Saya terima dalam private msg dan merasakan anda semua perlu tahu akan hasil kerja anda semua di CM... Mesej diterima dari wakil tabung darah spt berikut...
From: Nana Subject:
Askum....Dr mas... terlebih dahulu nana nak ucap terima kasih atas pengisian malam countdown yang begitu baik.
untuk pengetahuan Dr mas, nana nie adalah wakil dari tabung darah yang datang pada malam tu... sbg wakil dari pusat darah nana nak ucapkan terima kasih bebanyak atas daya usaha Dr dan semua dari R&D kajang atas penganjuran kempen yang begitu berjaya sekali.
Bagi mewakili diri nana sendiri pula, apa yang telah di buat begitu bagus sekali.... ye la daripada hanya konsert2 aje baik la buat kerja amal sikit....sebenarnya nana nie nak tahu banyak lagi pasal PEKIDA nie sebenarnya... insya allah satu hari akan sampai jugak nana ke kajang untuk melihat sendiri dari dekat apa itu PEKIDA sebenarnya.. adakah serupa seperti yang apa nana ketahui.....
***end***
sekian.
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
Kami ingin sekali menjemput Nana malam nanti (malam rabu) untuk ikuti taklimat mingguan untuk ahli baru bersama yang lain. nana juga akan berpeluang bertemu dengan paduka Ayahanda Dato Hj Ab Malek Ranting yg juga telah confirm datang.
Kami usahakannya untuk Pekida, yang membawa missi dan missi Islam agama Allah. Untuk itu rasanya layaklah kiranya pujian itu kita serahkan kepada Allah. Kerana kami semua tidak akan bersatuhati, bersengkang mata, mengeluarkan belanja, membuang masa di situ, berlapar dahaga jika tidak kerana NYA.
Syukur pada hidayah dan kudrat yang diberi Ilahi pada kami Taskforce R&D. Menanti saja saat dinda Nana bersama sama kami, bagi mempercepatkan kadar dan jumlah pencapaian usaha ini. Kerana tanpa Nana dan yang lain lain, program akan tetap bejalan, cuma mungkin kurang hasil atau slow sikit... So ajak lah rakan taulan, kerabat dan sahabat yang terdekat datang bersama. Kalau pelu bantuan kenderaan, kontak lah kami, kerana putri kita sangat suka menolong calun ahli baru nya.
tul tak dinda Norul...?
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
alhamdulillah lepas nie ramai laa rakan2 kak long......saya gembira dapat berkenalan ngan akak nana nie...sampai cucuk jarum pun tak rasa sakit lansung...tau2 jer dah selesai...
Kecewa la tak dapat derma darah. Kena reject sebab batuk. Alahai...sedih..sedih. Tak apa la. Dah takdir. Nasib baik dapat nyanyi lagu Azura atas pentas. Terubat jugak kecewa.
tiada siapa akan memahami aku,melainkan mereka ialah aku,orang yang paling dipercayai ialah aku tiada selain melainkan aku. sesungguhnya aku adalah aku bukan kamu.andai engkau menjadi aku engkau akan mengerti...
salam pertemuan untuk kalian PEJUANG semua, junjung kasih utk abg mas di kajang sg. ramal dan keluarga di sana.
maafkan sy kerana buat masa la nih, tak dpt nak beri ulasan @ home work yg abg berikan hari itu. bukan kerna apa, masalah line internet kacau. tengah dok buat tut-tut ilang plak dah. tensen saya time tu. harap dlm 2-3 hari lagi sy akan siapkan.
* hajat hati nak tinggal lama, bersama-sama keluarga di sana, tapi apakan daya, ku tiada masa, pulang ke utara menyambung WADAH PERJUANGAN kita.
wassalam///
__________________
:.KaR3n.: "aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH"