Saya diberitakan bahawa adik beradik dari utara akan turun pada malam tersebut.
Baru sebentar tadi saya telah diberitakan juga bahawa Jemaah (+- 6,7 orang) daripada NILAI Negeri Sembilan (diketuai oleh nick FAUZI) akan turut serta bersama-sama memeriahkan majlis Induksi yang akan diadakan.
Doakan perjalanan mereka selamat pergi dan balik.... InsyaAllah
Saya dah merancang untuk turun kursus induksi pada 28.12.04 nampaknya kena posponed ke tarikh yang belum ditetapkan...Saudara2 saya(ahmad&kamal minta tangguh tunggu gaji keluar) kepada Saudara Wan puchong perdana maaflah tak dapat bersama minggu ni...
w'salam kekanda Ucuk..ekeke..a'aaa sebentar tadi pun saudara Fauzi dari Nilai tepon saya juga bgtau akan turun bersama adik badik yang lain...kita ucapkan selamat datang rombongan dari Nilai nanti...saudara Fauzi maklum beliau tak dapat join forum lagi kerana opis dia dah blok penggunaan internet...
den pon nak poi sekali gak ni tak la nanti abg batu kurau lepaskan peluru jarak jauh lak kang jenuh den nak lari jgn marah abg batu kurau den buat lawak tayar jer
heheheh nanti kita jumpa kat tol sg.besi tau abg batu kurau/// kol7:30 kan??? abg batu kurau naik keta ker???no plet apa??? nanti abg batu kurau tunggu kat blah mana ni??? kang jenuh lak saya nak bagi singnal kat semua org lak
oraittttt jepun...lepas bayar tol sg besi...benti tunggu sebelah kiri lerr...tunggu belah kanan mampuis langgar dek semut kang..ekeke....lam kul 7.45 saya sampai laa...lewat2 pun kul.8.00...saya guna kancil hijau muda jerr...JDU 4689...Da lak..??
memang niat dihati berhajat untuk join skali kursus induksi di RND,
tapi masalahnyer saya dan kawan2 lain yg berminat kesuntukan masa utk sampai ke kajang. Waktu pulang kerja yg masalahnyer.
al-maklumlah saya ni dr melaka jauh sket. Tapi insyaallah, jikalau kursus induksi ini diadakan pada hujung minggu (mlm minggu), mungkin dpt lah saya mengajak adek beradek lain di melaka ni utk bersama-sama nanti.
w'salam phiz...itu laaa..jika pihak RnD dpt tuko schedule ke malam minggu cantik gak...dapat juga adik-badik dari jauh hadir...dapat juga adik badik dari jauh save cuti...
Insyaallah,saya pun akan turun jugak 28/12/2004 nie...
__________________
Kadang2 Allah hilangkan sekejap matahari untuk kite,
Kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat,
Puas kita menangis mencari mana matahari kita,
Rupa2nya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah...
Assalamualaikum... wah nampaknya ramai jugak yang nak turun 28/12 ni yea... rugi ni kalau tak join.. Insya Allah saya akan hadir bersama2 dgn rakan2 yang lain... moh kita beramai2...
Kepada semua .. saya CONFIRM turun malam esok ( 28/12/2004 ) tapi takut tersesat lagi .. maklumlah hari tu saya datang 8 kali kena bayar tol kerana sesat .. dan saya faham maksud yang tersirat itu .. bukan senang nak mendapat kebaikan dan bukan susah untuk berbuat jahat .. fahamilah jika kiranya anda sesat !!
Adik beradik dari utara pun dah selamat sampai pagi tadi...
Letih nar nampak nye...
kite jumpe malam nie....kanda ucuk....malam nie datang tak???
__________________
tiada siapa akan memahami aku,melainkan mereka ialah aku,orang yang paling dipercayai ialah aku tiada selain melainkan aku. sesungguhnya aku adalah aku bukan kamu.andai engkau menjadi aku engkau akan mengerti...
InsyaAllah Kalau BajuPutih Tak Keletihan Sangat BajuPutih Akan Datang Ke RnD Malam Tersebut Tetapi Selepas Pukul 12 Malam Kerana Sebelum Itu BajuPutih Kena Mengaturkan Perjumpaan Kelab Kereta Kancil Di Ampang Pada Malam Tersebut. Selesai Sahaja Perjumpaan Itu, BajuPutih Cuba Menghadirkan Diri Ke RnD...InsyaAllah...
quote: Originally posted by: nurul "salam.../// Adik beradik dari utara pun dah selamat sampai pagi tadi... Letih nar nampak nye... kite jumpe malam nie....kanda ucuk....malam nie datang tak???"
ekekekek... mmang lar letih dek kena gegaran TSUNAMI bas dari utara. nih tak tidoq lagi nih. bkn pa, gumbira TERSANGAT berjumpa ngan adik-beradik di sini. jgan mata naik lobam udah ler yerk. ekeekke.
* :mata kelam dari utara,
senda penawar duka.
__________________
:.KaR3n.: "aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH"