INI ADALAH SURAT ARAHAN SAYA KEPADA AJK PENAPIS ATAU OPS FORUM KITA:
Semuga semua kita dapat beri kerjasama demi memakmurkan dan mensejahterakan lagi forum ini.
Fendi...
Abang minta tolong aturkan gerakan bersama semua ajk penapis web ini agar kemaskinikan biodata semua ahli forum yang ingin aktif dalam forum ini agar menghantar samada melalui pm atau email,
nama penuh
alamat surat menyurat
nombor handfone
nombor talipun rumah, pejabat,
nombor faks
alamat email semasa
gambar digital.
dan minta mereka pm kan kepada kita secepat mungkin. Mereka yang bersama kita di web dan forum ini mesti lah mereka yang ikhlas dan ingin memperjuangkan agama, bangsa dan negara, bukan tediri dari mereka yang hanya parking for fun saja di sinil.
Sementara itu, khabarkan kepada mereka, bahawa mereka juga diwajibkan mendaftar sebagai ahli sms kita sebagai tanda menyokong (biarpun sen sen jumlahnya) perjuangan kita. Ini adalah Arahan ayahanda agar mereka boleh dipertanggungjawabkan atas apa saja kesan baik dan buruk dari aktiviti mereka di web rasmi kita. Lepas itu, minta nafi susunkan data itu dalam colum file exell dan emailkan pada fitri utk abg semak dan sesuaikan dengan data sedia ada di borang kursus induksi. Abang mohon nafi, rozan, dan khairul bantu kemaskinikan semua data itu dalam fail sedia ada bersama fitri dan faizal (yg sementara ini banyak bewrtugas di cm). Adik nurul dan nafisah boleh di minta bantu sama jika perlu.
Beri mereka beberapa hari untuk memenuhi syarat ini. Yang tidak memenuhi syarat akan kita ban dan gugurkan dari ahli forum kita. Setiap orang boleh terus gunakan dua tiga nick jika mahu, dan data peribadi mereka hanya untuk simpanan pihak web master saja... dan akan tetap dirahsiakan dari paparan umum.
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
Fendi boleh click list all users, dan antar pm kepada semua mereka, atau tunggu saja mereka yang telah membalas secara sukarela. Yang tak membalas, bermakna tidak suka atau pun tidak rela, maka mereka tidak berhak untuk bersama sama kita.
Bagi anda yang ingin bertindak sebelum betarathirty antar pm ke mail box anda, anda boleh cari betarathirty dan antakan maklumat tesebut terus ke padanya atau melalui emailnya. Yang paling cepat menghantar adalah orang yang paling suka dan yg paling rela.
wabizalika umirtu.. wa ana awwalul muslimin -dan apa bila di seru, da akulah yang awal-awal serah diri... al-an'am, 6 ayat 163.
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
di harap saudara dan sauari sekalian mempercepatkan update profile masing-masing..ini kerana dapat memudahkan kerja kami ...kerjasama saudara dan saudari sekalian amatlah kami hargai...sekian...
Nucgraffin adalah satu dari penolong penapis laman web ini... beliau juga dalah urusetia sepenuhmasa rnd. jadi boleh juga anda pm kpd beliau. Cuma saya lebih suka jika semua mengirim pada betarathirty kerana mudah beliau mengumpul dan tidak buat kerja berlapis lapis atau berulang ulang... satu pembaziran
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
Inilah contoh awwalul muslimin. orang yang poertama menyahut seruan.
Bagi anda yang tidak keberatan, sebenarnya anda juga boleh berikan semua maklumat seperti ini di forum ini. Kecuali bagi anda yang ingin menyembunyikan maklumat peribadi anda.
Keduanya, soal gambar, bagi anda yang telah mengikuti kursus induksi dan pasti gambar anda ada dalam simpanan urusetia, anda maklumkan saja, dan insyaallah akan mereka cari dan padankan dengan maklumat peribadi anda.
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
Ok siap ... suda send sama betaraty.. Semoga adik beradik yg lain dapat send sepantas kilat supaya kerja kerja menaik tarafkan forum kita berjalan lancar. Ayuh jgn tunggu lagi. Lakukan sekarang ! ! !
sy juga dah mengemaskini biodata sy dan dah diemailkan terus kepada saudara bentara.cuma sy berharap sy dapat berjumpa dgn saudara2 yg berada di kajang suatu hari nanti.