Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Surat Hawa utk Adam


Veteran

Status: Offline
Posts: 95
Date:
Surat Hawa utk Adam


Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa,
temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku
sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.

Adam,
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dia akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya.
Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia,
kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.
Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.


Adam,
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku, bukan kerana sedikitnya
bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi.....aku risau, gundah dan gulana
menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika
menjadi isterimu. Namun.....terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.

Adam,
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai
terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu. Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan
kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang
ditetapkan. Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.


Tapi......realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.
Adam..... mengapa kau biarkan aku begini?
Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu.
Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja.
Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha
mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Adam.....
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung!
Kenapa? Mengapa begitu ADAM? a! Ramai orang berkata jika anak jahat emak
bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar!
Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata,
tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini

Adam,
seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi
Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti
psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan
contoh terhadap kaum Hawa?

Adam....
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut-pengikutmu
kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku.
Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu.
Aku...akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam,pimpinlah tanganku, kerana aku
sering lupa dan lalai, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari
Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku
menjadi mujahidah sejati.......


__________________
SaLam ceria, SatuČnya M di R & D
Am


Senior

Status: Offline
Posts: 337
Date:

..


sedih ... benar ...



mana dapat ni ? akak akak sila la renungkan , cik abang kena la fahami ...




__________________
http://pics-53.hi5.com/userpics/3/9144153.img.medium.jpg *********************** http://www.team-soviet.h10.ru/serp.gif


Senior

Status: Offline
Posts: 156
Date:

sesuatu yang harus kita ambil iktibar disebalik cerita itu.


wa'salam,



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 95
Date:

seorang kawan yang emailkan kepada saya. semoga kita dapat berkongsi bersama dan mengambil ikhtibar darinya.



__________________
SaLam ceria, SatuČnya M di R & D


Senior

Status: Offline
Posts: 230
Date:

Sedih ke am???Eheheheh

__________________
Image Hosted by ImageShack.us ~~~Aku Adalah Pejuang Fisabilillah Di Bumi Allah~~~


Senior

Status: Offline
Posts: 213
Date:

quote:

Originally posted by: i_robot_ewanaradio

"seorang kawan yang emailkan kepada saya. semoga kita dapat berkongsi bersama dan mengambil ikhtibar darinya."


 


Insyaallah....


terharu saya membacanya....



__________________
Kadang2 Allah hilangkan sekejap matahari untuk kite, Kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat, Puas kita menangis mencari mana matahari kita, Rupa2nya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah...


Senior

Status: Offline
Posts: 359
Date:

 


. . . / / /



__________________
YuneP SirDunK.../// Berkhidmat Demi Agama, Bangsa dan Tanahair. I|I yunif@doa.moa.my
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard