Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Wahai Muslimin dan Muslimat…BERINGATLAH!!


Senior

Status: Offline
Posts: 425
Date:
Wahai Muslimin dan Muslimat…BERINGATLAH!!


(diperolehi dari email dan ingin dikongsi bersama-sama..renungkanlah..)



Wahai Muslimin dan Muslimat…BERINGATLAH!!

Hari qiamat sudah semakin hampir….. tanda-tanda qiamat sudah banyak
berlaku, baik tanda-tanda kecil mahupun yang besar. Tetapi masih
ramai di kalangan kita umat Islam masih tidak sedar. Ini tidak lain kerana
kita sudah meninggalkan al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW. Yg dilihat
hanyalah rukun Islam yg 5 dan rukun Iman yg 6….tidak lebih daripada itu.

Wahai Muslimin Muslimat !!

Sudahkah kalian membaca akhbar pada hari ini?! Sudahkah kalian
melihat berita perdana semalam & hari ini (baik apa jua salurannya)? Tidak
takutkah kalian dengan apa yang sedang berlaku?? Sepatutnya kita
sebagai Muslim tidak harus terkejut dengan apa yang berlaku kerana Rasulullah
SAW telah pun memberitahu kpd kita secara detail apa yang nak berlaku di
akhir zaman sebelum hari qiamat…. Cuma kita yang tak mahu membaca
hadis-hadisnya. MUKA TAK MALU!! Dabik dada saja mengaku sebagai
Muslim, tapi HAMPEH…

Bacalah hadis-hadis Nabi yang telah disampaikan lebih 1400 tahun ini
dan buatlah persiapan untuknya…
JANGAN TUNGGU LAGI. AJAL DATANG SEKELIP MATA.

Sabda Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya ada sebahagian daripada umatku yang akan meminum arak
dan mereka menamakannya dengan nama yang lain(bukan arak). (Mereka
meminumnya)
sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah SWT
akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa bumi) dan akan
menjadikan mereka seperti kera dan babi (setelah mati)”.
(Hadis Riwayat Ibnu Majjah)

Drpd Anas bin Malik ra, Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah hampirnya hari Qiamat itu,
berlaku banyak kematian manusia secara mendadak” (Hadis riwayat
Thabrani)

Drpd Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda:
“Tidak akan datang hari qiamat sehinggalah berlakunya banyak gempa
bumi” (Hadis Riwayat Bukhari)

Rasulullah SAW bersabda:
“Sebelum berlakunya hari qiamat, akan terdapatnya kematian yang amat
menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi”
(Hadis riwayat Ahmad)

Daripada Ali bin Abi Thalib ra, Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka BALA pasti akan turun
kepada mereka, iaitu:
1. Apabila harta negara hanya beredar di kalangan orang tertentu
sahaja

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan

3. Zakat dijadikan hutang

4. Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan
syariat)

5. Anak derhaka terhadap ibunya

6. Akan tetapi (anak tadi) sangat baik terhadap kawan-kawannya.

7. Ia (anak) suka menjauhkan diri daripada ayahnya

8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.

9. Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di
antara mereka.

10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

11. Arak sudah diminum secara berleluasa.

12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)

13. Para artis-artis disanjung-sanjung.

14. Muzik banyak dimainkan/didendangkan.

15. Generasi akhir umat ini akan melaknat generasi pertama
(para sahabat terdahulu).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau GEMPA
BUMI ataupun mereka akan dirubah menjadi makhluk lain”
(Hadis Riwayat At-Tirmidzi)

Wahai Muslimin Muslimat…. APA LAGI YG ANDA TUNGGU??!! BERINGATLAH!!

KEMBALILAH KEPADA ISLAM….JANGAN LAGI NAK BERDOLAK-DALIH!
Janganlah kalian SOMBONG & EGO terhadap ALLAH!! Sedarlah diri
kalian!!

Adakah kalian ingin menunggu maut datang di hadapan anda baru nak
bertaubat?? Sampai bilakah anda nak TUNGGU & TUNGGU, NANTI & NANTI,
TANGGUH & TANGGUH untuk berubah dan membuat persediaan diri?? Adakah
anda tahu bila anda akan MATI?? Adakah anda boleh jamin yg anda akan hidup
sehingga ke akhir hari ini??

Kalian yang tidak solat, TUNAIKANLAH SOLAT.

Kalian yang tidak menutup aurat, atau menutup sebahagian tetapi
membuka sebahagian yang lain, atau yang memakai baju nampak pusat, seluar
dalam, baju dalam (laknat Allah dan RasulNya ke atas mereka), BERTAUBATLAH!!

TUTUPLAH AURATMU DENGAN SEMPURNA!!

HENTIKANLAH SEGALA BENTUK MAKSIAT!!

Hentikanlah mendengar muzik-muzik yang melalaikan!!

Tunaikanlah zakat dan haji bagi yang berkemampuan.

Tunaikanlah kewajipan kalian sebagai MUSLIM & PENDAKWAH…apa yang
kalian dah buat??

Di manakah AKHLAK & ADAB ANDA SEBAGAI MUSLIM? Mengaku saja diri
kalian sebagai Muslim….memang muka tak malu!!

Bagi PARA PEMERINTAH MUSLIM!! DI MANAKAH KEWAJIBAN ANDA UNTUK
MENDAULATKAN UNDANG-UNDANG ISLAM & KHILAFAH ISLAM?? Sampai bila anda nak TUNGGU??

DI MANAKAH AMAR MAKRUF & NAHI MUNGKAR?? Sampai hati kalian biarkan
RAKYAT TERUS-MENERUS BERGELUMANG DGN DOSA & MAKSIAT!! Sampai hati kalian
biarkan RAKYAT MENJADI AHLI NERAKA!! Apa yang kalian dah buat??!!

Bagi para Muslimin…DI MANAKAH SOLAT BERJEMAAH ANDA DI MASJID-MASJID,
SURAU-SURAU & RUMAH-RUMAH….Adakah kalian masih terus nak jadi MUSLIM
yang TAK GUNA & MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI??

Bagi para suami, para bapa, para isteri, para ibu….DIDIKLAH ANAK-ANAK
KALIAN!! Kalian diberi amanah untuk menjaga dan mendidik, BUKAN
SEKADAR MEMBUAT & MENTERNAK anak-anak!! Jadikanlah mereka sebagai anak yang
SOLEH & SOLEHAH. Pada masa yang sama, KALIAN JUGA WAJIB MENUNJUKKAN CONTOH
pada mereka sebagai MUSLIM, bukan sekadar menghantar mereka ke sekolah
agama.

Amalkanlah ISLAM 100%, bermula dr rumah.

TOLONG, TOLONG & TOLONG SEBARKAN...WAJIB.

PENDAPAT SAYA YG X ALIM SGT AGAMA NIH -->
DR BERITA YG KITA DGR, BACA, TONTON....
SUDUT BUMI (TERUTAMA D TMPT KEJADIAN, SUMATERA)...
TELAH 'LARI' SEBANYAK 20-40 METER...
KE ARAH SELATAN...
TIDAKKAH KITA SEDAR...
ITU MERUPAKAN PETUNJUK....
YG ARAH KIBLAT AKAN BERUBAH...
DAH AKHIRNYA KITA SMBYG 'TERBALIK ARAH ' DARI SEKARANG...
MATAHARI AKAN TERBIT DARI ARAH YG LAIN...
SO, NI BUKAN TANDA2 BESAR KIAMAT DI AKHIR ZAMAN?
SEMPATKAH KITA BERTAUBAT?
DITERIMAKAH ALLAH TAUBAT 'LAST MINUTE' KITA YG AMAT JAHIL NI?

sekadar peringatan manusia akhir zaman yg masih menyedut udara ALLAH!

__________________
|||BATU|||
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard