Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: PENGISIAN MALAM COUNT DOWN


Dr Hj Masjuki - Web Master & Pengarah R&D

Status: Offline
Posts: 976
Date:
PENGISIAN MALAM COUNT DOWN


Ruj. Kami :      RND-PL-1015/04


Ruj. Tuan  :


Tarikh : December 30, 2004


 


Kepada  


Saudara Nurul Azali


Pengacara Selamat Pagi Malaysia


RTM 1, Angkasapuri,


Kuala Lumpur.


 


Faks : 03-42577001 R


 


Tuan


Per :    Siaraya RADIO-TV Mempromosi  Acara Pendidikan Masyarakat Melalui Progam Kebajikan Sempena Tradisi Sambutan Tahun Baru (Count Down) di Stesen LRT PUTRA Pasar Seni, K.Lumpur oleh Unit R&D PEKIDA MALAYSIA – 31 Disember 2004 , 9am – 1.00 am.


 


Perbincangan melalui talipun mengenai perkara di atas adalah dirujuk.


 


Pada 26 December lalu, pihak kami telah pun bermula mengadakan program amal sebagai persiapan ke arah program tahun Baru seperti di atas, dengan mengadakan persembahan pentas yang disertai dengan program derma darah. Kami telah berjaya mendapat 74 sukarelawan yang kebanyakkannya terdiri dari ahli Pekida Malaysia dan di ikuti oleh beberapa pengunjung luar dengan gerakkan kempen yang agresif. Kejayaan ini telah mendapat pengiktirafan ikhlas oleh pihak Tabung Darah Negara, Dr Fazilah, Presiden Pekida malaysia, YB Dato Dr Hj Muhd Fuad Bin Ahmad, Naib Presiden Pekida Dato Hj Ab malek Ranting, Pengerusi Penyelaras Aman Malaysia, Dato’ Zulkifli Alwie, Pengerusi Pekida Wilayah Pesekutuan, En. Mazni Abd Ghani dan seluruh Pemimpin dan tetamu yang hadir.


 


Atas alasan itu pihak kami telah menerima permohonan untuk berkerjasama menjayakan kemuncak program di akhir tahun dari Pekida Wilayah Persekutuan, Aman Malaysia dan Zamis Event & Production House, Penguus Projek Amal Yayasan Tun Abdul Razak iaitu program Sehati Sejiwa untuk menjayakan dan merealisasikan perubahan tradisi sambutan Count Down dengan pengisian Kiraan Jumlah Amal yang telah di buat sebagai penutup tirai tahun 2004 nanti.


 


Selain dari kemuncak program derma Darah, peranan DJ, MC dan pengucaptama yang akan membawa mesej Kebajikan dan Dakwah, acara-acara menarik yang telah diatur termasuklah pertandingan Indoor Game seperti karom, dam haji, chess, dat, sepak raga, gusti lengan, karaoke berpidato (mempidatokan pelajaran dari lagu yang dipertandingkan), pertandingan ujibakat, live band, tiupan seksofon, puisi Pekida, pertandingan Jeritan Malaysia Boleh, Pertandingan memek muka, Pameran Motor antik, jualan amal serta kutipan tabung Bencana Ombak Tsunani, Tabung kebajikan Sehati Sejiwa, Tabung R&D Perlaksanaan Program Kebajikan & Dakwah Pekida Malaysia dan banyak lagi.


 


Di antara keunikan program ini ialah, ianya akan mengajak satu perubahan tradisi Count Down yang biasanya merupakan satu pembaziran masa dan wang ringgit dengan acara pesta dan sukaria, yang digantikan dengan satu pengisian berupa Pendidikan Islam Hadhari kepada Masyarakat tentang peri pentingnya program Dakwah dan Kebajikan untuk menarik hati dan memikat masyarakat Majmuk di negara ini khasnya dan dunia amnya kepada Islam, Melayu dan Malaysia sebagai negara Islam Contoh di Dunia.


 


Melalui konsep Islam Hadhari, kami akan menghitung berapa banyak darah dapat di kutip, berapa banyak sumbangan amal berjaya di kutip dan berapa banyak ilmu dan kesedaran yang dapat dikutip oleh pihak penganjur dan pengunjung terpilih (sebagai menunjukkan hasil pembentukan sahsiah dan spiritual dari pogram ini). Pelajaran terbaik dari ulasan pengunjung akan menerima hadiah serta sijil khas dari Pekida Malaysia.


 


Jika sekalipun kami tidak dapat peluang untuk promosi secara life untuk program ini, namun amat besyukur sekali jika dapat di bantu oleh semua DJ atau pengacara radio dan TV sebagai sumbangan besar kepada program amal ini.


 


Sila hubungi penandatangan surat ini, Dr Hj Masjuki Mohd Suri selaku Pengarah Unit R&D, LATIHAN DAN PR PEKIDA MALAYSIA, untuk sebarang penjelasan lanjut. Selain itu, keterangan lanjut juga boleh di lihat melalui laman web Pekida www.pekida.org.


 


Kerjasama semua yang telibat adalah merupakan satu usaha jihad yang sama besarnya dengan anggota Taskforce Pekida Malaysia yang bertungkus-lumus menjayakannya di Tapak program. Ingin kami dahului sumbangan itu dengan berbanyak kesyukuran dan terima kasih. Semuga mendapat pembalasan Allah jua hendaknya.


 


Sekian harap maklum.


Terima kasih.


 


Yang Benar,


Unit R&D Pekida Malaysia


 


 


 


 


 


 


(DR HJ.MASJUKI HJ.MOHD.MUSURI)


Pengarah


 


s.k:


·          Paduka Ayahanda YB Dato’ Dr Hj Muhd. Fuad bin Hj Ahmad, Presiden


·          Paduka Ayahanda Dato’ Hj Ab Malek Ranting, Naib Presiden (Pengarah Bhg. Operasi)



__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***


Guru

Status: Offline
Posts: 546
Date:

bantuan kepada mangsa tsunami bukan dlm bentuk wang pon boleh di hantar pada 31 disember juga ke??? misalnya pakaian....

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 53
Date:

mari beramai ramai menjayakan majlis count down



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 53
Date:

Marilah kita bersama-sama menjayakan program ini demi perjuangan... Insyaallah saya akan hadir...

__________________


Dr Hj Masjuki - Web Master & Pengarah R&D

Status: Offline
Posts: 976
Date:

Menyetujui cadangan Haikal... sila bawa dan ajak rakan taulan untuk mengumpulkan segala sumbangan seperti pakaian, atau barangan lain ... makanan berus gigi dan apa saja kegunaan harian utk disedekahkan kepada mangsa.

__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
Am


Senior

Status: Offline
Posts: 337
Date:

Alhamdulillah ...


Saya rasa ramai yang akan menyumbang untuk mangsa tsunami tu nanti ..


Kalau ada rezeki . mungkin saya juga tidak keberatan ...


akan saya beritahu kepada rakan-rakan sekerja dan rakan di satu area untuk kesana nanti ..


 



__________________
http://pics-53.hi5.com/userpics/3/9144153.img.medium.jpg *********************** http://www.team-soviet.h10.ru/serp.gif


Senior

Status: Offline
Posts: 489
Date:

Assalamualaikum ..

Diharap semua dapat hadir menjayakan program ini .. dan saya minta kalau boleh dtg lah berpakaian sopan sikit kerana bukan saja majlis contdown tetapi majlis ini juga adalah untuk menghormati mereka yang telah tiada disebabkan bencana tsunami .. Innalilah ..

__________________
~~~@|||Andy|||@~~~


Guru

Status: Offline
Posts: 742
Date:

Okay abang Andy.....insyallah saya dan rakan2 akan hadir.

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 156
Date:

andy jangan lupa pakai baju putih berkolar aa...

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 53
Date:

terima kasih saudara wan_landak ingat lagi saya lagi..hehe yang berdiri depan saudara wan..hehe k..pakai baju putih berkolar dan seluar jeans bley ke bang dan kasut ape?

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard