> Subject: CERITA AURAT - ASTORA JABAT YG BENGONG > > > CERITA AURAT > Tersebutlah cerita, dua sahabat yang lama tidak berjumpa, telah bertemu > semula dengan tidak sengaja di sebuah pusat membeli-belah yang popular > di Bandaraya A. > > Encik B : Assalamualaikum , apa khabar? Lamanya kita tak jumpa! > Encik C : Waalaikumussalam. Khabar baik. Memang lama betul. Agak-agak 10 > tahun kot. > Encik B : Wah! Tengok badan kau. Memang patut la kau boleh menang > pertandingan bina badan hari tu. Bukan main hebat tengok gambar kau > terpampang di dada akhbar. Dulu, badan kau tak sehebat ni. > Encik C : Untuk dapat badan camni, aku terpaksa la berkerja keras. Latih > tak henti-henti dan makan pula bukan sembarangan. Nak harap gaji, tak > cukup la. Nasib baik ada sponsor. > > Encik B : Eh! Aku nak tanya kau soalan sensitif ni, boleh tak? > Encik C : Boleeeh, apa salahnya. > Encik B : Semasa kau atas pentas bergaya dengan seluar kecik kau tu, tak > segan ke? Lagi pula bukan kau tak tau haram tunjuk aurat. > > Encik C : Segan tu, mula-mula saja, bila dah biasa hilanglah segan tu. > Bab haram dedah aurat tu aku risau jugak dulu, tetapi sekarang tak lagi > sebab dah ada fatwakata tak haram. > > Encik B : Betul ke? Kitab mana kau rujuk? > Encik C : Al Islam. Majalah yang membicarakan Islam Yang Sebenarnya. > Encik B : Eh, kau biar betul! > Encik C : Betuuuuul. Al Islam keluaran Februari 2004 dalam artikel > bertajuk Rambut Wanita Bukan Aurat tulisan Ustaz Zainuddin Idris. > > Encik B : Apa katanya? > Encik C : Katanya, Imam Malik, guru kepada Imam as-Syafii r.a telah > menetapkan aurat mengikut adat resam orang-orang di sebelah Eropah yang > menetapkan kaum lelaki menutup dua kemaluan mereka sahaja dan begitu juga > kaum wanitanya. Jika terbuka buah dada dan belakang sekalipun dikirakan > sembahyang mereka sah, apatah lagi diluar sembahyang. > > Encik B : Kan kita di Malaysia ni mengikut Mazhab Shafii? > Encik C : Aku taklik lah dengan Imam Malik, senang lah sikit kerja aku. > Encik B : Kau ni pandai-pandai saja. Orang rujuklah dulu alim ulama. > Kalau Al Islam tu nanti kata babi halal dimakan kalau disembelih oleh > orang Islam, kau percaya ke? > > Encik C : Mestilah! Kan majalah tu di lulus oleh KDN dan KDN pula di > bawah Menteri Dalam Negeri yang kebetulan Perdana Menteri kita. Bukan > dia tak tau halal haram pulak sebab dia berpendidikan ugama dan anak > ulamapulak. Tambahan pulak Pengarang majalah tu ialah Astora Jabat, > seorang yang mahir dalam soal Bicara Agama! > > Encik B : Betul jugak cakap kau. > > > > Melayu Asli Isu anak zina boleh dibinkan kepada bapa, isu tiada azab > kubur dan bermacam-macam isu kontraversi. Sampai bila nak dibiarkan si > Astora Jabat ni nak menyesatkan orang? > > Terbitan : 9 Februari 2004 > > > > > > > > > > > > >
__________________
||| Bercinta Tak Semestinya Memiliki,Menentang Tak Semestinya Membenci |||
Alhamdulillah mrkolumpo. nampaknya kita sepandangan/// apa yang dibicarakan oleh astora tu boleh merosakkan akidah umat Islam/// tapi tiada tindakan yang diambil. Hanya pihak berwajib yang berhak mengambil tindakan, kita hanya boleh menilai mana yang baik dan boleh diterima, yang tak elok kita buang jauh-jauh.
wallahuaklam///
__________________
Innallah Ha Maassobirin - Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.......
Saya Rasa benda mcm ni kita patut buat memorandum bantahan supaya majalah tersebut keluaran bulan tersebut & segala tulisan yg berkaitan ngan astora jabat diharamkan. sebelum ni saya ada dengar banyak gak cerita pasal penyesatan yg cuba dilakukan oleh astora jabat.
kalau benar beliau ni boleh menyesatkan dan memecah belahkan umat islam jabatan agama islam wajib ambil tindakan...tak boleh dibiarkan nanti bercelaru umat islam...umat islam kena berhati-hati bila baca sesuatu artikal tentang islam jangan terima bulat2 siasat dulu kebenarannya....yang penting umat islam kena berpegang pada al quran dan hadis....baru-baru ni ada saudara seislam kita yang sampaikan kat saya....ada hamba Allah bagi tahu dia AL QURAN boleh dipijak....kes ni dah 2 kali(dari sumber berlainan) saya dengar...kalau masuk kali ke 3...orang yang menyebarkannya nanti saya pijak2...ni semua nak menempah bala...
askum semua///, saudara azany saudara mr kolumpo, terngiang ngiang lagi tutur bang mas malam tadi.. ini la jadi nya apa bila yang HAK tidak diletak ditempat tertinggi yang sepatut nya... jabatan agama sama setaraf ngan jabatan jabatan lain eg jabatan orang asli, jabatan hasil dalam negeri dan so on...... so faham faham jer la jika dah situasi cam ni apo la sangat yang jabatan tu leh buat... kita semua la yang wajib bangun memperbetul kan situasi ini... jangan khuatir jangan gentar, pasti yang Hak mengalah kan yang batil.....
Kuala Lumpur : Penulis ruangan agama akhbar Utusan Malaysia yang paling kontroversi Astora Jabat, telah difatwakan sesat oleh Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) sekali gus dilarang atau dinasihatkan supaya berhenti menulis perkara-perkara yang berkaitan hukum hakam Islam. Menurut sumber MAIJ, fatwa tersebut dikeluarkan berikutan tulisan-tulisan Astora, atau nama sebenarnya Asan anak To' Rambai dari kampung Jabat Narathiwat selatan Siam, amat mengelirukan, sesat lagi menyesatkan.
Astora, seorang wartawan yang bias, berkepentingan dan penjilat, sebelum ini dalam tulisannya telah mengatakan Firaun ada yang baik dan ada yang jahat. Selain Nabi Musa a.s. yang dianggapnya sebagai Firaun, beliau menamakan Dr. Mahathir sebagai Firaun baik. Di atas ketelanjurannya itu, apabila diasak diminta bukti siapakah Firaun baik di sepanjang sejarah, beliau hanya memberi contoh Laith Pharaon, seorang juara lumba bot laju dari Arab Saudi sebagai Firaun baik. Astora juga dalam tulisannya pernah membahagikan hukum aurat wanita kepada mughallazah dan mukhaffafah (seperti pembahagian hukum najis dalam fiqah).
Menurut seorang guru agama, pendapat dangkal Astora itu tidak pernah dibicarakan langsung sejak zaman Imam Syafie, Imam Ghazali, hinggalah para ulama Islam kini. Seorang wartawan yang mendakwa rapat dengannya memberi tahu, "hujah 'pakai hentam' beliau itu hanyalah sekadar untuk menghalalkan perlakuan isteri beliau berbangsa Morocco yang tidak pernah menutup aurat sebagaimana seorang wanita Islam". Tulisan Astora yang sangat merbahaya ialah pendapat beliau yang menyokong ISA. Demi untuk mengampu, beliau sanggup membuat fitnah yang sangat dahsyat apabila mengatakan bahawa Nabi Muhammad SAW menggunakan ISA(akta keselamatan dalam negeri) untuk membendung pengganas.
Pendapat terbaru beliau ialah cadangannya agar dihapuskan sekolah beraliran agama. Seorang bekas pemberita akhbar Utusan menyatakan, "kita harus faham bahawa Astora ini berasal dari bangsa Pattani yang hidup merempat, tertindas dan sentiasa hidup dalam buruan di bawah kerajaaan Budha Siam.Apabila dia beroleh sedikit kesenangan bekerja di sini, umpama anjing peliharaan, dia akan menyalak apa saja untuk menghiburkan tuannya," ujarnya.
Seorang bekas pelajar Universiti Al-Azhar Mesir pula merasa hairan bagaimana Astora dibenarkan oleh majikannya untuk menulis berkaitan agama Islam. "Ketika berada di Mesir satu masa dulu, dia hanya bekerja sebagai koresponden akhbar saja. Dia tidak pernaha belajar ilmu Islam secara formal. Saya tahu sebab saya kenal dia. Dia memang banyak membaca termasuk buku-buku tulisan orientalis barat dan musuh Islam".
Astora pernah pergi ke Pakistan baru-baru ini untuk membuat liputan sempena serangan ganas Amerika terhadap Afghanistan. Dia dipercayai berada di sana untuk berusaha mengada-adakan bukti bagi mensabitkan Taliban dengan Pergerakan Islam di Malaysia. Bagaimana pun beliau pulang lebih awal ke tanah air kerana merasa khuatir keselamatan dirinya.Mengenai usaha beliau sekarang yang bersungguh-sungguh dalam tulisan di ruangannya mengulas wawancara rangkaian televisyen Al-Jazeera dengan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Abdul Hadi Awang, seorang pemerhati menyatakan, "Astora sebenarnya sudah dilarang dari menulis perkara-perkara berkaitan hukum Islam. Jadi dia memilih untuk menjadi jaguh dengan mengkritik beberapa tokoh agama dengan harapan tulisan beliau akan mendapat perhatian meski pun dia tahu benar bahawa hujahnya hanya akan diketawakan orang" ujarnya.
Mengenai penyiaran email pembaca di ruangan ugama beliau yang diformatkan seperti debat, seorang stringer Utusan Malaysia berkata, "email pembaca yang disiarkan itu hanya rekaan dia sendiri. Tiada orang yang sudi melayan penulis seumpama itu. Email yang direka dan jawaban darinya itu sebenarnya hanyalah teknik penulisan." Sementara itu, Astora Jabat yang bertubuh agak tinggi dan berkulit hitam itu tahun lalu telah disuakan dengan Ustaz Asri Zainal Abidin di dalam satu majlis debat di Pulau Pinang. Malangnya tidak selancar tulisannya, beliau dimalukan sebegitu rupa depan khalayak dengan pertuturan yang tergagap-gagap, hujah yang merapu dan keadaaannya yang kelihatan menggeletar dan keresahan. Video tentang sesi debat itu boleh didapatkan di pasaran.
Seorang saksi yang mendakwa pernah mengikuti majlis ceramah Astora di KL, Kuantan dan beberapa tempat lagi memberi tahu, "selalunya soalan yang ditanyakan hadirin dalam sesi soal jawab tidak pernah dijawab dengan tepat melainkan di luar persoalan, merapu dan berhujah dangkal," ujarnya.
Astora ni cuba nak tegakkan skularisme kat malaysia,mcm kat Turki tu,nama je negara Islam tapi?arak..zina..dll...Akibat nak terhegeh-hegeh dng tamadun barat...Malaysia pun dlm landasan menuju ke arah Turki kot..Siapa nak laksana Islam nak amalkan Islam dipanggil pelampau la, ekstremis la, ketinggalan zaman la , tak sesuai la.Tapi yg terkinja-kinja kat disko , pesta sana pesta sini , bukak sana cium sini peluk sana tu dianggap maju,moden,bertamadun.Apa barang?Ulama dipersenda , diejek tapi penyanyi disanjung dipuja padahal mereka ni lah yg taghut sebenarnya..Nak buat ceramah agama pun kena permit tapi kata Islam agama rasmi...