quote: Originally posted by: zackbikers "Assalamualikum.../// Nak tanya...boleh ke di selitkan rekreasi sukan motorsikal dalam unit ni? Kalau boleh dan diizinkan, Alhamdulillah la.."
kalau aktiviti tu baik dan berfaedah rasanya takder masalah, betul tak pihak RnD? tapi hang suka ler pasai ada motor/// aku takder motor, takleh nak ikut kalau ada rekreasi bermotor ni! huwaaaaaaa!!!
p/s : ada kereta jer!
__________________
Innallah Ha Maassobirin - Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.......
yer la abg zackbikers kalau takder motor pon ler hoin tak??? saya pon berminat gak naik join tapi saya motor takder la kalau ada activiti tak kan nak baik pi ikut sekali lak kot???
quote: Originally posted by: jepun363 "w`salam.../// yer la abg zackbikers kalau takder motor pon ler hoin tak??? saya pon berminat gak naik join tapi saya motor takder la kalau ada activiti tak kan nak baik pi ikut sekali lak kot??? "
Woit Jepun363, ko pon takder motor ker? hehehehe bukan datang masa 28/12 aritu naik EX5 tu ker? ahaks...///
__________________
Innallah Ha Maassobirin - Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.......
Rasanya kalau tak ada motor masih boleh berekreasi. Motor tu sebagai berhala sahaja menarik perhatian orang. Yang penting apa yang nak isi dalam aktiviti itu. Contohnya kalau diadakan pameran motorsikal. Motorsikal sahaja yang dipamerkan, sedangkan penmilik2nya bebas berkeliaran menjalankan aktiviti mengedar risalah, mencari jodoh mahupun hanya berdiri di sebelah motorsikalnya sambil menerangkan spesifikasi mengenai motorsikalnya. Dan yang lain boleh mengambil ilmu dan pengetahuan yang di sampaikan. Pada yang tiada motor dapat mengambil ilmu mengenai dunia motorsikal, dan insyaallah menarik dirinya memiliki motorsikal.
Contoh kedua pula, jika di adakan konvoi amal atau kebajikan, sudah tentu perlukan kenderaan bagi memuatkan barangan sumbangan. Bagi yang mempunyai kereta boleh memberi bantuan pengangkutan bagi mengangkut barangan sumbangan tersebut. Pernah sekali, kami terpaksa mengikat 3 kampit beras di atas motor kerana ketiadaan kereta untuk diserahkan ke rumah anak-anak yatim hinggakan satu kampit beras itu bocor dan kami terpaksa mengutip kembali beras2 yang bocor itu agar tidak membazir. Kereta juga boleh dijadikan kenderaan marshal, escort dan logistic.
Jadi, tak kira apa yang anda ada, semuanya berguna. Kita saling perlu memerlukan antara satu sama lain. Malah jika anda tiada apa-apapun, diri anda itu berharga sebagai sokongan. (Bak kata Kanda Mas)
Untuk makluman semua... RD CLUB adalah projek yang bestatus serupa dengan ewana. kedua dua Pengasasnya adalah adik beradik dan ab kandung lagi... ahli pun belum ramai sangat, insyaallah kita ajak mereka ke dalam perjuangan kita... setelah berjaya kita berikan kefahaman. Kalau pun mereka tak mahu, jgn di paksa, setelah ahli dari unit rnd bersama mereka, pasti mereka akan terpesona dan akhirnya masuk juga...
So Zack... power valve, jgn tunggu lagi, buka keahlian secara online di sini. akan abg bukakan tajuk baru. Penganjur beikan borang atau particulars yang diperlukan, semua yang ingin turut serta isikan data di situ.
Abang adalah peserta atau ahli pertama dari unit rnd... dengan moto buruk Ninja650 itu... tapi kena tolong charge batt dulu dan tukarkan tayar belakang... sbb abg tak ada masa. Sabtu dan ahad ini kita konvoi ke Kuala Muda Kedah... ada jemputan gotong royong ribut Tsunami di sana. Pekida wilayah sediakan 1 bas untuk kita, tapi lebih seronok konvoi motor rasanya.
Ayuh kita buktikan keharmonian dan kasih sayang bikers pekida. jadikan satu satunya club bikers yang mewah dengan kasih sayang... perghhhhhhhhhhhhhh seronoknya hidup bekeluarga...
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
Lampu hijau dan keizinan dari kekanda Mas akan saya simpan dan hargai. Insyaallah saranan dari kanda akan saya usahakan secepat mungkin. Insyaallah.
Tentang motor kanda, akan kami usahakan hingga bernyawa dan tangkas di jalanan.
Mengenai konvoi ke Kuala Kedah, insyaallah akan kami pertimbangkan dalam perbincangan antara kami. Harapan agar dapat memaklumkan akan maklumat dan detail mengenai konvoi seperti tarikh dan masa bertolak serta dari mana. Insyaallah akan kami fikirkan bagi menyumbang untuk perjuangan kita semua.
Insyaallah dan sekali lagi, jutaan terima kasih kanda Mas.
Orang yang banyak amal ... doanya mudah diterima... oleh itu jangan lagi banyak bersangka... amal yang ikhlas pasti baik akibatnya... dan yang paling mahal sekali kita jadi orang yang paling hampir dengan Nya ... segala doa sepantas kilat diterima.
Itu lah Allah... yang telah mewakilkan urusannya di bumi ini pada amir dan walinya. Sila lihat program di ruangan keluarga dan berita semasa... kita synchronise kan saja... agar jadi lebih meriahnya... bus campur motorsikal... wow...wowwwww
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
habis tu? macam mana dengan nasib KAMI penunggang motor kuasa RENDAH EX5??? mana lah sy mampu, nak gerak motor RD 250 atau NINJA 650 macam tu? makan asap lah KAMI gamaknya....
MACAM MANO NIH DEN? TERLOPEH JO LAH...
(minta penganjur PERTIMBANGKAN nasib-nasib KAMI pejuang yg naik MOTOR berkuasa RENDAH EX5 ini, kempunan kami eeeh... )
-- Edited by car_r3nt at 20:38, 2005-01-05
__________________
:.KaR3n.: "aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH"
quote: Originally posted by: noc graffin "bang....huhuuhu den nak naik apo....takkan saya naik basikal uteh(anak abg mas) kut...."
OOOOH, SAMO LA DENNN...
macam mano eh? bior PENGANJUR sajo yg JAWAB.
EDEN, IKUT JO MANO YG BAIK DI SINI NYO.
JANJI jangan REMPIT UDAH LERRRR... ekekekeek...
__________________
:.KaR3n.: "aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH"
Telah terjawab, motor bukan syaratnya, yg penting diri penggerak program itu. Ayuh kita sokong seratus peratus R&D > RD... dah kono la tuhhh...
Fit jgn risau... kanda tak akan tinggalkan dikau... trooper kanda perlu untuk memantau ... bawak beras dan keperluan jemaah ... cari sponsor... kita wat sticker besar besar... kita konvoi satu hari nanti... cun.
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
quote: Originally posted by: car_r3nt "habis tu? macam mana dengan nasib KAMI penunggang motor kuasa RENDAH EX5??? mana lah sy mampu, nak gerak motor RD 250 atau NINJA 650 macam tu? makan asap lah KAMI gamaknya.... MACAM MANO NIH DEN? TERLOPEH JO LAH... (minta penganjur PERTIMBANGKAN nasib-nasib KAMI pejuang yg naik MOTOR berkuasa RENDAH EX5 ini, kempunan kami eeeh... ) -- Edited by car_r3nt at 20:38, 2005-01-05"
Abg car_r3nt jgn lah risau. Memang sudah menjadi amalan RD CLUB tidak membezakan besar atau kecil motorsikal ahlinya. Hanya tonggak atau marshal RD CLUB sahaja yang menggunakan motorsikal bercc sederhana seperti 125, 250 dan 350. Kami pernah berkonvoi dimana EX5, RXZ, SS (cubchai) bersama2 dimana kami gunakan sistem 'apit' iaitu leader di hadapan, peserta di tengah2 dan sweeper di belakang sekali. Leader tugasnya meredah laluan dan memastikan laluan selamat manakala sweeper tugasnya memastikan rakan2 peserta berada dalam satu kumpulan dan tidak tercicir. Malah sweeper juga akan membantu jika ada kerosakan pada mana2 motorsikal peserta. Jadi tidak timbul ditinggalkan mahupun makan asap walaupun motor RD ni memang banyak asap (macam Kemanterian Kesihatan sembur nyamuk). Jadi disini wujudnya jalinan kerjasama dimana sikap bantu-membantu, tolong-menolong, kesabaran (sweeper ni kena banyak sabar, sebab dia tak leh bawak laju2) dan kerjasama. Bak kata saudara Azhar, kalau bawak laju-lajupun belum tentu masuk syurga.
Jadi harap saudara car_r3nt faham dan sama-sama kita berganding bahu demi perjuangan.