Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapalterbang terlalu kecil,maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu. Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing basin), seorang peramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu dan menegurnya.
Peramugari: (dengan suara dikeraskan..) Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki.
Ulamak: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri...) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?
Peramugari: (dengan sifat angkuh...) Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari.
Ulamak: (dengan sifat bersahaja....) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.
ya saya setuju sgt ngan ulamak tu!!! cerita yg bagus wahai abg ku andy... lebih kurang maksud signature saya lah .. Jika tiang rumah tidak di bina serupa lah senget rumah itu
kesian ulamak tu tak pandai sembahyang dalam perjalanan, perjalanan lebih dari dua marhalah tu buat la sembahyang jamak ker.. tak la terkangkang kangkang kat besin tu.. ekekek sure ulamak ni tak pandai jaga maruah ekekeke soriii... kadang kadang cerita cam ni saja dibuat buat orang.. it's because saya pun pernah dapat email begini..