perjuangan harus di teruskan, pelaksanaan WAJIB di atur, atur langkah biar SEJALUR, SELARI dengan wadah PERJUANGAN yg di HULUR, PEJUANGAN UTARA sudah MENUGGU UNTUK MENABUR, biar KABUR DI mata, jangan KABUR DI TINTA ALAM MAYA.
DIA, AKU menunjuk JALAN, hanya KAMI menunggu WAKTU, untuk mengolah langkah dan BUDI, HAMBA ini utusan ILLAHI, BIAR JASAD berkubur, NAMUN PERJUANGAN SUCI, KAMI akan GEMBUR.
JIHAD kami untuk yg AHAD, NAWAITU hamba gerangan pada yg SUCI, POHON kami pada MU, BERIKANlah KEKUATAN utk MENERUSKAN PERJUANGAN ini, biar KAMI diiringi dengan HAK yang SUCI, tidak TERLINTAS untuk MENGUNDUR dari KUDRAH MU.
* menangis HATI dalam sendu, PERJUANGAN untuk yang SATU.
__________________
:.KaR3n.: "aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH"
w'salam///...selamat menatang screen & selamat beradu keyboard kembali...ekeke...semua sihat belaka no..jika ada program kita sebelah sana...habaq mai la no...insyaAllah leh kita sama-sama nanti...
semoga kita bertemu lagi di lain waktu abg car r3nt.../// best no dok borak2 sampai macam2 citer dok kuaq masa kat CM tu.../// nanti nak mai lagi habaq la dulu leh tulun pi amek Ok...///
heheh, saudaraku semua nih cantik-cantik belaka. takpa, perjuangan MURNI ini akan DIPERJUANGKAN. *to bro bentara nanti ada yg baru sy tunjuk, cincin ada khasiat suma ada. salam RINDU untuk bro kajang dan warga CM. cantekkk...
(sapa nak tempah batu cincin pelbagai khasiat, boleh msg sy)hehehe...
-- Edited by car_r3nt at 00:01, 2005-01-05
__________________
:.KaR3n.: "aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH"
Saya sering kali menitis air mata bila membaca sajak aka puisi abg Karin ... Sebab tak sangka saya mendapat sinar jugak dari ayat abg karin tempoh hari saya balik ke utara dan berjumpa ngan abg karin ... Saya betul betul terharu ngan abg Karin yg beri byk petunjuk pada saya dari sebelum sertai pejuang pejuang ini dan sehinga lah sekarang selamat dan bersedia utk berjuang bersama sama.. Hanya tuhan saja dapat membalas jaga abg Karin pada saya... Jika saya balik ke utara lagi pasti abg Karin org pertama saya cari .. Insyallah ...
tapi yg saya tak tahu plak pasal cincin tu ada khasiat .. Kalau camtu saya pun mcm berminatlah pada cincin khasiat nih .. Bole abg Karin buat kan saya cincin Khasiat nye muka sentiasa manisss je macam muka abg Karin nih .. sehingga kan cik Nurul kita terpaut ..
quote: Originally posted by: Andy_9126 "Assalamualaikum .. Hahahaha .. Anas, kau tengok .. bila aku cakap cincin je .. semua dah salah faham .. hahahah ... "
hahahah, lain maksud bunyinya tuuu... tak pa bro andy, saya faham...
pada yg faham, faham jer lah. yang tak faham tu, baik berdiam... heheh...
sempoy dok pekena nasik ayam MENGCENGKAUUUUU... (riauuuuuu... )
bila2 sy free kita pekena lagi, bawak geng-geng dari UTARIAN.
( lapaq sate kajangggg, wooooouuuu )
__________________
:.KaR3n.: "aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH"
Salam di sambut... kasih bertaut... khas buat rombongan dari utara yang sangat baik hati budinya... tinggi semangatnya... murni niatnya... tak lain dan tak bukan Bro car_rent, ayen, sped (ady)...
Anda lah contoh mulia, penerus dan penggerak perjuangan Rasullah layaknya. Sanggup mengumpul tenaga, wang ringgit, cuti memacu gerak, menuju langkah... bersama menyahut cabaran... membuat perubahan paradigma ... perjuangan suci yang telah lama terhenti... telah lama di caci maki (lihat UMNOREFORM)...
Perjalanan menuntut ilmu suci, pemberian ilahi, gerak langkah rasulullah dicontohi. Masih ramai di sini yang masih sangsi, banyak komen itu dan ini, namun melangkah sedikit berat sekali...
berbeza dengan dinda sekalian, berjemaah menyusun langkah, menuntut hak dari allah... itulah ilmu yang telah diajarkan baginda rasulullah... buat bekalan dan petunjuk fi sabilillah...
Seruan rasulullah agar belajar dari lahir hingga ke liang lahat... nampaknya tak berapa di endah... nampak kaum lain lebih menyahut seruan itu... sanggup berbelanja sendiri menuntut ilmu... ke seberang lautan sanggup di tuju... tidak seperti umat melayu... yang segalanya mahu di sudu... dari KL ke Kajang pun sudah tak lalu...
Orang jauh ternanti nanti... sanggup berbuat itu dan ini... asalkan ilmu dapat di kecapi...
Yang dekat lain pula cerita... tak habis habis duduk bercerita... secawan kopi duduk cerita berjela jela... bicara lain tidak mengkaji orang saja... apakah yang tak kene... diri sendiri lupa agenda... mengisi segala janji setia...
Beruntunglah mereka yang sedar diri... agar dapat menjadi insan sejati... ke jalan allah usaha di beri... jemaah yang indah sama di diri... melahirkan syurga di kalangan sendiri...
Tiada kata madah dapat di lakar... untuk menyatakan keindahan jemaah ini, sanggup menerima kata nista dari mereka yang kurang senang akan perkembangan dan kemajuan.
Ya Allah ampunilah mereka, berilah peluang mereka bertaubat, tunjukilah mereka hidayahmu, lembutkanlah hati hati mereka agar kembali ke jalan yang lurus, ke jalan yang telah kau redai, sebagaimana yang telah kau tunjuki mereka yang terdahulu dari kami.
Hai Jiwa yang tenang... (tenang-kan lah jiwa mu wahai para mujahid perjuangan)
Rujuklah kepada pengaturmu (Ir jie ila robbika) dengan redo lagi diredai ... (ayuh kembali semula merujuk dan menyemak susurjalur dan aturan perjuangan ini, ayuh singkap dan buka kembali kitabmu yang telah diwariskan kepada mu oleh tuhanmu... kita lihat semula bagaimana rasulullah berjuang... kitab apa yang rasulullah junjung (dan adakah serupa bentuknya dengan kitab yang kita junjung sekarang, sedangkan kitab itu dimusyhafkan atau dibukukukan selepas baginda wafat...??? ayuh semua fikirkan... sudahkah anda kaji semuanya...???)
Masuklah ke dalam jemaah hamba hambaku... (ayuh, masuklah ke dalam jemaah hamba hamba yang telah merujuk semula kepada manual perjuangan dari tuhannya, yang diwasiatkan oleh rasulnya...)
Masuklah ke dalam syurga ku... (nah dalam jemaah ini terbentuk satu ketenangan, kasih sayang, kemakmuran, kesejahteraan... dunia dan akhirat. Tiada sakit hati, tiada hasad dengki, tiada rasa dukacita, tiada rasa gundah gulana... lihatlah bagaimana jemaah ini bergembira, bergurau senda, rindu riduan dan berkasih sayang, tolong menolong dengan penuh keikhlasan... semuanya bukan kerana kepentingan peribadi,.. bahkan kerana seruan ilahi... ).
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
Dikau lah cahaya, dikaulah penunjuk jalan yang memberikan harapan pada insan insan kerdil ini untuk berbakti. Di kelopak matamu terlihat keikhlasan, di kebernasan bicaramu tergambar ketangkasan, namun di hayunan langkah tubuhmu terpapar keletihan...
Kanda Mas... jaga kesihatanmu, jaga tidurmu, jaga makan minummu... jaga keselamatan dirimu, dikaulah hadiah ilahi kepada kami. Insan yang selama ini kami cari, yang dapat menyuluh kegelapan jiwa kami...
quote: Originally posted by: Robbi "Assalamualaikum khas buat kanda Mas... Menitis air mata ini, membaca luahan kanda. .... Dikau lah cahaya, dikaulah penunjuk jalan yang memberikan harapan pada insan insan kerdil ini untuk berbakti. Di kelopak matamu terlihat keikhlasan, di kebernasan bicaramu tergambar ketangkasan, namun di hayunan langkah tubuhmu terpapar keletihan... Kanda Mas... jaga kesihatanmu, jaga tidurmu, jaga makan minummu... jaga keselamatan dirimu, dikaulah hadiah ilahi kepada kami. Insan yang selama ini kami cari, yang dapat menyuluh kegelapan jiwa kami... Ya allah selamatkan kekanda ku Dr Mas."
quote: Originally posted by: Robbi "Assalamualaikum khas buat kanda Mas... Menitis air mata ini, membaca luahan kanda. .... Dikau lah cahaya, dikaulah penunjuk jalan yang memberikan harapan pada insan insan kerdil ini untuk berbakti. Di kelopak matamu terlihat keikhlasan, di kebernasan bicaramu tergambar ketangkasan, namun di hayunan langkah tubuhmu terpapar keletihan... Kanda Mas... jaga kesihatanmu, jaga tidurmu, jaga makan minummu... jaga keselamatan dirimu, dikaulah hadiah ilahi kepada kami. Insan yang selama ini kami cari, yang dapat menyuluh kegelapan jiwa kami... Ya allah selamatkan kekanda ku Dr Mas."
TERKELU SEKETIKA MENGENANG AKAN JASAMU WAHAI KANDA MASJUKI UTK PERJUANGAN HAK' PADA YG SATU. INSYAALLAH, BIAR APA YG BERLAKU KAMI AKAN TERUS DI BARISANMU. UNTUK PERJUANGAN DEMI AGAMA, BANGSA DAN TANAH AIR.
SALAM PERJUANGAN UNTUK MU KANDA DR. MASJUKI.
__________________
:.KaR3n.: "aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH"
Pujian melangit tidak sekali kali hamba minta... jika pun ada ia adalah milik yang esa, kerana kanda hanya sekadar menjalankan suruhan Nya...
Setakat ini hamba bahgia, dapat peluang menabur jasa, walau sekadar sekelumit cuma... jemaah R&D sekalian merupakan saudara... yang akan menjadi pagar manusia... untuk menghadapi sebarang angkara... dari mereka di luar sana... yang gemar membuat angkara...
Jika kesempatan tidak dapat diberi... lalu hamba gugur sendiri... himpunkan lah keluarga datang menziarahi ... itupun sudah lebih dari mencukupi...
Hamba yang lemah adalah miliknya... hidup sekadar menabur jasa... demi agama, bangsa dan negara.
Tidak perlu dihargai oleh mereka yang jahil... cukup di nilai oleh robbul jalil...
Terimakasih dengan limpahan kasih sayang dari hamba untuk kanda dan dinda yang budiman.
Andai berlaku sesuatu pada hamba... perjuangan ini jangan di sia sia... aturkan barisan lantiklah ketua ... berbekalkan ilmu yang sudah di dada... asalkan jangan berebut tahta ... yang hanya sebentar dan pinjaman sahaja...
AN AQIMUDDINAWALA TATAFARRAQU FIH ... tegak kanlah Din dan jangan kamu berfirqah-firqah (pecah belah) tentang nya - AQ 42 AYAT 13.
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***