Abang2 ngan adik2 ada buat program tak naik kaw. utara bantu mangsa. ramai dikalangan mangsa adik beradik kita. rasanya kalau naik sini banyak tenaga kerja yg boleh bantu. k bye dulu
setahu saya hari sabtu malam yang lepas ramai adik beradik turun ke kedah untuk membantu mangsa2 tsunami tue.
tp saya tak dapat menyertai mereka untuk ke sana atas sebab2 yang tak dapat dielakkan.rasanya awak terlepas peluang utk berjumpa dgn adik beradik kita dari kl nie...ramai jugak yang turun ke kedah ari tue..
w'salam...///
__________________
Kadang2 Allah hilangkan sekejap matahari untuk kite,
Kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat,
Puas kita menangis mencari mana matahari kita,
Rupa2nya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah...
alhamdulillah...pada 9/1/2005 pekida wilayah,unit R&D dan 500 pelajar ipta Kl telah selamat sampai di sana.(Kuala Muda, Kedah)...turut hadir juga iaitu Ayahanda Dato'Malek Ranting,Abg Paq, serta Pengerusi Pekida Wilayah Abg Mazni(glemey)...kami pergi berkonvoi 8 buah kereta..memang menyeronokkan...unit R&d hadir seramai 14 org...
Apa2 pun kami terharu melihat mangsa-mangsa bencana itu...memang patut kita perlu memberi sumbangan kepada mangsa-mangsa tsunami ini...rumah mereka ada yang musnah dan ada juga di penuhi lumpur...astarfirullah...memang sungguh terharu saya melihat keluarga yang menjadi mangsa tsunami ini..
Yang terlibat secara lansung di uji agar redo dengan bencana yang menimpa. Ramai yang merungut dan kelihatan tidak redo.
Orang ramai, Penonton , termasuklah sebahgian ahli forum Pekida, Yang mengeluh dan mengkomen, mencadang itu dan ini untuk kononnya menolong, tetapi menjadi kebencian Allah, apabila di aturkan program membantu mangsa Tsunami, terlalu liat dan banyak alasan itu dan ini untuk mengelak. Kenderaan disediakan, makan minum disediakan, segala gala disediakan... pun masih liat untuk menyumbang.
Ada juga yang telah pun berada di tapak bencana, melihat sendiri dengan mata kepala mereka namun hati masih dipenuhi dengan kemalasan dan bersikap tidak peduli. Apa yang di lihat tidak memberikan kesedaran sama sekali. Siap memakai segala macam uniform warna warni ttetapi hanya bersandar dan beborak di bawah pokok dan di anjung rumah melihat orang lain bekerja. Yang paling menarik ialah, orang yang tidak sedikit pun bekerja ini lah yang paling banyak komen itu dan ini.
Bencana yang allah berikan untuk memberi pengajaran agar insan kembali bersatu, agar di lupakan ideologi politik ini tidak sama sekali memberikan pengajaran, sedih bila melihat satu rumah dipenuhi oleh segala macam sukarelawan, dengan jentera dan peralatan kerja dibekalkan, sebelah lagi hanya dibiarkan seorang orang tua tekial kial membersihkan rumah sendiri keseorangan tanpa siapa peduli. Dajat dan pangkat masih jadi ukuran dan sembahan manusia (Latta, manna, Huza - harta, Tahta, Wanita)... Tempat di mana ramai wanita bekerja di situ juga jejaka berpusu pusu berkumpul, walaupun sekada beborak. Ada yang bergerak dari satu umah ke satu rumah hanya untuk menyapu apa sahaja yang ada di rumah masgsa itu, minum kelapa muda semaunya, menyusahkan tuan rumah si mangsa kemudian apabila peut sudah kenyang, mereka menghilangkan diri... ya Allahhhh... alangkah hinanya bangsa ku ini... alangkah malunya melihat kehinaan bangsa ini di depan sukarelawan hindu dan cina (walaupun amat sedikit tetapi menunjukkan komitmen dan kesungguhan.)
Kami yang tidak tidur sepanjang perjalanan untuk memaksa diri sampai 8 pagi. tetapi dari pagi terpaksa berpusing pusing kerana tiada arah tuju dan bimbingan dari pihak penganjur. Masa, tenaga, petrol semua anggota rombongan (termasuk Bas) jadi pembaziran.
Majlis yang dijadikan majlis rasmi itu terpaksa di lewatkan kerana satu acara peasmian yang akhirnya berlanjutan hingga jam 12 tgh. Akhirnya baki masa utk bekerja hanya tinggal sedikit dan di cabar pula oleh terik panas mentari.
Berapa ramai lagi yang telah diberitakan mengambil kesempatan mengumpul derma dari rumah ke rumah namun tidak menyerahkannya kepada mangsa, berapa ramai lagi yang bukan mangsa namun mengaku mangsa dan mendapat kerjesama atau subahat dari penganjur atau pemegang amanah utk menerima sumbangan, ramai juga dari puluhan ribu manusia semalam yang hanya mengabiskan makanan, minuman dan tepuk sorak saja. apabila kerja di mulai (tengahari) mereka berangkat pulang...
Gotong royong itu hanya memberikan sedikit kebaikan, iaitu dari segi sokongan moral rakyat malaysia, namun ia memberikan jauh lebih banyak fitnah kerana salah laku ramai di antara kita.
Sumbangan yang berjuta ringgit itu ada lebih baiknya di serah kepada kontraktor saja untuk membaik pulih semua rumah mangsa. Ia cepat, sempurna kerana peralatan dan pekerja terlatih, ia mnyenangkan hati tuan rumah dan kontraktor, ia adil kerana tidak perlu bingung untuk membahagikan jumlah sumbangan dan banyak lagi...
Terlalu banyak lagi pengajaran dan pelajaran yang dapat di perolehi. Hanya mereka yang bersama sahaja yang faham akan kenyataan ini. Sejauh mana masing masing menerima dan berbuat KERANA ALLAH, UNTUK ALLAH , DENGAN CARA ALLAH.
RENUNGKANLAH DAN BUATLAH PERUBAHAN PADA SIKAP KITA... KITA DAN KITA...
-- Edited by pekida at 18:01, 2005-01-10
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
Alhamdulillah, kembara ilmiah kita semalam berakhir dengan kefahaman dan penjelasan di depan mata antara kebodohan dan kebebalan orang-orang yang tidak mengikut sistem Allah.
Seperti biasa orang Malaysia sukakan RAYA. dari jalan RAYA sehinggalah hari RAYA... maka semalam terlihat satu lagi raya... TSUNAMI RAYA... dan seperti biasa, bila tiba raya... maka tibalah PEMBAZIRAN yang ketara... TSUNAMI RAYA memberi peluang orang-orang kita 'melancong', 'berkelah', 'jalan-jalan cari makan', 'keluarkan peruntukan', 'publisiti' dan bermacam-macam pelik lagi.
Cuma seperti biasalah, bila RAYA ada lah jugak tempias yang boleh ditempiaskan pada golongan yang memerlukan seperti menyapu, bakar sampah pada mangsa-mangsa yang glamer (mangsa yang duk bebetul tepi jalan dan dapat dilihat oleh wartawan yang lalu lalang).
---------------------------------- KEKUASAAN ALLAH TIADA TARANYA
Apabila dalam beberapa minit, rumah-rumah hilang dinding, hancur jadi sampah bertaburan, alat-alat jenama PENASONIC, SHARP, SONY, TOSHIBA semuanya jadi satu jenama "SAMPAH". dinding-dinding batu yang berwarna warni dicat dengan jenama PAR dan segala macam, bertukar jadik satu kaler... kelabu asap... di kala itu, yang nyata manusia yang begitu angkuh berbicara, berdabik dada... hanya mampu lari lintang pukang, yang ada sedikit pemikiran panjat pokok, yang mampu terbang macam superman... 'terbanglah' dalam air dengan keangkuhannya. Nyatalah waktu itu, LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH... 'tidak berdaya dan tidak upaya langsung... melainkan dengan kekuasaan Allah'... mudah-mudahan sedarlah hamba Dia...
Tapi.. manusia... tetap manusia... HINT yang Allah bagi disalah erti, selagi ada peluang kepentingan diri, dibolot digunapakai sehabis-habisnya... asalkan boleh BERAYA SAKAN... beraya sakan dengan pesta-pesta, beraya sakan dengan wang berjuta-JUTA, beraya sakan dengan PUBLISITI, beraya sakan dengan GLAMER... MAHA BESAR ALLAH!
yang nyata, manusia hanya tau satu... NAFSU... dan sembahlah NAFSU itu dengan segala khusu' dan tawaddhu'nya... begitu khusyu' sehingga langsung tidak sedar apa berlaku dan patut berlaku...
MAHA BESAR ALLAH! apabila memberi jaminan di dalam KITABNYA bahawa syaitan itu hanya boleh memperdaya hamba-hambanya yang tidak YAQIN, dan hamba NYA yang YAQIN pula bertasbih (menyucikan zat Nya) dengan perlaksanaan sedaya Nya. Allah, Maha suci Dia, zat yang begitu LATIF terhadap hamba Nya walau begitu sekali mereka lalai.
saya ada kat sana ari ari ahad (9/1/05). tapi dengar cerita je ada yg nak naik tapi tak jumpa pun. Abg mas langsung tak cari saya kalau dah tau tak jumpa arah. jgn kata abg m,as tak ingat kat saya (Abdal-Astral technology) dari penag dah la. Ari tu sehari saya kat sana tlg kawan2. hope kalau ada yg mai sini lagi dapat contact saya.
1. Di sana telah adapengatur, di sini juga ada pengatur, cuma kurang jelas aturan yang mereka buat.
2. Kita dah war warkan di web ini berhari hari, namun sambutan amat dingin sekali. Anggota rnd sendiripun ada yang tak teringin buka web dan forum. Masih nak jadi pemerhati, bukan pemain... kerana itu mesej tak sampai.
3. Kami pulak tak call keluarga di penang kerana mereka yang tak respond dari berita dan tawaran yang dibuat melalui saluran rasmi, web kita ini, kami anggap kurang minat, mungkin sibuk dgn urusan lain.
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
Assalamualaikum ............................. Sorry abg mas. saya bukan boleh buka hari-hari web ni. ada masa just sempat baca emel je. minggu ni kurang sibuk sikit tu yg boleh buka web ni. kerja tengah banyak la. kalau nak naik lagi bila2 dan tak kira sapa-sapa inform saya. k