Assalamualaikum...saya ingin mencadangkan pada pihak RnD dan Abg Mas sendiri agak dapat diubah jadual kursus Induksi dari malam Rabu ke malam minggu (Mlm Ahad)..saya ada juga menerima sungutan yg mengatakan kami yg dari jauh macamana...takkan nak ambil cuti sampai 2 hari..jika malam mlm minggu kira cantik lah sebab ahad tak kerja...yang dari Kedah & kelantan tak boleh elak lagi lah..ahad keje kan..??
Ada juga sungutan dari adik badik lembah kelang mengatakan "tak tahan laa bang...balik dah kul 3.00 pagi...esok nak keje lagi..ngantuk sesangat...keje nak kena jaga juga"..
Semoga cadangan saya ini tidak dilihat dari sudut perjuangan dan pengorbanan..
Mungkin Kekanda Dr Masjuki boleh mempertimbangkan cadangan Saudara Batu Kurau...apa kata seminggu diadakan 2 sesi kursus iaitu malam selasa dan malam minggu jadi bagi jamaah/Saudara2 yang jauh ataupun dekat bolehlah memilih hari ikut kelapangan masa masing2...ialah selalunya malam minggu banyak aktiviti kenduri kendara...atau mungkin ada cadangan lain...dari jamaah/Saudara2 yang ada di forum ini...
Waalaikumsalam Ayahanda dan Kekanda2x yang dihormati serta adik beradik yang dikasihi sekelian.
Pada hemat Ucuk yang doif ni...memang ada benarnya tentang cadangan kanda Batu Kurau yang Cool dan Kanda Azany yang Macho nih. Daripada pemerhatian Ucuk, semenjak Ucuk menjejakkan kaki ke RND, semakin hari, semakin bertambah bilangan jemaah yang hadir. Makin lama, makin penuh Gua PEKIDA setiap hari selasa. Jikalau dibuat 2 sesi setiap minggu mungkin dapat menampung adik beradik kita yang akan hadir di sana. Lagi pun kalau kita buat pada malam minggu, disamping mengelak gangguan kerja pada esok harinya, mungkin dapat mengelakkan adik beradik pergi merempit, tonjol2x langit, koya-koya atau apa-apa lah anasir negatif. Mungkin dapat kita wujudkan pengisian yang lebih bermakna bagi anak2x melayu, adik beradik PEKIDA khasnya dari terus menerus bergelumang dengan keseronokan dunia.
apa-apahal pun dinda Ucuk memang dahagakan tunjuk ajar dari kekandas semua.
kita bawa isu nie ke dalam musyawarah nanti yer....
-nurul-
__________________
tiada siapa akan memahami aku,melainkan mereka ialah aku,orang yang paling dipercayai ialah aku tiada selain melainkan aku. sesungguhnya aku adalah aku bukan kamu.andai engkau menjadi aku engkau akan mengerti...
hmmm good idea tu, tabik spring kat abang batu kurau dan semua/// ngantok bang.. sampai tetido kat pat keja, adik adik yang jauh tu leh gak iktikaf kat Gua R & D or umah abang batu kurau ekeke dah tu sempena cuti minggu leh tolong tolong bantu kemas kan R & D, seperti kata bang mas jugak, leh jadi port kita semua main carrum or karaoke, boleh bukak kedai kat situ untuk memudah kan jemaah/// kita semua...
itu semua sebenarnya tidak ada masalah...ayen, spade30, karen pun boleh turun ari selasa...kalau betui nak...ok abg batu kurau kumpulkan budak2 yang jauh then buat satu appoinment khas untuk kursus induksi...small matter atau nothing else matter...di mana ada kemahuan di situ ada jalannya...tepuklah dada tanyalah iman...
betul kata saudara noc tu tepuk dada tanya iman mmg tak jadi masalah, bagi kita yang dekat ni mungkin tak terasa sangat sebab mmg tempat kita... but if berada jauh dari R&D kajang then baru tau apa kesulitan yang saudara saudara/// jauh hadapi... dalam membuat keputusan kena ada timbang tara, apa-apa pun terserah kepada musyawarah membuat keputusan.... maaf jika terkasar
itu yang saya katakan...buat satu appoinment...kumpulkan org...soalan tue pernah saya utarakan kepada abg mas...itu dululah...dan jawapan dia bergitulah...mungkin ada sebab kenapa abg pilih tarikh tue...wallahuaklam
zerofill >>> wahhhhhh manga nyo paja tu indah baburak...ekeke...saya tertarik dgn jawapan saudara noc dan tima kasih atas jawapan tu...jika itulah ketegasan pihak RnD menjawabnya sudah tentulah ada sebab musababnya kenapa kursus Induksi ini tidak boleh adakan pada malam minggu...saya akur dgn keputusan ini...
Saya bersetuju jugak ngan cadangan bro batu tu....mlm minggu...dari lepak or stanby kat tepi jalan....baik stanby kat RnD...ada jugak leh buat apaČ yg patut....
wasalam...
__________________
YuneP SirDunK...///
Berkhidmat Demi Agama, Bangsa dan Tanahair. I|I
yunif@doa.moa.my
soalan ini pernah saya utarakan soalan pada abg mas...jawapannya sama dgn jawapan adik noc ini...saya duk di kuala selangor...kenderaan tiada...tapi masih dapat menghadiri kursus itu...tapi sekarang saya ada komitmen lain...malam saya perlu berniaga...
dulu lain...sikalaaaaaaanggg.....hehe... tiap sesuatu tu kengkadang perlukan pembaharuan untuk disesuaikan mengikut zaman dan peredaran masa + perkembangan semasa. Kalau tak tidaklah Imam yang 4 sentiasa berijtihad. kesemuanya dilakukan demi untuk disesuaikan mengikut peredaran masa. Mungkin sentiasa selisih pendapat. Tapi niatnya hanyalah SATU. Demi kebaikan ISLAM yang terchenta. Tidak salah mencuba. Apa-apahal pun ini semua adalah cadangan. Tidak puas selagi tak dengar kata putuih dari pihak Kanda Mas. InsyaAllah dengan ilmu yang dipinjamkan oleh Allah, dapat Kanda Mas terangkan pada kami semua kenapa dan mengapa tidak dibuat pada hari lain. Demi untuk pemahaman SEKELIAN pembaca, LUAR dan DALAM.
cadangan kursus Induksi nak dibuat terus pada malam rabu pun betul... malam minggu pun betul... nak buat kedua dua pun betul... semuanya ada kebaikan dan keburukan, sokongan dan halangan... pokoknya ialah menimbang segala alasan dan setelah ditetapkan oleh pihak pengurusan, kita ukur sokongan kita dengan kepatuhan dan pengorbanan oleh SETIAP diri yang merasakan ingin berbakti dan memerlukan ilmu.
Insyaallah... ketetapan hari akan diubah mengikut kesesuaian, tetapi jika selalu kita ubah, ia menampakkan ketiadaan ketetapan dalam menetapkan sesuatu.
Dalam seminggu, saya telah mempunyai agenda tetap spt berikut.
ISNIN MALAM - MEETING 8-12MLM
SELASA MALAM - KURSUS INDUKSI 8 PM-7AM
KHAMIS MALAM - MEETING KETUA KUMPULAN TASKFORCE 9PM-5AM
JUMAAT MALAM - KELAS BAHASA ARAB DAN MEETING MINGGUAN
ISNIN MALAM - MEETING MINGGUAN DGN DATO' PRESIDEN
Bicara pengorbanan sebagai kunci kejayaan pembangunan ummah telah saya lakukan sebaiknya. Saya wakafkan harta benda, sayawakafkan tenaga, wang ringgit, fikiran dan ilmu, saya wakafkan kepentingan keluarga. Mungkin anda dpt lihat bagaimana demi menjaga kedaulatan masa kursus Induksi, anak isteri terpaksa berhimpit di sebuah kancil pulang ke kampung sendirian. Hingga kini belum dapat ruang untuk jemput kembali, dan mungkin terpaksa naik bas pula sendirian pulang ke Kajang.
Ramai yg tahu kursus Induksi seharusnya berehat sepanjang Ramadan, namun saya terpaksa teruskan atas permintaan semua, bukan saja di Kajang bahkan terpaksa travel ke terengganu untuk memenuhi tuntutan.
Adat manusia ingin semakin mudah dan dipermudahkan. Cuma nasihat saya jangan ambil mudah... akan urusan dan tanggungjawab ini.
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
Alhamdulillah.... terjawab sudah teka-teki. Nah... baru lah dinda paham mengapa dan kenapa ianya BEGITU dan BEGINI. Alhamdulillah sekali lagi.... kerana adanya forum ini, dapatnya kita berbincang dan mengambil peluang bertanya soalan yang kadangkala payah untuk diutarakan secara 4 mata. Bukan apa, Dinda ingat pesan, JANGAN IKUT-IKUT. BAHAYA. Kalau nak ikut, kita kena tau KENAPA dan MENGAPA.... tak salah bertanya dan terima kasih Kanda kerana menjawab. Insyaallah, dinda ingat pesan kanda supaya tak ambil mudah urusan ini. Islam sendiri adalah agama yang mudah.. TAPI.. bukan lah satu agama yang boleh dipermudah-mudahkan...InsyaAllah dengan bimbingan KANDA-KANDA semua, tidaklah diri yang JAHIL ini tersesat. Dapatlah nanti dinda bezakan antara PERMATA dan KACA.........wallahualam. AMPUN jika tersilap kata.
p/s : baru dinda tau ada kelas Bahasa Arab kat RnD... hehehe...
syukur alhamdulillah, dengan berita yang abang mas sampai kan muga kita semua berpuas hati, bagi saudara saudara yang kerap mendampingi tuan rumah Dr masjuki dan team R & D mmg sudah maklum dengan perkara ini, namum penerangan khusus begini amat baik untuk saudara saudara yang lain, terima kasih bang masjuki, adinda disini menjunjung kasih... jangan terlupa lak malam ni hadir lah mesyuarah... assalamualikum semua..