Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Renungkan kata-kata ini...


Senior

Status: Offline
Posts: 213
Date:
Renungkan kata-kata ini...


Marilah bersama kita renungkan kata-kata ini. Semoga segala perlakuan
kita
semua akan sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT pada setiap
masa
dan ketika.

* Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.

* Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.

* Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.

* Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.

* Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.

* Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.

* Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.

* Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.

* Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita
lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.

* Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.

* Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,

* KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.

* Apabila manusia telah mengubah tabiat, ada yang jadi lalat ada yang
jadi
ulat.

* Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.

* Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi
jahat.

* Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.

* Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.

* Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jer la
minyak gamat.

* Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.

* Semua nak tunjuk kuat.

* Bila berjudi, percaya unsur khurafat.

* Tapi hidup pula yang melarat.

* Tali kasut dah tak berikat.

* Rambut pun jarang sikat.

* Yang perempuan, pakai mini sekerat.

* Suka pakai baju ketat.

* Suka sangat menunjukkan pusat.

* Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.

* Pakai pulak yang singkat-singkat.

* Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.

* Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.

* Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.

* Duduk jauh berkirim surat.

* Bila berjumpa, tangan berjabat.

* Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.

* Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.

* Usah peduli agama dan adat.

* Usah takut Allah dan malaikat.

* Yang penting apa kita nak buat?

* Kita 'bukti' lah kita buat.

* Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.

* Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak
yang tak
cukup sifat.

* Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di
merata
tempat.

* MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.

* Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.

* Habis manusia telah tersesat.

* Inilah dia fenomena masyarakat.

* Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,

* Marilah kita pakat mengingat,

* Bahawa dunia hari ini makin singkat,

* Esok atau lusa mungkin kiamat,

* Sampai masa kita semua akan berangkat! .

* Berangkat menuju ke negeri akhirat.

* Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.

* Masa tu, sindri mau ingat.

* Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?

* Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?

* Harta benda anta, dari mana anta dapat...?

* Ilmu anta, adakah anta manafaat...?

Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat
dan
memperbanyakkan ibadat.

Insya-Allah... Allahhuakbar! Allahhuakbar! Allahhuakbar!





__________________
Kadang2 Allah hilangkan sekejap matahari untuk kite, Kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat, Puas kita menangis mencari mana matahari kita, Rupa2nya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah...


Senior

Status: Offline
Posts: 448
Date:

Terima kasih kak Nafisah, nasihat yang amat baik. Kata-kata yang penuh dengan hikmat///

__________________
Innallah Ha Maassobirin - Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.......


Senior

Status: Offline
Posts: 255
Date:

alhamdulillah...terima kasih nafisah,nasihat saudari memang baik untuk semua///


 


 


 


 


 


           


Ayen_Langkawi///



__________________
salam perjuangan...


Senior

Status: Offline
Posts: 452
Date:

terima kacih mek oppss!


at at at ek,,,



__________________
"WoKeY JeR"


Senior

Status: Offline
Posts: 230
Date:

akum..


ayen hang langkawi tang mana??padang lalang ka?kuah??



__________________
Image Hosted by ImageShack.us ~~~Aku Adalah Pejuang Fisabilillah Di Bumi Allah~~~


Senior

Status: Offline
Posts: 147
Date:

Inilah buktinya tajam mana si mata pena...

__________________


Member

Status: Offline
Posts: 10
Date:

SAYA SETUJU BENAR DGN TOPIK NI


YES


YES


YES



__________________
SIMPANG TIGA juga peace brader


Ahli Baru

Status: Offline
Posts: 4
Date:

renungan yang amat berguna untuk pembangunan dan pemuliharaan ummah ISLaAM yang sejati..


sama-samalah kita perjuangkannya



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 213
Date:

Insyaallah...

__________________
Kadang2 Allah hilangkan sekejap matahari untuk kite, Kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat, Puas kita menangis mencari mana matahari kita, Rupa2nya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah...


Senior

Status: Offline
Posts: 492
Date:



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard