bro kena la upload kt mane2 web .. cam saya..saya upload kt www.photobucket.com nnti leh amik link kt situ.. amacam motor rxz saya..cun tak? hehehhe....
salam bro azany...lama x nmpak dlm forum..hehe..saya pun dh jarang ckit masuk forum...monitor pc dh rosak arr..tgh kumpul duit nk beli yg baru..bro harry...hehehemotor saya tu leh smpai 220 km/h tau..hehe...tp bukan mat rempit ma...sy pakai utk senang nk ulang alik jhr n kl je...
Nak tanya sikit .. macam mana saudara MrKolumpo nie nak tau yang id tu memang orang kita ? Saudara MrKolumpo sendiri tak pernah datang ke R&D nie .. kalau yang lain tu hak saya kenai aaa .. memang adik beradik lah .. tapi saudara nie ?
macam mana nak register y ni abg mr kolumpo??? puas gak download tak leh pon tu yg penin jer am ko ajar la aku sikit tak kan ngan adik beradik kedekut ilmu kothehehehe nanti kau send msg kat aku ok ajar mcm mana nak download menantang alah ym tu...
Saya ingin menarik perhatian semua, terutamamya Mr Klumpo agar menghentikan aktiviti yang tidak meminta izin dari saya ini, dan bersatu dengan apa yang telah diusahakan oleh Karin car_rent (Annas). Perkara berikut perlu di ambil perhatian,
Saya bertanggung jawab sepenuhnya akan segala kesan baik dan buruk atas aktiviti web ini, dan tidak mahu ada yang melekukan sesuatu yang berkaitan dengan web ini, tanpa meminta izin dan berbincang terlebih dahulu.
YM private chat yang serupa telah dibangunkan,
dengan segala kesungguhan, namun masih tidak ramai yang aktif di situ.
Jika di buka satu lagi, ia akan melambangkan perpecahan di kalangan anggota forum dan taskforce rnd.
Ops yang dilantik telahpun menunjukkan komitment dan telah mengikuti kursus Induksi dan lanjutan untuk dipertanggungjawabkan mengawal keadaan semasa mengurus chat dalam apa keadaan sekalipun.
Web ini telah menjadi isu hangat dan saya ingin tegaskan di sini, tiada apa yang kami lakukan di sini atas dasar kepentingan INDIVIDU atau atas dasar MAIN-MAIN.
Telah berulang kali saya tegaskan agar Semua yang ingin serius berbakti menyumbangkan tenaga, idea dan apa saja dalam menentukan arah tuju dan bentuk pengurusan yang di taja oleh R&D harus terlebih dahulu mengikuti kursus Induksi di Kajang. Mr Klumpo tidak terlepas, biar setinggi manapun kelulusan akademiknya, sesiniormana sekalipun ia dalam Pekida ini, telah seramai mana sekalipun pengikutnya. Kerana ukuran kefahaman jihad dalam pengurusan R&D tidak mengambilkira itu semua. Anda semua sama saja di sisi Allah.
Oleh itu, saya ingin meminta dengan tegas di sini agar Mr Klumpo menghentikan serta merta program YM private chat itu dan jika ingin berbuat demikian, anda haruslah telah terlebih dahulu menghadiri kursus yang disediakan agar boleh diserapkan sebagai Ops private chat room yang telahpun diusahakan oleh car_rent yang telah terlebih dahulu saya lantik sebagai ko-ordinator PM YM ini.
Jika anda masih ingin meneruskannya, dengan rendah diri saya mohon agar anda tidak menggunakan landasan atau saluran web rasmi kita ini, supaya kesan buruk dari nya tidak menimpa yang lain.
Harap dapat kerjasama.
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
APA PUN YANG INGIN ANDA LAKUKAN DI ATAS NAMA R&D HARUS MENDAPAT IZIN DAN DI BINCANGKAN TERLEBIH DAHULU, SILA JANGAN LAGI MELAKUKAN SESUATU YANG MENGELIRUKAN SECARA SEWENANG WENANG, KERANA R&D ADA ETIKA SERTA PROTOKOL PENGURUSANNYA YANG TERSENDIRI.
TOPIC INI, YANG MR KLUMPO LETAK DI BAWAH HEADING PROGRAM ANJURAN R&D TELAH MENGELIRUKAN BANYAK PIHAK DAN SILA KURANGKAN MASALAH YANG SEDANG SEDIA KAMI HADAPI.
SEMUA DI HARAP LEBIH SERIUS MEMATUHI ATURAN DI WEB INI UNTUK KESEJAHTERAAN DAN KESELAMATAN BERSAMA.
-- Edited by pekida at 15:08, 2005-01-02
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
Terlebih dahulu sy ingin memohon ampun dan maaf kepada mana2 pihak yg kurang senang dgn cadangan saya chat thru YM nih.Saya ingin menyatakan bahawa saya tiada niat untuk melanggar mana2 protokol mahupun menggunakan nama RND.
