Majlis amal sepanjang hari kelmarin telah berjaya dengan pengumpulan derma, juga begitu banyak helaian pakaian untuk mangsa ribut Tsunami, jualan t-shirt sehati sejiwa untuk tabung rumah kebajikan Tun Abd Razak. 95 kutipan tabung darah berjaya dikumpul pada 26 Dis dan petang kelmarin.
Ucapan tahniah dan pujian khas diberikan kepada Pekida Malaysia oleh Dr Fazilah (26 Dis) dan Dr bertugas kelmarin, juga dari Peace Malaysia, Dato' Dulkifli Alwie atas kejayaan luar biasa program anjuran unit rnd pekida malaysia ini. Pelbagai pihak terpikat dan bersungguh sungguh ingin menyertai pekida kerana yakin unit ini akan dapat membawa misi dakwah dan kebajikan sebenar untuk umat Islam dan Melayu di negara ini. Ini di sahkan sendiri oleh Dr fazilah bahawa ini lah satu satunya NGO melayu yang dapat menunjukkan komitmen kepada aktiviti kebajikan, yang satu hari nanti PASTI dapat menandingi kehebatan NGO lain yang hebat dan peka dengan program kebajikan masing masing.
Kilauan bunga api juga di buat secara besar besaran di kegelapan malam di lantai dasar dan disaksikan oleh manusia manusia terpilih serta para malaiakat... berlarutan hingga jam 6 pagi... Turut meraikan perhimpunan itu ialah Paduka Ayahanda yang dikasihi Dato Hj Ab Malek Ranting, sahingga berat terasa untuk berpisah melangkah pulang...
-- Edited by pekida at 18:39, 2005-01-01
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
disini saya nak mohon maaf pada kekandaku abg mas,adinda x dpt hadir smalam pasal terpaksa menolong ayah sy meniaga...terasa rugi plak x dpt hadir smalam,tapi nak wat camna....adinda harap kekanda paham situasi adinda skrang,tapi adinda janji akan hadir di R&D kajang selepas selesai semua masalah di disi nanti...sampai kan salam rindu adinda pd yg lain..
Tahniah saya ucapkan kepada R&D yang jelas telus dalam perjuangan. Juga penghormatan kepada kekanda Mas yang menjadi tonggak dalam merealisasikan jalinan perjuangan ini.
Apa yang boleh saya ulas mengenai malam tersebut iaitu ia merupakan malam penghijrahan daripada tahun 2004 ke 2005 yang menyimbolikkan daripada kegelapan ke arah sinar cahaya dengan penuh keinsafan. Kepada saudara2 yang tidak berkesempatan ke majlis tersebut, rasanya masih belum terlewat untuk sama-sama R&D menyumbangkan sumbangan di tapak karnival kerana semalam ketika saya ke sana, masih ada longgokan sumbangan dari malam tahun baru yang menunggu untuk ditambah lagi daripada saudara2. Jadi saya ingin menyeru, jika ada kesempatan, singgahlah sebentar di tapak karnival dan letaklah sedikit sumbangan tak kira apa samada susu, bantal, pakaian, peralatan rumah dan lain-lain bagi menambahkan sumbangan yang sedia ada. Semoga apa yang kita lakukan itu mendapat berkat dan balasan dariNya.
Saya tak pasti samada ini adalah cikgu azhar, adik bob... pengasas rd Club...
TETAPI SYURO KHAS MALAM TADI MEMBERIKAN SATU PENGHARGAAN KHAS untuk beliau atas sumbangan dan komitmen yang luar biasa dari pada pihaknya secara peribadi dan kumpulan. Beliau baru beberapa hari bersama R&D, namun komitmennya mengatasi ramai senior di r&d...
Andalah calun syurga, itu statement pengatur yang menilai berdasarkan amal yang anda tunjukkan buat masa ini. selagi anda terus patuh dan beramal, tidak melakukan dosa besar terhadap perjuangan fisabilillah ini, kekal lah anda sebagai ahli syurga... itu lah pedoman mengapa rasulullah boleh menetapkan seseorang pengikutnya sebagai ahli syurga walaupun allah dah nyatakan tiada sesiapa pun manusia yg akan mengetahui yang ghaib, kecuali Allah (surah 42 ayat 51)... tetapi allah katakan pula kamu kenal mereka (ahli syurga) melalui kata kata dan amalannya...
Keep it up bro... we all welcome and luv u very much... call all yr RD bikers members, as we are keen to adopt your club into our program... kami kagum dengan keikhlasan ahli anda... salam khas dari saya dan seluruh ahli syuro semalam buat mereka..
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
Terima kasih kanda Mas. Untuk makluman kanda Mas, Zackbikers adalah abang kepada Azhar. Azhar sekarang sibuk mengajar, memandangkan waktu persekolahan sudah bermula.
Insyaallah saya dan adik saya, Azhar akan terus berusaha dan berkorban bagi meneruskan perjuangan dan berganding bahu dengan R&D Pekida memastikan jalinan perjuangan dan dakwah yang berterusan. Insyaallah.