Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: PENJELASAN dari BATU KURAU


Guru

Status: Offline
Posts: 694
Date:
PENJELASAN dari BATU KURAU



Assalamualaikum...saya dah baca komen Dr. Mas dan saudara Wan..komen Dr. Mas cukup memadai mengingatkan orang-orang lama kat forum jgn jadi over..Tima kasih Dr. Mas...cuma komen dari saudara Wan berdasarkan andaian beliau...saya bukan orang lama...putih 1994...merah 1999...


saya perlu buat penjelasan komen saya pada salah seorang anggota task force semalam....teguran tu dtg dari saya sendiri, cuma malu andai lah adik beradik dari jauh membacanya, tambahan pula ramai adik beradik kita baik disini mahupun diluar bukannya BUDAK-BUDAK lagi..bagi kita-kita yang pernah berkursus Induksi ini faham dan tak ambil hati pun statement bergitu...kita-kita disini kenal sangat siapa penulisnya...tak kisah pun apa yang beliau tulis tau perli...tapi bagaimana yang diluar...


Saya tak perlu menarik balik statement saya semalam seperti yg disuruh oleh saudara Wan..niat teguran saya semalam ikhlas supaya akan datang anggota task force berkenaan berhati-hati menulis dan membuat jenaka..segala bentuk tulisan dan jenaka akan dibaca oleh semua orang/peringkat.


Akhir kata ..anak ulat tertegur bos-bos ulat.. akhirnya tersungkur juga anak ulat ini.


Wassallam.



__________________
KG. PANTAI BESAR, BATU KURAU, PERAK.


Senior

Status: Offline
Posts: 176
Date:

Assalammualikum wbt///


perbanyakkanlah istifar wahai Abang Tajudinku...Kekanda Dr Masjuki dah minta topik ini ditutup jadi buang yang keruh ambil yang jernih...saya sendiri pernah menghadiri kursus induksi(tak ingat tarikh) alhamdulillah syukur...sambutan dari pihak tuan rumah(Kekanda Dr Masjuki and team R&D) memang first class...jadi kalau ada yang terkurang tu sama2lah kita sesama jaamah memperbaikinya...


-wasalam///-



__________________
9:20 14:24 16:41 16:78 29:49 7:179 24:1 75:16 29:49 4:59


Senior

Status: Offline
Posts: 122
Date:

assalammualaikum..


itulah kehidupan sebenarnya..sedangkan lidah lagi tergigit..inikan pula hati manusia..cuma pesanan saya kepada yg terlibat dan rakan-rakan yg lain..selalu fikirkan terlebih dahulu serta timbang2kan statment sebelum menulis...yang penting sopan santun dan berbudi bahasa kerana ia melambangkan peribadi kita...


Tetamu yang datang harus kita layan dengan baik..bukannya mengeluh/merungut...apa guna berceriter adik beradik..sedangkan kita mengeluh/bersungut...baik jangan jemput kalau kita ada perasaan macam tue.. sama ada itu satu gurauan atau sindiran..biarlah berpada-pada dan bertempat....jangan main langsi saja..


Akhirnya...Jika berada diatas..jangan lupa orang dibawah..jika merenung ke langit..jangan lupa rumput dibumi.... jangan loncat tinggi2..nanti takut terpelecok kaki...


so..harap maaf jika tulisan saya mengecilkan hati sebilangan dari kita..sebabnya ada adik beradik luar yang hendak datang,tetapi tidak jadi dan sedikit  kecil hati berhubung statment tersebut.menjadi tanggunjawab saya untuk mengulas isu ini walaupun telah ditutup..


 


akhir kata...saling muhasabah diri masing-masing...yang betul tetap betul..yang salah jangan kita tutup kesalahan itu..belajar dari kesilapan...dan mengakui kesilapannya..


wassalam..


 



__________________
Risik_03


Senior

Status: Offline
Posts: 489
Date:

Assalamualaikum ..


Udah udah lah adik beradik ku semua .. daripada kita dok mengkritik sesama kita,  baik kita pi karaoke ke .. apa ke .. bukannya tak suruh menasihati antara satu sama lain .. diharapkan kita semua dapat pelajaran daripada apa yang telah terjadi .. sedangkan lidah lagi tergigit .. kita nie adik beradiklahhhh !! Ingat tu je dah mencukupi !! Dah dah, jangan bertengkar lagi .. Abg Mas pun dah cakap, kalau topik nie naik balik, dia nak rotan semua .. tak takut ke dengar oiii !! he he ..



__________________
~~~@|||Andy|||@~~~


Senior

Status: Offline
Posts: 452
Date:

ado makno nie....

__________________
"WoKeY JeR"


Guru

Status: Offline
Posts: 630
Date:

assalamualikum semua///, orang tua tua berkata, bulat air kerana pembentung, bulat hati kerana muafakat, bukan kah itu yang kita cari? tak cantik ker permuafakatan? ada  dua cara menunduk kan hati manusia ni, pertama dengan kekerasan dan kekuatan kedua dengan kasih sayang.. pilih la mana satu, pilihan saya pasti nya dengan kasih sayang.. orang yang berkasih sayang pasti menuturkan kata kata yang manis menawan sukma bukan kata kata yang menerbitkan amarah.. dan akhir kata adakah diantara kita mahu dan sedia saling menghulur tangan saling bermaafan? siapa kah yang nak mula kan.. tepuk la dada tanya la iman....





-- Edited by zerofill at 16:28, 2004-12-29

__________________
miau miau miau /// untitled
tiga kupang


Senior

Status: Offline
Posts: 489
Date:

Assalamualaikum ..


Wahai saudara ku semua sekalian .. Diharapkan isu ini diberhentikan disini kerana Abg Mas semalam pun dah sekolahkan kita semua semalam .. Dia tidak gemar dan harap semua dapat iktibar dari kejadian ini. Dan diharaplah mesej ini merupakan mesej yang terakhir berkenaan topik ini. Terima kasih.



__________________
~~~@|||Andy|||@~~~


Guru

Status: Offline
Posts: 630
Date:

wsalam andy dan semua/// cool..

__________________
miau miau miau /// untitled
tiga kupang


Dr Hj Masjuki - Web Master & Pengarah R&D

Status: Offline
Posts: 976
Date:

Tetamu yang datang harus kita layan dengan baik.. bukannya mengeluh/merungut (SAYA RASA MENGENALI NOC, TIADA SIAPA AKAN SETUJU DENGAN STATEMENT INI... JIKA GURAUAN ITU TIDAK BOLEH DITERIMA SEKALIPUN JANGAN LAH DI APIKAN LAGI... ) ...apa guna berceriter adik beradik..sedangkan kita mengeluh/bersungut...baik jangan jemput kalau kita ada perasaan macam tue... (SEMUA KENAL NOC DAN SEMUA SEBENARNYA TAHU NIAT NOC DALAM GURAUANNYA... AMAT LAH JAUH SEKALI DARI MEMPUNYAI PERASAAN SPT ITU)  sama ada itu satu gurauan atau sindiran... biarlah berpada-pada dan bertempat... .jangan main langsi saja... (TEGURAN INI LEBIH PEDAS DARI GURAUAN YG NOC UTARAKAN, DAN TEGURAN BATU KURAU TERHADAP NOC...)


Akhirnya...Jika berada diatas..jangan lupa orang dibawah..jika merenung ke langit..jangan lupa rumput dibumi.... jangan loncat tinggi2..nanti takut terpelecok kaki... (APAKAH TUJUAN STATEMENT INI...???)



so..harap maaf jika tulisan saya mengecilkan hati (KALAU SUDAH TAHU IA MENGECILKAN HATI MENGAPAKAH MASIH DI TULIS ... silalah KOTAKAN STATEMENT SENDIRI... jangan main langsi saja ... ingat lah bahawa Allah amat benci terhadap orang yang berkata tetapi tidak melaksanakannya... assaf 61, ayat 2-3)


sebabnya ada adik beradik luar yang hendak datang, tetapi tidak jadi dan sedikit  kecil hati berhubung statment tersebut. (SAYA KIRA STATEMENT INI SENGAJA DI ADA-ADAKAN, SIAPA KAH GERANGAN YANG CETEK SEKALI FIKIRANNYA HINGGA TAK JADI DATANG... JIKA HATI IKHLAS UNTUK MENUNTUT ILMU, APA LAH UKURAN KEIKHLASAN ITU SEHINGGA GURAUAN SEKECIL INI SUDAH BERJAYA MENGHALANG KEHADIRAN NYA... KECUALILAH YANG TERKESAN ITU ADALAH ORANG YANG SEMEMANGNYA TIDAK MEMPUNYAI SEMANGAT JUANG...)


menjadi tanggunjawab saya untuk mengulas isu ini walaupun telah ditutup... (INI MENUNJUKKAN KEDEGILAN KITA SENDIRI YANG JELAS MELANGGAR ARAHAN PENGATUR FORUM INI BAGI MENGHENTIKAN ISU YANG TELAH PUN DI TUTUP, ORANG YANG DEGIL ATAU MELANGGAR ARAHAN ADALAH PELAMPAU YANG DI IBARATKAN ALLAH SEPERTI BABI JANTAN YANG SUKA MELANGGAR BATAS (SURAH 5, ALMAIDAH AYAT 60) JADI USAHA KITA SEKALIPUN BAIK KITA RASAKAN, JIKA TIDAK MEMINTA IZIN ATAU MELANGGAR ATURAN DAN ARAHAN ADALAH TELAH DI DORONG OLEH NAFSU SYAITAN DAN IBLIS, TIDAK AKAN MENDATANGKAN KEBAIKAN... BAHKAN MENJADI MAKSIAT SEMATA MATA...


PERHATIAN SAYA MENUNJUKKAN STATEMENT BEGINI (YANG SAYA BOLD KAN) BUKAN BERTUJUAN MENYEJUKKAN KEADAAN... MALAH IA BOLEH MENGERUHKAN LAGI KEADAAN. JADI HARAP JANGAN DI ULANG LAGI APA BILA MELIHAT ADA SEDIKIT PERGESERAN SESAMA SENDIRI.


BANYAK DI LIHAT MEMBAWA UNSUR UNSUR MENGHASUT, MENGAPIKAN ATAU MENIUPKAN SEMULA ISU ATAU API YANG TELAH PADAM... SENGAJA INGIN MELIHAT PERPECAHAN DI KALANGAN JEMAAH. SEMUA TAHU SIFAT MENGHASUT ITU AMALAN ATAU MILIK SIAPA...? itu lah dia syaitan dan iblis dari kalangan jin dan manusia (minal jinnatiwannas...) yang suka was wisufi sudurinnas (meniupkan kejahatan ke dada manusia)... mengapa ditiupkan hasutan atau kejahatan itu...? TIDAK LAIN DAN TIDAK BUKAN KERANA IA BERNIAT JAHAT.


sebabnya ada adik beradik luar yang hendak datang, tetapi tidak jadi dan sedikit  kecil hati berhubung statment tersebut - INI SAYA LIHAT SEBAGAI TIDAK BENAR SAMA SEKALI KERANA SEMUA YANG BERJANJI AKAN DATANG MALAM ITU ALHAMDULILLAH TELAH HADIR, TERMASUK KEKANDA BATU KURAU SENDIRI DENGAN RAMAI ADIK ADIKNYA , KECUALI SAUDARA SNIPPER ... KERANA MEREKA BUKAN DATANG UNTUK MELAYAN PERKARA KECIL SEBEGINI, APATAH LAGI UNTUK MENGHARAPKAN JAMUAN... MEREKA DATANG DENGAN SATU TEKAD DAN TUJUAN YANG AGUNG ...


akhir kata...saling muhasabah diri masing-masing...yang betul tetap betul..yang salah jangan kita tutup kesalahan itu... belajar dari kesilapan... dan mengakui kesilapannya...   - JADI SAYA MEMERHATIKAN PERJALANAN ISU INI DENGAN MELIHAT SEMUA KOMEN KOMEN DAN TEGURAN YANG TELAH DIBERIKAN DAPAT MENYIMPULKAN BAHAWA SAUDARA SNIPPER HARUS TERIMA KENYATAAN AKAN KESILAPAN BESAR YANG TELAH BELIAU LAKUKAN. JANGAN LAGI MEMBUKA DAN MEMANASKAN ISU YANG TELAH DITUTUP (DIBATASI) KERANA JIKA TERUSKAN JUGA, KITA ADALAH IBARAT BABI DI SISI ALLAH YANG SUKA MELANGGAR BATAS. KITA DI GELAR PELAMPAU (THOGUT)


ALMAIDAH AYAT 60. Katakanlah: "Apakah akan aku beritakan kepadamu tentang orang-orang yang lebih buruk pembalasannya dari (orang-orang fasik) itu disisi Allah, yaitu orang-orang yang dikutuki dan dimurkai Allah, di antara mereka (ada) yang dijadikan kera dan babi. dan (orang yang) menyembah thaghut (MELAMPAUI BATAS)..?." Mereka itu lebih buruk tempatnya dan lebih tersesat dari jalan yang lurus.


FORUM INI BUKAN DI UJUDKAN UNTUK KITA AMBIL KESEMPATAN AKAN PERKARA SEBEGINI, MALAH UNTUK KITA MENIMBA ILMU DAN MENYATU PADUKAN UMMAH... BUKAN UNTUK MEMECAH BELAHKAN UMMAH.


SAMA SAMA LAH RENUNGKAN SEMULA NIAT KITA... DALAM MENGUTARAKAN ISU , KOMEN ATAU TEGURAN ...



-- Edited by pekida at 03:46, 2005-01-04

__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***


Dr Hj Masjuki - Web Master & Pengarah R&D

Status: Offline
Posts: 976
Date:
YANG BAIK JADIKAN TAULADAN YG BURUK JADI SEMPADAN


Banyak contoh contoh komen membina, menyejukkan dan mendamaikan dapat kita lihat telah diutarakan oleh saudara zerofill, azany, andy dan lain lain.


Saya tidak sekali kali melindungi sesiapa pun dalam urusan ini, termasuk lah noc dan wan sendiri. Anda semua boleh lihat komen saya yang sanggup saya paparkan pada PM saya terhadap Kanda Batu Kurau kita...





From: pekida     Subject: Bimbing Adik adik kita





Kanda perhatikan dinda tak muncul di program CM bebaru ni. Dan kanda rasa macam ada yang dinda sembunyikan dari kanda. Harap dinda fahami tindakan kanda yang sebenar , yg zahir dan batin (tersembunyi).





Selepas mengikuti pertikaman lidah mengenai statement noc yg dinda tegur, kanda terpanggil untuk menasihati beliau untuk menghentikannya secara berdepan. sementara itu terpanggil juga untuk mengulas di forum akan teguran dinda terhadapnya. terus terang kanda tegur noc dan wan kerana membuat lawak dan teguran yang tidak wajar itu.


Lalu di forum kanda tulis begini,





RE: Pasti Gempaq Malam Nie...


JGN HENTAM ABG BATU KURAU (kanda lihat mereka telah mula membuat grouping, semua seolah olah menghentam dinda, sekalipun noc adalah urusetia rnd, tapi beliau adalah manusia biasa yang idak semestinya senantiasa benar dalam tindak tanduk dan tutur kata) ... BELIAU HANYA LEMAH DENGAN STATEMENT INI (iaitu statement yang seolah olah ahli datang kajang utk jamuan), BUKAN LEMAH NAK BELAJAR ILMU (itu yang wan komen dan maksudkan, yang seolah olah Dinda cuba menghasut orang lain agar jangan datang kajang berkursus-itu kesilapan wan) ... BELIAU HANYA MENGINGATKAN AGAR MASING MASING TIDAK SALAH ANGGAP (terhadap tujuan semua ahli hadir ke Kajang, iaitu bukan untuk mengharap jamuan yang tak seberapa) ... HARUS BERPANDANGAN POSITIF... JAGA KASIH SAYANG SESAMA SENDIRI, TEGUR DENGAN KASIH SAYANG, MAAFKAN JUGA DENGAN KASIH SAYANG... KITA KAN NAK JADI CONTOH KEPADA YANG BELUM BELAJARRRR...


RENUNGKAN DENGAN TENANG OK..?


DAN KITA TUTUP SAJA TOPIC INI...


TO ALL BOTHERS... I LUV ALL OF YOU AND DONT LIKE TO SEE ANY MISUNDESTANDING...


DR MASJUKI.



Menjawab ulasan Dari wan...


RE: Pasti Gempaq Malam Nie...





quote:


Originally posted by: BATU_KURAU
"        w'salam..///...rasa kurang gembiralah baca statement mr noc ini..rasanya ramai adik beradik yang hadir bertujuan utk mengikuti kursus Induksi seperti yang disarankan oleh pihak RnD..disamping utk kenal adik beradik kita yang lain..rasanya bukanlah adik beradik semua mengharap makanan atau minuman yang disediakan..apakah dgn kedatangan ramai adik beradik ini menimbulkan masalah oleh pihak RnD...sedikit sebanyak lemah juga semangat kami baca statement ini...maafkan saya..!!"






kalau saudara memahami kursus yang telah di sampaikan saudara batu kurau takan akan keluarkan statement ini...saya lihat ada muslihat tersendiri...kalau saudara mengaku saudara ahli task force dan sebahagian unit R&D saudara patut tarik balik statement berita gembira nii...apakah maksud berita gembira itu?...adakah saudara ingin melihat kredibiliti ahli task force jatuh...saya hanya ketawa melihat statement yang di bawa seorang org lama...kalau anda ingin melihat kebodohan (ayat sebegini kanda tak suka sama sekali) ahli forum dgn melihat topic saudara (mereka salah anggap bahawa topic pasti gempaq malam nie = merujuk kepada teguran dinda terhadap noc, atau isu hangat usul penutupan web www.pekida.org yang mereka terima), syabas saya ucapkan kerana saudara telah berjaya... (ini sebenarnya statement kebudak budakkan yang kita tidak perlu layan... mereka masih kanak kanak lagi...)


SAYA HARAP MESEJ TERAKHIR INI TIDAK LAGI ADA YANG MASIH INGIN MELAYAN TOPIC INI


sebagai pemerhati di dalam forum...saya faham maksud dan niat saudara noc graffin...


assalamualaikum...





Kesimpulannya, kanda lihat ini adalah proses kita sama sama menuju kematangan dalam menghadapi isu... dan teguran.


In a way I look at it as a very positive things as a learning process to all. Apa pun, ingatlah dinda, kita punya agenda besar yang perlu di dokong bersama. Kita tidak mampu melayan karenah jiwa yang sering di hasut oleh syaitan yang memang suka melihat umat yang ingin berjuang ini bersatu. Jadi harap dinda faham dan buat macam biasa.


You have done a good thing for Pekida and its a waste to see this little isu kills your great effort. Kanda nanti dinda malam nanti. We all go and have a cup of tea... for future planning ok?..


Luv all of you.




Dan kalau Snipper ikhlas dan ingin terus berada bersama rnd dan forum ini, kami tunggu kehadiran snipper malam ini. kita settle kan bersama untuk kesinambungan masa depan. Kanda harus tegas dalam urusan ini, kerana rnd ada kedaulatannya yang tersendiri yang dibentuk atas asas kedaulatan Allah melalui petunjukkannya dari alkitab yang dijunjung. Biar pahit, biar berat, kita terpaksa menjunjung tuntutannya... bukan sekadar kertas tulisannya sahaja. Sebagai bukti sah kita menyebut Allah maha besar.


wassallam.



__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***


Senior

Status: Offline
Posts: 452
Date:
RE: PENJELASAN dari BATU KURAU


assalamualaikum..///


saya rasa sejak saya kerja di sini sedikit pun saya tak pernah merungut lebih2 lagi ketika malam kursus induksi...saya ingin buat yang terbaik malayan para tetamu...ang batu kurau pun perasan...pernah tak saya tak tegur abg...tak pernah kan...kenapa ader pihak yang lain megatakan saya merungut dan mengeluh...kenapakah? buktikan...come on laa...bersatulah dan berjemaah lah kita...saya rasa saya dgn abg batu kurau tiada menyimpan rasa dendam...saya dah lupakan benda nie dah lama dah...ok abg batu kurau cara tak...


 


assalamualaikum...



__________________
"WoKeY JeR"
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard