Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: PERJUANGAN UNGGUL PEKIDA


Guru

Status: Offline
Posts: 501
Date:
PERJUANGAN UNGGUL PEKIDA


Assalamualaikum,


Menjelma kini tahun yang baru, dan semoga tahun 2005 ini dapat kita meningkatkan diri dalam usaha-usaha kita didalam apa juga bidang untuk agama, bangsa, dan tanah air tercinta. Disini saya ingin berkongsi informasi bersama semua mengenai kita. Agar ini dapat kita muhasabah diri dan membakar semangat didalam perjuangan...wassalam


PERJUANGAN AGAMA, BANGSA DAN TANAH AIR, PERJUANGAN UNGGUL PEKIDA


Sesungguhnya, kita harus percaya bahawa hanya dengan berjuang dijalan yang benar sahajalah, segala usaha kita akn diberikan pertolongan dan kejayaan oleh ALLAS SWT.


Inilah matlamat PEKIDA dan inilah yang menjadi pegangan serta prinsip perjuangan kita selama ini. Sebab itu saya ingin menyeru, jika asas perjuangan kita itu telah lari daripada matlamatnya, kita perlu perbetulkannya kembali. Kerana slogan atau prinsip perjuangan kita sudah kukuh yakni demi untuk Agama, Bangsa, dan Tanah Air cuma dalam suasana semasa ini kita perlu menilai, memperkukuh dan mempersiapkan kepimpinan kita untuk meneruskan usaha serta cita-cita mempertabatkan slogan dan prinsip slogan berkenaan.


Persoalannya :



  1. apakah PEKIDA sudah mencapai tahap yang cukup berjaya didalam memperjuangka prinsip berkenaan?
  2. apakah segala cabaran atau halangan yang pelbagai boleh menjayakan cita-cita kita semua meneruskan kegemilangan usaha untukmencapai matlamat tersebut?
  3. ketiganya apakah persediaan, kekuatan serta kemahiran yang perlu kita tambah atau miliki untuk memperkukuhkan usaha murni mencapai tuntutan berkenaan?

Bagi menjawap ketiga-tiga persoalan berkenaan, saya mahu mengajak seluruh barisan pimpinan, Tok Ayah-Tok Ayah dan ahli PEKIDA mengenang kembali sejarah keunggulan bangsa dan agama kita dalam mengemudi Negara berbilang kaum ini selama 47 tahun merdeka.


Jika dapat kita singkap kembali, maruah bangsa kita, kejayaan yang dikecapi oleh bangsa Melayu beragama Islam kini, aspek social dan politik adalah kerana kekuatan agama kita dan penyatuan hati dikalangan kita.


Sejarah 11 Mei, 1946 misalnya, memperjelaskan hal ini. Bagaimana orang Melayu yang dikenali sebagai agama Islam yang dahulunya dijajah selama 446 tahun akibat sikap berpuak-puak, hingga mereka boleh dipecah dan diperintah akhirnay mampu bersatu. Bersatu kerana ada kesedaran agama demi mahu menyelamatkan maruah Raja sebagai pelindung agama Islam dah hak istimewa orang Melayu yang juga beragama Islam, dari dicemari oleh British. Kerana kesedaran agama mahu memperjuangankan soal inilah, akhirnya MALAYAN UNION terpaksa dibubarkan oleh British dan digantikan dengan konsep Negara yang lebih mendukung ketentuan MELAYU DAN KEMULIAAN ISLAM SERTA JAMINAN KEMERDEKAAN NEGARA menerusi penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Febuary 1946.


Demikianjuga peristiwa Darurat serta ancaman pergerakan senjata KOMUNIS dan IDEOLOGI mereka, turut berjaya diatasi kerana kekuatan agama dikalangan bangsa Melayu kita. Sebabnya kita tahu fahaman Komunis merupakan suatu fahaman yang tidak percayakan agama. Mahu mewujudkan apa yang dikatakan mereka masyarakat 'tampa klas'. Akan tetapi kerana pegangan agama bansa kita kukuh, fahaman ini gagal menarik minat orang-orang Melayu meskipun pada tahap-tahap berkenaan dengan ideologi tersebut orang Melayu boleh tertarik kerana lebih dekat dengan masalah kemiskinan yang dialami oleh bangsa Melayu. Namun ternyatalah, walaupun orang Melayu bergelut dengan kemiskinan pada awal tahun-tahun sebelum DEB diperkenalkan namun kerana pegangan kuat pada agama Islam ideologi komunis gagal menarik minat mereka. Yang lebih membanggakan kepimpinan Melayu Islam kita, adalah kemampuan kita mengajak PKM akhirnya meletakkan senjata secara aman pada tahun 1989. Inilah kekuatan agama dan kekuatan pimpinan kita, kerana dengan adanya suasana aman sebegitulah, sudah tentu usaha untuk memajukan bangsa dalam lapangan ekonomi, keselamatan dalam beribadat dan kehendak untuk memajukan tanahair dapat dijayakan tampa banyak masalah.


Demikian juga sebahagian besar dasar-dasar Negara yang diterapkan oleh kerajaan dan kepimpinan masa kini adalah kerana pengaruh kekuatan Agama. Kerana mahu mengambil iktibar dari ajaran agamalah, DEB dilaksanakan dengan terasnya mahukan pengagihan kekayaan negara yang adil dan usaha membasmi kemiskinan tampa kaum.


Inilah prinsip keadilan sejati didalam Islam. Meletakan sesuatu pada tempatnya. Sebab itu dalam DEB, prinsip Islamiah dan pengaruh agama Islam begitu jelas. Misalnya prinsip keadilan. Orang Melayu yang terkebelakang dalam semua aspek kerana dijajah, diberikan lebih sedikit hak dan peluang agar mereka dapat bersaing dengan kaum-kaum lain.


Hal yang sama turut dapat dilihat dalam soal perlembagaan negara yang menepati kehendak dan asa syariat Islam. Soal kebebasan beragama misalnya, diperuntukan dengan jelas dalam Perkara (3). Begitu juga jaminan, hak, nyawa, harta dan kebebasan serat akal fikiran. Jika dilihat elemen-elemen ini kesemuanya adalah selari misalnya dengan prinsip-prinsip yang terkandung didalam 43 Fasal yang ada didalam Piagam MADINAH dizaman Rasulrullah dan para sahabat terdahulu.


Jesteru itu, dasar pendekatan serta usaha kepimpinan sedia ada memperlihatkan pengaruh agama ISLAM yang cukup besar, apa lagi yang mahu kita debatkan. Sebaliknya sebagai sebuah pertubuhan yang berselogankan usaha mendaulatkan AGAMA, BANGSA, DAN TANAH AIR ini PEKIDA menjadi tulang belakang, penyokong paling setia bagi memastikan usaha kerajaan MELAYU ISLAM yang sudah dihormati ini dapat dikekalkan. Dikekalkan bagi menjamin keadilan ekonomi dapat diteruskan, juga menjamin agar syiar dan syariat Islam dan USAHA Islamiah dinegara ini dapat diteruskan. Agar perpaduan, nikmat keamanan, dan perpaduan yang membolehkan kita beribadat dengan tenang dan adanya harmoni antara penganut berbilang kaum dapat terus dipertahankan. Ini ajaran Islam sebenar, dan inilah juga contoh negara Islam moden sebenar, kerana adanya pertubuhan seperti PEKIDA yang sentiasa memberi buah fikiran, mempertahankan serta mendokong kepimpinan MELAYU ISLAM sedia ada.


Usaha ini pada saya boelh dicapai PEKIDA dengan keahliannya seramai 40,000 diseluruh negara, dan Kedah sahaja mempunyai ahli lebih dari 80,000 orang, saya yakin boleh berperanan kearah itu. Boleh dengan muafakat kita semua, dengan segala ketulusan hati, dan daya upaya kita semua, insyallah cita-cita murni PEKIDA untuk terus mempertabatkan keunggulan bangsa, memajukan syiar agama dan membela tanah air tercinta ini dapat dijayakan.


Akhir kata, saya mengharapkan Mesyuarat Agung Perwakilan PEKIDA yang diadakan dinegeri Kedah pada tahun ini ibarat sirih pulang ke ganggang. Kerana PEKIDA diasaskan dan bermula di negeri inihasil daya usaha Allehyarham Uztaz Yusoff Salleh yang menubuhkan PEKIDA ini pada 10 Mei, 1978. Jesteru itu, kehadiran seluruh jawatan kuasa peimpinan PEKIDA, Tok Ayah-Tok Ayah ke negeri kelahiran PEKIDA ini cukup saya alu-alukan. Semoga negeri Kedah, tempat dimana agama Islam datang terawal di kepulauan Melayu ini yakni pada kurun ke 11 lebih awal dari kedatangan Islam  ke Melaka, akan mampu menyediakan suatu semangat baru kepada PEKIDA dalam persidangan Agong pada tahun ini. Agar semangat baru ini akan disertai dengan perancangan tersusun, usaha bersungguih semoga niat suci PEKIDA dan perjuangan kita semua akan diberkati oleh Allah SWT.


" PETIKAN INI DIAMBIL DARI TEKS UCAPAN YAB DATO' SERI SYED RAZAK BIN SYED BARAKBAH - MENTERI BESAR KEDAH DARUL AMAN SEMASA PERASMIAN MESYUARAT AGONG PEKIDA KE 13 " - edited version



__________________
"SALAM KASIH SAYANG DAN IKATAN MESRA PERJUANGAN" -
wan


Veteran

Status: Offline
Posts: 34
Date:

syabas abg betara,sesungguhnya agama islam itu suci,putih,murni dan unggul.. harap semua ambil sedikit masa,bacalah petikan tersebut.ianya amat berguna dan mengingatkan kita pada mereka yg telah berkorban demi memartabatkan agama islam,bangsa dan tanah air kita.semoga doa kita dan usaha kita selama ini akan dimakbulkan allah s.w.t..


 


 


wanpuchong///



__________________
FARID


Veteran

Status: Offline
Posts: 56
Date:

Tahniah abg Betara. Semoga semua adik beradik (termasuk saya) memahami apa yang telah disampaikan...

__________________
Am


Senior

Status: Offline
Posts: 337
Date:

Thanks Bang


Bertambah sikit ilmu didada ini , lebih memahami dari sebelum ini dan apa yang telah difahami sebelum ini ditambah untuk dibukukan dihati ....


                                                                               



__________________
http://pics-53.hi5.com/userpics/3/9144153.img.medium.jpg *********************** http://www.team-soviet.h10.ru/serp.gif


Dr Hj Masjuki - Web Master & Pengarah R&D

Status: Offline
Posts: 976
Date:

Ahli forum boleh bahaskan teks ucapan ini, biar kita kupas dan analisa isi ucapan dan perlaksanaannya.

__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***


Senior

Status: Offline
Posts: 347
Date:

SALAM..


 IYE.. BIARKAN YANG MENGETAHUI YG MENGUPASNYA AGAR INTINYA DAPAT DIRASA OLEH SEMUA YANG HENDAK BENAR MENGETAHUI. LAPAR RASANYE.


AMPUN MAAF



__________________
mohd hawarie


Guru

Status: Offline
Posts: 501
Date:

bukan hendak mengupas tetapi berbahas :

alhamdulillah .. perjuangan kita berlandaskan pada satu prinsip yang betul iaitu untuk mertabatkan Agama Bangsa & Tanahair dengan 3 ini sudah cukup untuk kita. Tetapi perlaksanaannya bagaimana? Untuk menjawap persoalan (1) kita masih belum lagi boleh dianggap berjaya walaupun tanahair ini diperintah oleh kita sendiri kerana:

(a)- ekonomi dan perniagaan telah muncul sebagai kekuatan yang menentukan politik dan sosial dalam negara; kerana kuasa politik tampa kuasa ekonomi adalah seperti bayang-bayang. Didalam sesebuah negara mereka yang berjaya atau berkuasa dalam ekonomi boleh mengubah corak politik atau kerajaan yg berkuasa. (harap faham apa yg saya cuba maksudkan)

menjawap persoalan (2) boleh dilakukan sekiranya kita benar-benar bersatu hati dikalangan orang melayu atau dikalangan keluarga PEKIDA sendiri. Alhamdulillah, setidak-tidaknya kini kita sudah mulai nampak kesungguhan PEKIDA dalam mengatur pelbagai program untuk keluarga PEKIDA dan secara tidak lansung untuk orang melayu dengan adanya Koperasi dan sebagainya, cuma disini kita seharusnya mengambil peluang sebagai contah peluang pinjaman tampa modal.

yang ke (3) tidak perlu saya huraikan disini .. kerana ini adalah perkara pokok bagi seseorang untuk berjaya yang mana dirinya mewakili AGAMA, BANGSA, & TANAHAIR.

sekiranya ada pendapat adik-beradik yang bertentangan disini bolehlah diperbentangkan, setidak-tidaknya boleh kita dapat sesuatu dari perbentangan itu.

wassalam

-- Edited by betara at 01:46, 2005-01-03

__________________
"SALAM KASIH SAYANG DAN IKATAN MESRA PERJUANGAN" -


Member

Status: Offline
Posts: 10
Date:

A,kum...


korang ni saya tengok tak pernah campur org2 lama pun, asyik berjuang dgn ahli baru saja. tak tau ker buat tak tau saja pada sejarah pekida. Mengapa org lama diketepikan apa perjuangan korang ni bagus sangat ker sekarang,


Please la jangan korbankan duit RM ahli sendiri. Apa itu saja kebolehan pengatur ka???


Jgn disalah-ertikan konsep sembahyang tu dgn bertanyakan apa yang kamu sembah sedangkan org yang bertanya itu langsung tak mau bersembahyang(korang pernah d jemput solat sekali ka oleh pengatur).


Hisss apa punya fahaman korang bawak ni? Tarikat, makrifat, hakikat, syariat............hoi jgn la terpengaruh nanti ISIM(gila) la pulak. nak berjuang tu biarlah baik-baik aje jgn pelik-pelik. Kalau nak jadi malaikat jangan campur dgn manusia, buat urusan sendiri sudahla jgn nak memandai-mandai membetulkan org lain sebelum membetulkan diri sendiri terutama si pengatur itu.


 



__________________
SIMPANG TIGA juga peace brader


Guru

Status: Offline
Posts: 501
Date:

maaf ya abang MALAYSIA, org lama yang mana abang maksudkan? itu petikan dari orang lama lah tu yg saya bawa masuk ke forum ni, perjuangan yang sama juga telah diajar oleh abang-abang dan ayah kami, untuk kedaulatan TANAH MELAYU.

wassalam

__________________
"SALAM KASIH SAYANG DAN IKATAN MESRA PERJUANGAN" -


Senior

Status: Offline
Posts: 489
Date:

Assalamualaikum ..


Meh saya nak kupas apa yang telah saudara Malaysia nie bentangkan ..


"korang ni saya tengok tak pernah campur org2 lama pun, asyik berjuang dgn ahli baru saja. tak tau ker buat tak tau saja pada sejarah pekida. Mengapa org lama diketepikan apa perjuangan korang ni bagus sangat ker sekarang"


- Tak pernah campur orang lama? Awak tak kenal pun dengan kami macam mana awak nak tau kami tiada connection? Bukan semua yg di R&D tu budak budak, datang sendiri, tengok sendiri ..


- Sejarah PEKIDA ? Anda tau ke ? Kami di sini R&D (Research & Development ). Kami sudah membuat research dan telah develop apa yang sepapututnya. Adakah anda berfikiran sama seperti kami ?


- Perjuangan kami ? Anda pertikaikan perjuangan kami ke ? Nak tanya perjuangan kamu pula apa ?Kami tidak ketepikan orang lama, kerana orang lama adalah contoh kami. Tetapi jika mereka tidak boleh mengikuti jejak kami yang pantas, maka kami akan bergerak sendiri.


"Please la jangan korbankan duit RM ahli sendiri. Apa itu saja kebolehan pengatur ka???"


- Duit ? Inilah umat akhir zaman. Cerita punya cerita, last last sekali mesti duit gak. Tak teringatkah anda ketika dibaiahkan dulu, bahawa pengorbanan dari segi tenaga dan nyawa, masa dan juga wang dan ringgit ? Hmm .. pi lah mengKAJI dulu bukan menGAJI .. sebab mengaji nie membaca je .. tak paham apa pun .. lain kalau mengkaji, kita study betul betul ..


"Jgn disalah-ertikan konsep sembahyang tu dgn bertanyakan apa yang kamu sembah sedangkan org yang bertanya itu langsung tak mau bersembahyang(korang pernah d jemput solat sekali ka oleh pengatur)."


-Urusan itu adalah urusannya dengan Allah .. jangan ingat awak sembahyang 5 kali sehari DIA nak terima tau .. kita seharusnya redha denganNYa .. buat apa yang disuruh, tinggal apa yang ditegah .. samada dia nak terima atau tidak menjadi urusanNya ...


"Hisss apa punya fahaman korang bawak ni? Tarikat, makrifat, hakikat, syariat............hoi jgn la terpengaruh nanti ISIM(gila) la pulak. nak berjuang tu biarlah baik-baik aje jgn pelik-pelik. Kalau nak jadi malaikat jangan campur dgn manusia, buat urusan sendiri sudahla jgn nak memandai-mandai membetulkan org lain sebelum membetulkan diri sendiri terutama si pengatur itu."


- Sejak bila pulak nie kitorang belajar benda benda nie .. mana lah ada .. tulah .. manusia nie kan suka mendengar dari melihat .. belum tahu apa pun, tau tau nak bang je .. ish, Ya Allah ampunkanlah dosa hambamu ini kerana dosa memfitnah adalah lebih besar dari dosa membunuh..


p/s : Harap saudara Malaysia nie faham yea .. pendapat SAYA pula .. tak kira lah berapa lama anda dalam PEKIDA .. kalau dalam dada tu kosong walaupun dah lama .. tak guna jugak ..



__________________
~~~@|||Andy|||@~~~


Senior

Status: Offline
Posts: 174
Date:

Assalamualaikum saudara malaysia.....apa yang saudara ucapkan tue tak betul....saudara bercakap seolah-olah macam bukan org islam.takkan islam atas nama melayu jer kot...tapi tak memahami apa yang tersirat dalam ISLAM. syariat,tarikat,makrifat,hakikat,kenapa saudara merasa perkara tu pelik2?ilmu ALLAH terlalu luas .jgn jadi syirik kerana bercakap.cari dulu kunci syirik.takut2 terkeluar dari akidah.saudara mencerca org,macam mana tue...saya bukannya nak berlagak pandai ,saya pun masih belajar dan akan terus belajar.jadi saya menyampaikan apa yang saya tau...baik saudara baca kitab BIMBINGAN MUKMININ karangan imam AL GAZHALI.dalam tu ader tentang adab2 dan kesopanan.

__________________
Ahli Jemaah Dungun TRG


Senior

Status: Offline
Posts: 425
Date:

huh...macam2 la malaysia nie...hihihihihikk...

__________________
|||BATU|||


Dr Hj Masjuki - Web Master & Pengarah R&D

Status: Offline
Posts: 976
Date:

oooppppp... nanti elie jgn muntah di sini, kotor najis tu... muntahkan saja di mulut orang yang membuat elie rasa loya loya tekak... ahakkkssss

__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***


Senior

Status: Offline
Posts: 347
Date:

salam..

semua dipulang kan kembali. alhamdulillah

__________________
mohd hawarie


Senior

Status: Offline
Posts: 452
Date:

macam-macam perihal lahh..

__________________
"WoKeY JeR"


Guru

Status: Offline
Posts: 742
Date:

Assalamualaikum...///


Alhamdulillah..sekarang nampaknya kembali aman. Tapi kena sentiasa berwaspada. Sementara itu, rasanya kita bolehlah kembali kepada tajuk asal kita iaitu membincangkan hal Perjuangan Unggul PEKIDA.



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard