Assalamualaikum...Daripada artikel seorang sahabat...
19:88 "Dan mereka berkata: Allah Yang Maha Penyayang itu mempunyai anak?" 19:89 "Sesungguhnya kamu telah mengeluarkan suatu (perkataan) yang amat keji." 19:90"Langit hampir-hampir pecah kerana perkataan itu dan bumi hampir terbelah dan gunung-ganang hampir runtuh"
Tafseer FiZillal mengatakan alam buana turut memberontak terhadap perkataan biadap terhadap Allah. Musrikin Arab mengatakan malaikat-malaikat itu puteri-puteri Allah dan Musrikin Yahudi berkta 'Uzayr anak Allah dan kaum Musrikin Kristian berkta bahawa al-Masih 'Isa anak Allah, seluruh alam buana menggigil mendengar perkataan yang keji itu, iaitu satu perkataan yang dijijik dan dibencikan oleh fitrah dan hati nurani alam buana.
Bunyi lafaz-lafaz dan nada ungkapan-ungkapan turut serta dengan bayangan-bayanagan pemandangan dalam menggambarkan suasana marah, cemberu dan memberontak itu. Hati nurani alam buana dan anggota-anggotanya menggigil, menggeletar dan menggerunyut kerana mendengar perkataan yang sesat dan menyentuh kesucian zat Allah yang Maha Tinggi.
Pemberontakan alam buana kerana perkataan yang kesat itu disertai oleh langit, bumi, gunung-ganang dan lafaz-lafaz ayat dengan nada-nadanya menggambarkan harakat pemberontakan, dan kegementaraan itu.
Pada 25 Disember, umat Kristian menyambut Krismas, dikatakan hari kelahiran Isa al-Masih yang didakwa mereka anak Tuhan. Dan pada 26 Disember, hari berikutnya bumi memberontak. Kejadian-kejadian yang Allah jadikan membuktikan kesahihan ayat-ayat di atas. Pada 26 Disember 2003, kejadian gempa bumi yang dasyat mengorbankan 50 ribu orang manakala kejadian gempa dan tsunami pada 26 Disember 2004 telah mengorbankan lebih 100 ribu, dan ada yang menjangkakan 500,000 ribu orang.
Krismas bukan disambut oleh golongan Kristian malah golongan bukan-Kristian juga menyambutnya. Di KL baru-baru ni saya terkejut melihat sambutan Krismas oleh semua bangsa tak kira agama, malah ada orang Islam yang bangga menyambut Krismas. Anak-anak Islam seperti menghafal jinggle bell dan lebih mengenali Santa Claus daripada imam kampung.
Apa yang terjadi ialah amaran dan peringatan Allah, kerana dengan adanya peringatan ini, umat Islam akan sedar kekuasaan Allah dan segera bertaubat dan menghindari dosa. Sambutan tahun baru yang menggilakan dan mengasyikkan muda-mudi telah dibatalkan kerajaan oleh kerna peringatan dari Allah ini. Perlukan kita beberapa peringtan lagi supaya kita membatalkan beberapa program maksiat dan dosa-dosa besar yang dilakukan oleh manusia.
Sesungguhnya Allah Maha Mengtahui. Semoga kita mengambil iktibar dari ayat-ayat Allah di atas..
Wallahualam..
__________________
~~~Aku Adalah Pejuang Fisabilillah Di Bumi Allah~~~