wahai ahli jemaah, datang la ke putra lrt pasar seni bagi menyerikan majlis yang dianjurkan oleh pekida. ada banyak aktiviti(permainan,battle of band,karaoke dan derma darah). mari beramai2 mengharumkan nama pekida. sapa lagi nak membantu kalau bukan ahli2 jemaah sendiri. amar makruf nahyil mungkar. (wan landak sungai besi)
boleh tak kiranya postkan aturcara majlis secara lebih detail pada hari countdown itu nanti?. Mungkin berguna pada saya mahupun pada adik beradik yang lain.
Anda dijemput untuk menghadiri majlis perasmian eWana Peace Music Fest (anjuran bersama ewana.fm / Pekida Pro Event / Unit Task Force R & D Pekida & Malaysian For Peace ) dan Majlis Menderma Darah dan New Year 05 Count Down yang akan diadakan pada tarikh dan masa seperti berikut:
Tarikh : 26 Disember 04 (perasmian & majlis derma Darah)
31 Disember 04 (new year Count Down)
Masa : 10 pg - 6 ptg (perasmian & derma darah)
2 ptg - tengah malam ( new Year count down)
Tempat : Stesyen LRT Pasar Seni ( Bersebelahan stesyen BAS Klang )
Anda dijemput datang beramai ramai menghadiri majlis ini sambil menderma darah dan berhibur, Dan juga New year 05 Count Down . Berbagai aktiviti dan pertandingan diadakan dan diantaranya.karaoke terbuka .pertandingan catur, carrom, checker, menimbang bola takraw, netball, motosikal paling cantik dan dengan harga yg amat murah. sokongan anda semua amat diharapkan untuk menjayakan majlis ini berhibur sambil menyumbang.. Dan Juga antara aktiviti yg akan diadakan lg nanti adalah Battle of The Band (Open ) 29 & 30 Jan 05 Dan pertandingan Karaoke Terbuka. Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi saya ditalian 016 3411385 dan jangan lepaskan peluang untuk menderma darah dan beramal sambil berhibur. Sila Beri Nama dan No Contact untuk dihubungi dan Pengesahan.
aturcara dan jenis permainan akan saya post kat brother ucuk secepat yang mungkin. kalau boleh bawa la adik beradik kita yang lain untuk derma darah. kalau boleh kita pecah kan sekali lagi rekod derma darah teramai. kat keramat kita dah buat, lebih 200 orang jemaah kita yang menderma. apakata kita lebihkan lagi kepada 300 atau lebih. cewah main buah nampak.hehe...
tima kasih pada info tersebut....bukan apa, mungkin ramai yang tidak tahu akan program2x yang ada... sebab saya ada terfikir...(mintak maaf kalau tersilap kata).. siapa atau cemana nak war war kan info sebegini di shah alam? .... Event yang Besaq, Mesti promo Gempaq!.. atau ada tak macam brochure atau iklan2x yang boleh ditampal dimerata-rata...di area shah alam. Buat pengetahuan, UiTM tuh satu port remaja (MELAYU - ISLAM) yang sentiasa dahagakan majlis2x keseronokan. At least dapat kita tarik mereka bercountdown di tempat kita (sambil2x tunjukkan imej sebenar PEKIDA sekarang), tak lah nanti mereka merempit atau mabuk2x di dataran. Kena pulak nanti ada AmBank Gemilang Countdown tuh nanti....lagi la....
Kepada Kanda2x yang membaca, Ucuk mintak tolong bagi ulasan atas ulasan Ucuk nih....anyway thanx Kanda Wan Landak!
kekanda wan landak .. ape kate kalau kite jemput skali adik beradik yg dr melaka ... boleh juga meramaikan majlis countdown tuh nanti ... ape kate kalau bg info yg lebih detail sket ....
buat saudara phiz dan semua jemaah,sebenarnya acara ini terbuka buat semua ahli di mana nanti kita akan mengumpulkan ahli seluruh negeri(jadi kita tengoklah nanti adi beradik dari mana yang ramai datang ya!hehehe).
Dari itu dengan acara yang buat pertama kali ini dapat nanti menghimpunkan kita semua dengan acara yang penuh makna ini.Sebarkanlah buat seluruh adik beradik kita agar dapat kita bersuai kenal dan merapatkan slaturrahim di antara kita!
brother ucuk malam ni saya akan ke shah alam. kalau berkesempatan kita akan jumpa. tinggalkan no phone kat saya. akan saya kirim kan brochure. saya akan adjust kan. insyallah..
Hah, elie .. hari tu ( 26hb ) ko kata nak datang ? sila beri penjelasan kepada adik beradik semua sebab bila diorang tanya mana elie, saya jawab kejap lagi sampailah .. sampai ke sudah tak nampak batang hidung pun .. hmm ..
heheh...sori sangat2 bro...aku mmg teringin nk datang ari tu...tp x sempat arr...dah beli tiket awal...lagipun penat time kenduri abg zaki ari tu x ilang lg...sakit belakang ni woooo....hehhehe..xpa xpa..nnti program lain..insyaallah aku datang...mintak maaf adik beradik semua!!! *andy...heheh..penat seh...penat...jadik waiter ni..penat rupenyer!!!*
Okay okay .. alasan ini diterima .. kitorang dah pakat dah, alasan awak kalau awak kat Johor dah tak boleh pakai dah .. sebabnya, adik beradik kita yang dari jauh pun boleh turun .. inikan awak .. he he .. takdelah elie, main main je .. walau macam mana pun, diharapkan sabar menempuhi cabaran hidup ..