A'kum guys. Info utk kita kongsi bersama. Jika ada yg terasa..teman minta maaf la. bukan nak menyinggung.
Renung-renungkanlah sejauh mana kebenaran di sebalik apa yang cuba disampaikan. Moga boleh dijadikan panduan pada kita semua... .khususnya wanita
1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!
2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.
3. HUBUNGAN SECARA SULIT Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!
4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami "kerugian" kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!
5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA? Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!
6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak "test market" saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.
7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN Ingat ! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!
8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai "Action that speak louder than words" (pandai cakap tapi buatnya tidak!)
9. BERWASPADALAH DENGAN "BOOMERANG KESALAHAN" Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita !
10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!
motif pengajaran kepada ahli forum wanita kita ni, berhati-hati ler/// jangan sampai tersilap. tapi kalo Allah dah takdirkan begitu, terima sahaja dengan hati yang redha. Yang penting kita kena berusaha, fikir masak-masak dan selalu buat solat istikharah///
p/s : Pesanan dari suami orang nih, ingat tau!
__________________
Innallah Ha Maassobirin - Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.......
Saya ada satu pertanyaan...??? Bagaimana pula jika isteri seseorang yg berbuat seperti suami yg di katakan di atas...??? its mean wife cari makan luar lah...??? how its could be...??? Dimanakah peranan suami di Zaman sekarang...???
Maaf jika Menyinggung.../// Just Asking...
Sumber : KawanČ reporter lain.(strager)
__________________
YuneP SirDunK...///
Berkhidmat Demi Agama, Bangsa dan Tanahair. I|I
yunif@doa.moa.my
quote: Originally posted by: jepun363 "w`salam.../// abg mrkolumpo saya ada sedikit pertanya lagi macam mana pulak yang pilih bini org??? tak dapat nak diselamatkan ker???"
Assalamualaikum...///
Jepun...dalam maksud tu. Macamana kalau awek orang pulak? Nak gak tau pendapat abang2 semua. Boleh kita bincangkan.
quote: Originally posted by: wartawan "Assalamualaikum.../// Saya ada satu pertanyaan...??? Bagaimana pula jika isteri seseorang yg berbuat seperti suami yg di katakan di atas...??? its mean wife cari makan luar lah...??? how its could be...??? Dimanakah peranan suami di Zaman sekarang...??? Maaf jika Menyinggung.../// Just Asking... Sumber : KawanČ reporter lain.(strager)"
Assalamualaikum...///
Kalau tak silap saya la Encik Wartawan, isteri sebegitu dinamakan isteri durhaka dan tidak akan mencium bau syurga. Dan jika suaminya mengetahui dan membiarkan sahaja, dinamakan suami yang dayus.
Kalau tak silap saya la. Kalau salah, tlg betulkan.
quote: Originally posted by: zackbikers " Assalamualaikum.../// Jepun...dalam maksud tu. Macamana kalau awek orang pulak? Nak gak tau pendapat abang2 semua. Boleh kita bincangkan. "
w`salam saudara zack dalam hal macam tu pulak.../// jikalau kita ambik awek org lain mungkin 1 hari nanti awek kita org lain yang akan ambik.../// coz tuhan maha kaya.../// setiap apa yang kita buat ada pembalasanya jikalau tidak dimuka bumi ni diakhirat nanti akan ada pembalasan yg menanti.../// dunia ni kecik saudara zam.../// sekian...///
Erm....betul dan tak saya nafikan pendapat abang Jepun. Kalau macam tu, kenalah kita pulangkan hak milik orang itu. Macam cerita Pontianak Sundal Malam tu kan....Pulangkan. Kalau macam tu, terpaksalah saya mengikut nasihat abang Jepun itu dengan hati yang berat.
Terima kasih abang Jepun. Akan saya ingat nasihat abang Jepun tu. Tunggulah kesudahan filem Sembilu 3.
banyak2 berdoa semoga tenang jiwa saudara zack kita coz sesungguhnya setiap dugaan hanya lah menguji kesabaran kita yang bergelar manusia ni.../// baik lah sama2 lah kita menuggu kesudahan cerita sembilu 3 kita yang akan kepawagan yang berhampiran Ok
zaman sekarang ni mcm2....perempuan yang nak suami org ni memang ramai....tapi lelaki yang nak isteri org pun boleh tahan jugak ramainya...
ntahlah,dunia nak kiamat ni....mcm2 perkara terjadi...kepada wanita2 yang belum berkahwin tu...berhati2 lah memilih lelaki...jangan sampai 'jatuh tangga' dgn suami orang...dan yang lelaki tu pulak...dah ada isteri kat rumah tak payahlah nak pikat2 isteri org...buat dosa besar je...tak cium bau syurga...kalau rasa2 nak terjerat tu,cuba2 lah elakkan..banyak2 lah berdoa...
wassalam...///
__________________
Kadang2 Allah hilangkan sekejap matahari untuk kite,
Kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat,
Puas kita menangis mencari mana matahari kita,
Rupa2nya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah...
Jodoh pertemuan ditangan Allah...Eloklah kita menjauhi perkara yang tak sepatutnya...Manusia dijadikan berpasangan...Kahwinilah kamu 2,3 atau empat...jika tidak mampu baik hanya seorang...Semoga hubungan kekeluargaan kekal hingga ke akhir hayat...
__________________
~~~Aku Adalah Pejuang Fisabilillah Di Bumi Allah~~~
Originally posted by: mrkolumpo "ye lah cik nafisah... tapi kalau dah ditakdirkan prempuan kene bermadu..apa lah salahnya bukankah itu jalan pintas untuk ke syurga.... biarlah dapat suami perangai mcm setan pun...itulah Allah nak duga hambanya... hanya Allah yg maha mengetahui ganjaran yg dijanjikan kelak p/s: teringin gak....tapi hehehe tak mampu dan tak pandai nak bahagi2kan kasih dan sayang-- Edited by mrkolumpo at 22:52, 2005-01-11
kalau dah takdir nak buat mcm mana kan...bersabar je lah...yang penting org prmp tahu tanggungjawab dia sbg seorang isteri dan ibu.tak kisahlah sama ada dia bermadu ataupun tak.
keikhlasan dan kejujuran hati yang paling penting sekali.
wassalam.
__________________
Kadang2 Allah hilangkan sekejap matahari untuk kite,
Kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat,
Puas kita menangis mencari mana matahari kita,
Rupa2nya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah...
quote: Originally posted by: ungkuomar "Uiks Cik Nafisah kita ni, jangan Kak/// kang masin mulut sendiri beemadu nanti! ahaks!!! gurau jer Kak Nafisah, jangan marah haaa... p/s : aku ni M.B.A///"
urm, semua warga puteri sila ambil sebagai langkah berjaga-jaga setelah baca topic ni,
aii cik ungku omar,ada niat pasang 1 lagi ke ... hehe lain macam je ni ...