Telah saya katakan dalam topic2 yg lepas bahwa saya hanya bercadang dan jika cadangan ini mendapat tentangan seperti ini..saya akan mnghentikan niat saya ini.sebelum ini saya lah org yg mencadangkan system sms pekida dan ianya diterima baik walaupun saya sendiri baru tahu akan kewujudannya.Begitu juga dgn cadangan YM ini namun baru sekarang saya mendapat feedback yg negatif.Jika feedback sebegini terlabih awal lagi sampai kepada saya..InsyaAllah awal2 lagi saya akan batalkan niat saya dan juga kalau perlu membuang aplikasi YM di dalam notebook saya inipun saya uninstall kan.Pohon maaf kerana mungkin saya tidak peka akan kewujudan YM Chat yang di bangunkan oleh pihak RND.
Begitu juga niat saya berkenaan perkara ini.Telah saya berulang kali mencadangkan supaya web ini mempunyai chat aplication supaya dapat berinteraksi dgn lebih interaktif dan mesra.Oleh kerana tiada mendapat komen reply, saya dgn niat untuk bermesra dan berinteraksi lalu saya cadangkan benda ini.Untuk pengetahuan Dr Mas...saya selama ini hanya baru 2 kali megadakan private conference bersama 2 org adik beradik yg sememangnya saya kenali dan mereka tidak aktif di dalam www.pekida.org .jdi saya harap tiada org salah faham akan perkara ini.
Oleh yang demikian... saya dgn rasminya menghormati pendirian Dr Mas dan akan membatalkan niat saya berkenaan perkara ini.Namun saya akan tetap terima sesiapa sahaja yg ingin berbual dgn saya melalui YM kerana ianya bagi saya tidak menjadi kesalahan dan tidak menyusahkan sesiapa.Atas dasar ingin memperluaskan pengalaman dan meramaikan lagi kenalan saya akan tetap terima sesiapa sahaja.
Sekian
__________________
||| Bercinta Tak Semestinya Memiliki,Menentang Tak Semestinya Membenci |||
Originally posted by: pekida " Telah berulang kali saya tegaskan agar Semua yang ingin serius berbakti menyumbangkan tenaga, idea dan apa saja dalam menentukan arah tuju dan bentuk pengurusan yang di taja oleh R&D harus terlebih dahulu mengikuti kursus Induksi di Kajang. Mr Klumpo tidak terlepas, biar setinggi manapun kelulusan akademiknya, sesiniormana sekalipun ia dalam Pekida ini, telah seramai mana sekalipun pengikutnya. Kerana ukuran kefahaman jihad dalam pengurusan R&D tidak mengambilkira itu semua.
Tunggu lah kedatangan MRKOLUMPO....
__________________
||| Bercinta Tak Semestinya Memiliki,Menentang Tak Semestinya Membenci |||
Kami warga forum menanti tiap selasa kehadiran Mr Klumpo, ingin sekali meletakkan diri dan kepakarannya dalam barisan taskforce, apa kah mungkin selasa ini segalanya menjadi kenyataan...? sama sama lah kita tunggu dan nantikan.
Apa pun, untuk makluman Mr Klumpo, sms Pekida yg di usahakan oleh pekida pusat tidak di bawah pemantauan kami. Pekida rnd mempunyai sistem sms tersendiri, yg diujud dan diuruskan mengikut research dan sistem yang mendalam di segala sudut... tak pelu lah saya cerita segalanya di sini ... khuatir ada pihak yang tak senang hati... hanya jauhari yang mengenal manikam.
Pernah ada seorang ahli mengujudkan mirc pekida chatting dengan memaparkan imej pekida.org , seolah olah ia anjuran pekida rnd, tapi saya terpaksa arahkan tutup kerana masalah kawalan dan melalut... Jangan sekali kali samakan forum ini dgn chat.
Artikel forum di kunci (log), ada masa di perhati dan boleh di semak dan dibuang jika perlu.
Pemantau forum mungkin boleh agak longgar kerana ia agak lembut dan slow penyampaiannya. tetapi ops chat perlu cekap untuk menjawab persoalan serta merta. anda tak ada masa untuk merujuk ...
kemasukan ahli forum boleh di tapis dan dikawal, chat mudah di ceroboh.
terlalu banyak yang ingin saya utarakan mengenai chat dan forum ini....
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
ini lah masanya untuk kita berdamai...tak kenal maka tak cinta...sebagai thn baru ini kita cubalah buat satu pembaharuan...sebelum kita ingin mermartabatkan agama, bangsa dan tanah air kita perlu bersatu dahulu...saya menyeru semua agar kita berjemaah bersama...tidak sejahtera kalau tak islam...tidak islam kalau tidak berjemaah...tidak berjemaah kalau tiada pemimpin dah tiada pemimpin kalau tidak di taati atau berjanji setia...sekian
pohon ampun dan maaf...oleh kerana saya telah melakukan kesalahan menyalahgunakan nama rnd...saya telah buat satu surat terbuka di bahagian forum semasa keluarga pekida dan saya telah nyatakan kepada semua ttg YM conference yg saya anjurkan bukan di bwah rnd.ada juga beberapa pertanyaan saya ajukan disana...di harap kekanda semua boleh baca surat terbuka itu dan menjawab beberapa pertanyaan saya yg saya terima maklumat dari teman saya.sebagai balasan atas kesalahan saya...inilah kali terakhir saya menulis di dalam forum team rnd.selepas2 ini saya hanya akan menulis di bahagian forum semasa keluarga pekida.harap maklum
__________________
||| Bercinta Tak Semestinya Memiliki,Menentang Tak Semestinya Membenci |||
Apa pun dengan bahasa yang agak jelas saya telah tuliskan dan maklumkan bahawa pekida rnd telah ada YM conference yang diusahakan secara rapi oleh adinda kareen, penang. Beliau mengadap komputer tiap masa di pejabatnya, malam disambut pula oleh dinda Ayen Langkawi yang kerja malam, akan di bantu pula oleh beberapa ops yang telah terlatih di rnd spt kekanda Rozan, Kanda Betarathirty, khairul, Bt Kurau dan sesiapa saja lagi yang akan di beri lesen.
Jadi, nasihat ikhlas dari saya ialah, agar Mr Klumpo makmurkan saja apa yg sudah di bina. Car_rent Sering beliau bersungut dan merayu agar kita yang suka YM conference ni masuk room atau parking di sana, kerana sambutannya agak slow. Biar kita menyatu dan bersatu, lebih meriah, lebih terkawal dan lebih padat. Sekali lagi dengan rendah diri saya mohon.
Cuma saya tidak akan menghalang sekiranya masih ingin mengujudkan satu room peribadi, kerana itu adalah hak masing masing. Yang penting Nabi berwasiat atau berpesan,
Tidak Sejahtera (berjaya) jika tidak Islam,
Tidak Islam jika tidak berjamaah,
Tidak dinamakan Jamaah jika tiada pengatur (pemimpin),
Bukan pemimpin tanpa Baiah,
Bukan baiah jika tidak ditaati.
harap dapat direnung dan semuga pedoman dan wasiat nabi itu boleh melembutkan hati.
-- Edited by pekida at 18:45, 2005-01-04
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
SALAM UKWAH UTK SEKELIAN PEJUANG-PEJUANG SYIAR ISLAM.
seperti yg PERNAH sy maklumkan dahulu. SEBELUM INI, memang ada CHAT ROOM utk PRIVITE ke dlm ROOM PEKIDA kita. Ini atas perintah & AMANAH dari pihak R&D kepda saya suatu masa dahulu. Tetapi, amat memilukan saya kerana AHLI-AHLI kurang aktif dan tiada PANTAUAN dari masa ke semasa. "Nak di luah mati emak, nak ditelan mati bapak". Jadi, sy ikut kehendak ahli-ahli ketika ITU. betullah kata org, MELAYU NIH CAM hangat-hangat TAHI AYAM, wangi lagi BUNGA tahi ayam. Jadi, kemana HARUS saya PERTAHAN KAN lagi CHAT ROOM kita ini. Saya juga punyai KERJAYA, WAKTU UTK MENCARI REZEKI. Kalau kita sama-sama BERBAKTI dan BERKORBAN bersama. INSYAALLAH, ALLAH akan beserta BERSAMA-SAMA kita.
Oleh kerana saudara mrkolumpo BERHAJAT untuk MEMERIAHKAN CHAT room, saya AMAT SHORkan kerana USAHANYA YG BERSUNGGUH DALAM UKWAH DI CHAT ROOM. Tapi, takkan tak berani nak BERHADAPAN KOT? Mai ke kajang BERBINCANG macam mana nak atur strategi PERJUANGAN selain dari OL DI CHAT ROOM.
Maaf sy katakan, LANGSUNG TAK TAU FASAL WUJUD TERTUBUH CHAT ROOM baru ini. Harap saudara mrkolumpo invite sy di suatu hari.
* untuk makluman dari atikal & penerangan menganai CHAT ROOM yg penah DIBUAT, saudara bolehlah SEMAK & PANTAU semula POSTING saya yang terdahulu. harap maklum. TERIMA KASIH.
" * Tidak Sejahtera (berjaya) jika tidak Islam, * Tidak Islam jika tidak berjamaah, * Tidak dinamakan Jamaah jika tiada pengatur (pemimpin), * Bukan pemimpin tanpa Baiah, * Bukan baiah jika tidak ditaati. "
-- Edited by car_r3nt at 15:08, 2005-01-06
__________________
:.KaR3n.: "aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH"