Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: KISAH LIMA PERKARA ANEH


Senior

Status: Offline
Posts: 182
Date:
KISAH LIMA PERKARA ANEH


KISAH LIMA PERKARA ANEH
> >
> > Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqah
> yang masyhur. Suatu
> > ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan
> bahawa antara Nabi-
> > Nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam
> bentuk mimpi dan ada
> > yang hanya mendengar suara.
> >
> > Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu
> melalui mimpi itu, pada
> > suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi,
> "Esok engkau
> > dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi
> menghala ke barat.
> > Engkau dikehendaki berbuat seperti berikut:-
> >
> >
> > Apa yang engkau hadapi, maka makanlah ia;
> >
> > Apa yang engkau jumpa kemudiannya, maka engkau
> sembunyikan;
> >
> > Apa yang engkau dapat kemudiannya, maka engkau
> terimalah;
> >
> > Apa yang engkau hadapi kemudiannya, jangan engkau
> putuskan harapan;
> >
> > Apa yang engkau tempuhi kemudiannya, larilah
> engkau daripadanya."
> >
> > Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari
> rumahnya menuju ke
> > barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah
> sebuah bukit besar
> > berwarna hitam. Nabi kebingungan sambil berkata,
> "Aku diperintahkan
> > memakan perkara pertama yang aku hadapi, tapi
> sungguh aneh sesuatu
> > yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."
> >
> > Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu
> dengan hasrat untuk
> > memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba
> bukit itu
> > mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku
> roti. Maka Nabi pun
> > mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila
> ditelan terasa sungguh
> > manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan kalimah
> > syukur, "Alhamdulillah".
> >
> > Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu
> bertemu pula dengan
> > sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan
> mimpinya supaya
> > disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah
> lubang lalu
> > ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian
> ditinggalkannya. Tiba-tiba
> > mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun
> menanamkannya semula
> > sehingga tiga kali berturut-turut.
> > Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan
> perintahmu." Lalu
> > dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari
> oleh Nabi itu,
> > mangkuk emas itu keluar semula dari tempat ia
> ditanam.
> >
> > Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia
> ternampak seekor burung
> > helang sedang mengejar seekor burung kecil.
> Kemudian terdengarlah
> > burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah,
> tolonglah aku."
> >
> > Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa
> simpati lalu dia pun
> > mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam
> bajunya. Melihatkan
> > keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang
> menghampiri Nabi itu
> > sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat
> lapar dan aku mengejar
> > burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah
> engkau patahkan
> > harapanku dari rezekiku."
> >
> > Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya
> yang keempat,
> > iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi
> kebingungan untuk
> > menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat
> keputusan untuk
> > mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging
> pehanya dan
> > diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat
> daging itu, helang pun
> > terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari
> dalam bajunya.
> >
> > Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan
> perjalanannya. Tidak lama
> > kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat
> busuk baunya, maka
> > dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan
> menghidu bau yang
> > menyakitkan hidungnya.
> >
> > Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka
> kembalilah Nabi ke
> > rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam
> doanya dia
> > berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan
> perintah-Mu
> > sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka
> jelaskanlah
> > kepadaku erti semuanya ini."
> >
> > Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah
> S.W.T. bahawa:
> >
> >
> > Apa yang engkau makan itu ialah perasaan marah.
> Pada mulanya nampak
> > besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika
> bersabar dan dapat
> > mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan
> menjadi lebih
> > manis daripada madu.
> >
> >
> > Semua amal kebaikan (budi), walaupun
> disembunyikan, maka ia tetap
> > akan nampak jua.
> >
> >
> > Jika sudah menerima amanah seseorang, maka
> janganlah kamu khianat
> > kepadanya.
> >
> >
> > Jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah
> untuknya demi membantu
> > kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.
> >
> >
> > Bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal
> seseorang). Maka
> > larilah dari orang-orang yang sedang duduk
> berkumpul membuat ghibah."
>
>
>
> > Kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan
> dalam diri kita, sebab
> > kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku
> dalam kehidupan kita
> > sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan
> setiap hari ialah
> > mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang
> itu suka mengata
> > hal orang lain.
>
> > Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal
> seseorang
> > itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada
> sebuah hadis mengatakan
> > di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan
> terkejut melihat pahala
> > yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia
> bertanya, "Wahai Allah,
> > sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak
> pernah aku kerjakan
> > di dunia dulu." Maka berkata Allah S.W.T., "Ini
> adalah pahala orang  yang mengata-ngata tentang dirimu."



__________________
wann


Senior

Status: Offline
Posts: 448
Date:

Apa nama Nabi tu ek? elok kasi nama tu kat anak nanti... mana tau bleh ada sifat macam tu.

__________________
Innallah Ha Maassobirin - Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.......


Senior

Status: Offline
Posts: 230
Date:

Allah maha besar menciptakan Nabi nabi dan rasul-rasulNya

__________________
Image Hosted by ImageShack.us ~~~Aku Adalah Pejuang Fisabilillah Di Bumi Allah~~~


Senior

Status: Offline
Posts: 347
Date:

wahai.. mujahid


setiap manusia ada nabi ada rasul,  bangsa dengan bahasa kita sendiri.Ikut sahaja jalanNya.


Nabi,Rasul


Habsyi.


Muhammad abdal allah.                                  


 


 



__________________
mohd hawarie
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard