Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Kelapa atau Mutiara


Veteran

Status: Offline
Posts: 95
Date:
Kelapa atau Mutiara


Kelapa atau Mutiara
**************************

Apabila kamu berkawan dengan lelaki,
Ingatlah ada dua pilihan terbentang

Yang Pertama..
Kamu jadi seperti kelapa..mudah diperoleh
Diparut..
Diperah..
Dan diambil santannya..
Lepas tu hampasnya dibuang...

Yang Kedua..
Kamu menjadi sebutir mutiara..
Berada di dasar lautan..
Tersimpan rapi..
Dilindungi kulit..
Bukan senang nak melihat..
Apa lagi mendapatkannya..
hanya orang yang bertuah..
Beruasaha menyelami dasar lautan..
Dapat memperolehnya..
Harganya mahal sekali..
Dan ia akan tersimpan selamanya..

Jadi..
Kamu pilihlah samada hendak menjadi kelapa ataupun
mutiara..

Di sebalik santan..
menjadi penyedap makanan..
diperah segala kenikmatan..
dengan mudah jatuh menjadi titisan..
akhirnya habis kari dimakan..
pulut panggang sisa habis ditelan..
dan santan hilang tak jadi ingatan..
yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang..
orang tak kenang jasa santan..

Mutiara..
tertanam di dasar yang paling dalam..
sukar andai mengharap jadi perhatian kerana dilapisi
kulit yang keras
menghadang..
namun kiranya ditemui insan..
akan menjadi permata hiasan..
terletak tinggi di cincin idaman..
atau di leher nan jinjang..
atau di lengan menawan..
makin lama mutiara tertanam..
makin tinggi nilaian..

OLEH ITU..TENTUKAN YANG MANA SATU PILIHAN..

Menjadi santan..
mudah jadi perhatian..
tapi hanya sebentar jadi santapan..
kemudian hilang segala nikmat dan pujian..

Menjadi mutiara..
sukar ditemukan..
namun bila dihias indah gadis perawan..
hilang ia..tangisan mengiringi berzaman..
 

__________________
SaLam ceria, SatuČnya M di R & D
Am


Senior

Status: Offline
Posts: 337
Date:

Assalamualaikum ,


ahhaha hihihihi


banyak maksud tersirat n tersurat ni,


tapi saya confident mesti lepas baca artikel ni,semua tangkap bahagian bawah skali,ayat ayat ending tu "senang" sikit nak faham ... beza jadi santan kelapa atau mutiara ...



__________________
http://pics-53.hi5.com/userpics/3/9144153.img.medium.jpg *********************** http://www.team-soviet.h10.ru/serp.gif


Mahaguru

Status: Offline
Posts: 1097
Date:

a`kum...///


saya pon rasa banyak isi tersurat@ tersirat yang saudara kita cuber sampai kan yang xfaham tu sila2 la bertanya pada i_robot_ewanaradio  maybe dia leh terangkan kot


w`salam...///



__________________
[ I|I BERSATU I|I AMAN I|I SEJAGAT I|I ]


Senior

Status: Offline
Posts: 156
Date:

uit...


selamba je aku tak paham...


tapi yang nak dicari itu maksud yang tersirat...


ada pelajaran sebalik artikel tu...


give me time to study, (pergh..cakap orang putih...selamba... je)what the meaning from that article...maybe something inside there for us to learn. thanx


alahmak, power tak? pada sapa yang mahir dalam bahasa antarabangsa nie. sila bagi tunjuk ajar kat aku pasal aku nak try belaja bahasa omputih nie..


tak pandai cari la biar kita jadi pandai. cari ilmu biar sampai penghujung dunia.



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 452
Date:

tak pandai takper...janji kita jangan memandai-mandai.........saya pun leh selamba aper...

__________________
"WoKeY JeR"


Veteran

Status: Offline
Posts: 95
Date:

well bebeh...dalam artikel tu memang ada yang tersirat disebalik yang tersurat,cuma macam mana kita nak fahaminya jer...The moral of the story is berkaitan dengan perempuan. Racun pun perempuan madu pun perempuan. pandai pandailah memilih dan menilai...naiknya seorang lelaki kerana perempuan dan jatuhnya seorang lelaki pun kerana perempuan...(pemberi semangat gitu)  sekadar pelajaran untuk kiter jerk...

__________________
SaLam ceria, SatuČnya M di R & D


Senior

Status: Offline
Posts: 182
Date:

Kelapa tu lebih kurang mcm bohsia,senang dpt ,senang pakai,senang buang.


Mutiara pulak cam muslimah idaman,tertutup rapi , saper ade authority je boleh tengok.Nak


dekat pun sussah .Yg ni kalau buat bini...sumpah tak cari lain punye..


Kalau ada salah silap mintak ditegur..



-- Edited by saf_one at 14:09, 2005-01-10

__________________
wann
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard