Apa kata kita pakat reramai kumpul duit dalam RM10.00 seorang atau lebih dan kemudian kita derma dekat tabung bencana yg disediakan. Alhamdulillah saya tengok ramai yang turut bersimpati dengan kejadian tersebut, dan kalaulah rasa simpati kita ini dapat direalisasikan dengan bentuk bantuan ini akan dapat meringankan beban saudara kita disana. Bersama-sama kita menyumbang untuk agama,bangsa, dan negara kita. Atas nama siapa sumbangan tu terpulanglah, atas nama Allah boleh, PEKIDA boleh (kita bincang).
Kalau dapat setiap ranting anjurkan pun lagi bagus, kita kumpul jadi 1 lagi banyak dapat .. allahualam, hanya cadangan saya apa-apa pun terpulang kepada amir masing-masing.
wassalam
__________________
"SALAM KASIH SAYANG DAN IKATAN MESRA PERJUANGAN" -
saya pon bersetuju dgn cadagan bro betara kita gak/// tapi kita kena bincangkan masa musyawarah nanti supaya semua pihak dapat megemukan pendapat masing2 Ok///
Semalam PEKIDA Daerah Petaling telah pun membuat kutipan derma kilat untuk membantu salah seorang ahli jaamah kita dibalik pulau...mungkin usul ini boleh dibawa semasa Mesyuarat Agung PEKIDA 30.12.04 khamis ini agar setiap negeri dan daerah dapat menyumbang untuk tabung bencana PEKIDA untuk disalurkan kepada umat islam di malaysia yang terlibat dengan bencana alam ini...minta jasa baik para perwakilan atau pemerhati untuk ketengahkan usul ini
Insyaallah...akan kita bawakan topik nie ke dalam musyawarah nanti.
__________________
tiada siapa akan memahami aku,melainkan mereka ialah aku,orang yang paling dipercayai ialah aku tiada selain melainkan aku. sesungguhnya aku adalah aku bukan kamu.andai engkau menjadi aku engkau akan mengerti...
Menyetujui cadangan Haikal... sila bawa dan ajak rakan taulan untuk mengumpulkan segala sumbangan seperti pakaian, atau barangan lain ... makanan berus gigi dan apa saja kegunaan harian utk disedekahkan kepada mangsa.
Sesiapa yg ingin menyumbangkan pakaian utk mangsa Tsunami di Utara Malaysia, boleh lah menghantar pakaian tersebut ke program amal Pekida di Central Market LRT station.
Menyetujui cadangan Haikal... sila bawa dan ajak rakan taulan untuk mengumpulkan segala sumbangan seperti pakaian, atau barangan lain ... makanan berus gigi dan apa saja kegunaan harian utk disedekahkan kepada mangsa. Hubungi urusetia program ini jika memerlukan pengangkutan atau hubungi saya sendiri di talian 013-3671112 atau mana mana talian urusetia yg anda kenal. Anda boleh menganjurnya di tempat masing masing seperti di masjid dan sebagainya untuk di serah kepada Pekida R&D di majlis tersebut.
Sesiapa yg ingin menyumbangkan pakaian utk mangsa Tsunami di Utara Malaysia, boleh lah menghantar pakaian tersebut ke program amal Pekida di Central Market LRT station.
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***