga kepada mereka yang telah kehilangan ahli keluarga akibat bencana tersebut ..
Kita juga telah kehilangan seorang saudara Islam kita iaitu anak saudara kepada Ayahanda Pak Tam Mail Pulau Pinang disebabkan ombak besar di Balik Pulau, Pulau Pinang ..
Dengan itu, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada rohnya dan juga kepada mereka mereka yang terkorban akibat bencana itu dan tidak lupa juga kepada seluruh umat Islam yang telah tiada lagi .. Al-Fatihah ..
quote: Originally posted by: Farriman "adakah ini petanda-petanda dunia nak kiamat??? hmm...amalan tak cukup lagi,dosa dah bertimbun... aku insaf..."
aku pon sama arr...
aku kesian giler + sedih sedih tgk berita smlm. ade sorg bapak tu hilang 4 org anak dan ade lagi satu kesemua 5 0rg anaknya maut. yg lagi aku sedih kat kepulauan maldiv,ramai2 berpaut kat tiang rumah,tapi 2 org telah dibawah arus deras... kehilangan yg berlaku depang mata kita mmg menyayat hati... mungkin disebalik kejadian ni bayk kelebihan dan maknanya... menyedarkan umat2 sekalian....
malapertaka yang melanda malaysia...merupakan peringatan dari ALLAH tentang kemungkaran yang banyak berlaku di malaysia...kes rogol bunuh pelacuran judi masalah sosial bapak rogol anak datuk rogol cucu abang rogol adik maksiat dan macam2 lagi kemungkaran...sama2lah kita fikirkan adakah benar...???apapun saya bersimpati dan ucap takziah...AL Fatihah