Alhamdulillah, setelah mendapat keizinan daripada kanda Mas dan R&D, cadangan bagi mengadakan Karnival Motorsikal pada 30 Januari 2005 yang akan di adakan di bawah LRT Putra, bersebelahan Bus Stand Klang berada dalam status perlaksanaan peringkat awal.
Permohonan sokongan daripada Jabatan Ketenteraman Awam & Trafik Kuala Lumpur telah diajukan dan hanya menunggu maklumbalas. Sama-samalah kita berdoa agar segalanya berjalan lancar tanpa apa-apa rintangan dan dugaan. Insyaallah.
abg zack kalau motor EX-5 pon leh join gak ker??? tak kan nak parking sama2 kot??? nanti dah lain macam lak sama2 lah kita berdoa semoga program tu berjalan lancar...///
Assalamualaikum... yea laa...zack..kalau motor kapcai macam kami ni... boleh join jugak ker... nanti karang..semua dah sampai kami masih terhenjut-henjut motor tu...
terangkan lah sikit...kelas cc yg dibenarkan...
apapun pastikan program ini akan berjlan dengan lancarnya...Insya Allah...
Motor kapcai? Asalkan motorsikal bang ooi. Motorola ngan motorboat je tak leh. Tu pun kalau ada yang nak join pakai motorboatpun kita bagi (Sg. Klang kat belakang je). Kalau nak dipamerkan, boleh. Polish sampai berkilat, bubuh bunga ke riben ke jadi lawa, bolehlah kita pamerkan. Kalau segan, parking kat parking motor yang disediakan. Bawak kamera, jalan-jalan kat motor2 superbike yang dipamerkan (insyaallah). Nampak takde owner, panjat, mintak member ambik gambar. Balik kampung, tunjuk kat member, motor baru beli, tinggalkan kat KL. Baru terbeliak mata member.
So, kesimpulannya semua motorsikal dan pemiliknya di alu-alukan hadir.
Alhamdulillah, pagi ini saya baru sahaja menerima surat dari Ketua Jabatan Ketenteraman Awam & Trafik Kuala Lumpur menyokong Karnival Motorsikal yang akan kita adakan. Permohonan permit polis daripada Cawangan Khas akan dimajukan hari ini oleh power_valves. Insyaallah.
Harap semua dapat mendoakan permit tersebut diluluskan dan seterusnya kejayaan program kita.
quote: Originally posted by: zackbikers "Waalaikumsalam... Motor kapcai? Asalkan motorsikal bang ooi. Motorola ngan motorboat je tak leh. Tu pun kalau ada yang nak join pakai motorboatpun kita bagi (Sg. Klang kat belakang je). Kalau nak dipamerkan, boleh. Polish sampai berkilat, bubuh bunga ke riben ke jadi lawa, bolehlah kita pamerkan. Kalau segan, parking kat parking motor yang disediakan. Bawak kamera, jalan-jalan kat motor2 superbike yang dipamerkan (insyaallah). Nampak takde owner, panjat, mintak member ambik gambar. Balik kampung, tunjuk kat member, motor baru beli, tinggalkan kat KL. Baru terbeliak mata member. So, kesimpulannya semua motorsikal dan pemiliknya di alu-alukan hadir. "
APA MOTTO KITA PLAK, brader zackbiker??? kan canteek dan sempoy kalau ada motto untuk moto dlm R&D kita nie. heheheh...
*pakai moto EX-5 4 lejang jer...
__________________
:.KaR3n.: "aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH"
quote: Originally posted by: zackbikers "Erm...motto. Ok jugak. Ni nak kena bincang ramai-ramai ni. Brader car_3nt buat la satu topik. Kita bincangkan. Amacam?"
MOTTO saya untuk unit niee...
" MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"
heheheh, boleh lah kot???
cam ner braderku zackbikers.... sempoy dak???
yang kat belakang tu leh lah tambah + bangsa dan agama.
* raplah jingga... naik moto EX-5 pat lejang jaaa...
__________________
:.KaR3n.: "aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH"
quote: Originally posted by: zackbikers "Waalaikumsalam... Motor kapcai? Asalkan motorsikal bang ooi. Motorola ngan motorboat je tak leh. Tu pun kalau ada yang nak join pakai motorboatpun kita bagi (Sg. Klang kat belakang je). Kalau nak dipamerkan, boleh. Polish sampai berkilat, bubuh bunga ke riben ke jadi lawa, bolehlah kita pamerkan. Kalau segan, parking kat parking motor yang disediakan. Bawak kamera, jalan-jalan kat motor2 superbike yang dipamerkan (insyaallah). Nampak takde owner, panjat, mintak member ambik gambar. Balik kampung, tunjuk kat member, motor baru beli, tinggalkan kat KL. Baru terbeliak mata member. So, kesimpulannya semua motorsikal dan pemiliknya di alu-alukan hadir. "
yang takde moto ni ... macam saya, camana? leh hadir?
Untuk makluman, poster dan flyers Karnival Motorsikal Amal Pekida 2005 telah siap dan dalam proses edaran. Walaupun semalam dicacatkan dengan laporan akhbar tentang Mat Rempit Pekida, namun proses edaran berjalan lancar.
Edaran poster dan flyers telah diadakan petang semalam di Kompleks Pertama oleh ahli-ahli RD CLUB. Walaupun terdapat insiden dimana ahli-ahli RD CLUB telah diserbu oleh satu unit polis trafik dan dua ahli RD CLUB telah ditampar tanpa usul periksa, anggota tersebut akhirnya meminta maaf dan perkara tersebut dikira selesai. Namun laporan insiden tetap dimajukan oleh saya kepada Ketua Jabatan Ketenteraman Awam & Trafik Kuala Lumpur bagi menjaga keselamatan ahli.
Alhamdulillah Karnival Motorsikal Amal 2005 Pekida & RD CLUB berjalan lancar. Terima kasih semua. Laporan akan saya kemukakan nanti. Juga dibawah topic ini dapat kita adakan post mortem bagi menaiktaraf dan memajukan lagi program akan datang.
Karnival Motorsikal Amal 2005 Pekida & RD CLUB telah berjaya dilangsungkan. Alhamdulillah. Program bermula jam 12 tengahari dengan berdirinya gerai RD CLUB, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Kempen Keselamatan Jalan Raya oleh IPK, dan Pekida. Acara karaoke pula bermula petang. Kehadiran motorsikal RD dari RD CLUB sebanyak lebih kurang 80 buah memeriahkan suasana. Lewat petang pula di serikan dengan persembahan tarian daripada Zami's dan diselingkan dengan acara karaoke. Karnival berakhir jam 11 pm.
Banyak lagi karnival seumpama yang akan menyusul. Insyaallah.