Terdahulu disini saya ingin meminta maaf secara terbuka kepada seluruh Warga FORUM PEKIDA.../// Terutama kepada yg menjayakan ruangan forum ini.Sekalung Penghargaan saya ucapkan kepada Abg. Mas atas nasihat dan teguran. Sesungguh nya yg buruk itu datangnya dari saya insan yg lemah dan yg baik tu datangnya dari Allah SWT. Sesungguhnya yg buruk akan saya jadikan teladan dan yg baik tu saya ambil sebagai pedoman. Lepas ini saya janji akan menganjakan paradigma dan insaf ter hadap perbuatan saya. Hehehe...
p/s : Majulah PEKIDA untuk negara.Sedangkan lidah lagi tergigit...ini kan kita adik beradik.
-- Edited by wartawan at 12:34, 2005-01-11
__________________
YuneP SirDunK...///
Berkhidmat Demi Agama, Bangsa dan Tanahair. I|I
yunif@doa.moa.my
Baguslah kalo macam tu/// udah ler tu, jangan dok buat lagi. Kalo saudara sendiri dan mengakui kesalahan wajib kami di sini memaafkannya. sedangkan Nabi ampunkan umat, inikan kita manusia biasa///
__________________
Innallah Ha Maassobirin - Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.......
alhamdulillah... sudara yunep haa jangan lupo den ngan paan lak malam ni jumpa kat R & D, saudara zull dan lan dari seri serdang pun insyallah turun sama...
Berjuta keampunan dipohon terlebih dahulu...kepada abang² yg berada di FORUM ini. Setiap perbuatan ada tujuan nya. Didalam konteks dunia globalisasi tanpa sempadan, inilah yg dikatakan cabaran.Dengan terjadinya perkara sebegini diharap ampun dan maaf. Yg telah berlaku tetap saya jadikan pengajaran buat diri saya.Sebagai seorang Islam yg moden wajib kita fikirkan tentang perkara sebegini jika berlaku di masa hadapan. Apakah tindakan² yang perlu diambil dan tindakan serta hukuman atas perbuatan ini. Saya juga sanggup di hukum jika berlaku salah disisi undang². SESUNGGUHNYA yg lemah itu datang nya dari diri kita dan yg kuat dan teguh itu datangnya dari ALLAH SWT.Perbuatan FLOOD dan HACKERS bukan perkara lumrah dalam dunia globalisasi ini.Harap semua MAAFKAN SAYA. MAAFKAN SAYA... MAAFKAN SAYA...MAAFKAN TAU...///
p/s : Buah cempedak diluar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan;
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.
SALAM AIDILADHA KEPADA KEKANDA SEMUA. PEACE...///
__________________
YuneP SirDunK...///
Berkhidmat Demi Agama, Bangsa dan Tanahair. I|I
yunif@doa.moa.my
Kini tiada lagi Raja Flood & Raja Hack...Syukur...!! ekeke..satu ajakan paradigma yang baik sempena tahun baru ini buat nick wartawan...tarik balik puting susu kat mulut dia tadi...ekeke
Marilah kita bermaaf-maafan sesama kita yang bersaudara ini dan juga memohon ampun kepada Yang Esa & Yang Maha Pengampun terhadap segala kesalahan kita selama ini...
Terima kasih saya ucapkan kepada kekanda semua yg telah memaafkan saya... rasa segan lak nak mengadap malam nanti... apa² pun stanby jer lah ngan bullet proof suit kalau kene tembak hehe... Saya pernah teringat ngan kata² Kanda Mas kita... " ata pena di zaman ni lebih tajam dari sebilah pedang." betul tu abg mas... tapi untuk zaman Cyber nih...rasa nya jari jemari lebih tajam lah dari mata pena...itu pendapat saya... maaf jika tersilap dan salah type.Sebagai seorang journalist saya rasa internet sekarang ni lagi bahaya dari bom atom.
p/s : kpd abg²... apa kata malam ni kita start awal... pastu abih cepat...jom kita pi minum..
__________________
YuneP SirDunK...///
Berkhidmat Demi Agama, Bangsa dan Tanahair. I|I
yunif@doa.moa.my
Jika dinda dapat tangkap itu semua amatlah baik sekali... jadi tajamkanlah pedang masing masing jgn bagi tumpul.
Samada ia keluar dai lidah, dari mata pena, dari keyboard... yg penting pedang itu ialah ilmu. Ilmu itu adalah alquran, pembuka mata pedang itu ialah fatihah (7 ayat yang di ulang ulang), yang di asah selalu, difahami dan ingat ingati selalu perlaksanaannya. Itulah juga yang telah lama hilang tanpa dpt di kesan... itulah dia keris taming sari (7 lok) Hang tuah yg hilang...
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
Mendalam sungguh bahasa abg mas nih...saya nampaknya kene banyak menuntut lagi nih... ilmu masih banyak kurang... Raspek lah kat abg mas...walau pun saya kadang² nak jugak beramah mesra ngan abg mas tapi memandangkan kesibukan abg mas, segan nak mencelah. InsyaAllah satu hari nanti ye kanda.
__________________
YuneP SirDunK...///
Berkhidmat Demi Agama, Bangsa dan Tanahair. I|I
yunif@doa.moa.my
quote: Originally posted by: pekida "Jika dinda dapat tangkap itu semua amatlah baik sekali... jadi tajamkanlah pedang masing masing jgn bagi tumpul. Samada ia keluar dai lidah, dari mata pena, dari keyboard... yg penting pedang itu ialah ilmu. Ilmu itu adalah alquran, pembuka mata pedang itu ialah fatihah (7 ayat yang di ulang ulang), yang di asah selalu, difahami dan ingat ingati selalu perlaksanaannya. Itulah juga yang telah lama hilang tanpa dpt di kesan... itulah dia keris taming sari (7 lok) Hang tuah yg hilang... "
mendalam sungguh kata2 dr. mas nih...... rasa nak menuntut dengan dr mas nih
quote: Originally posted by: adik_langat "mendalam sungguh kata2 dr. mas nih...... rasa nak menuntut dengan dr mas nih"
Jangan RASA ja bang adik_langat... jadikan satu keMESTIan. Memang diakui Kanda Mas BANYAK ilmu pinjaman Allah... dan Kanda Mas memang sentiasa dapat berkah 10 kali ganda dari Allah kerana usaha beliau sentiasa MENYAMPAIKAN. Akan tetapi... bukanlah GULA nan sebutir, banyak lagi gula di SANA-SINI(JANGAN Abaikan!). Terpulang KITA yang doif ini mencari. walaubagaimanapun, segala puji bagi Allah kerana menonjolkan GULA nan sebutir ini bagi memudahkan SEMUT-SEMUT putih yang ada untuk MENYONYOT kemanisannya......
///Alon-Alon///Bersopan,Ikut Tertib///Baru Segalanya Akan CANTIK & TERSUSUN/// Syukur!!! Alhamdulillah!!!
quote: Originally posted by: wartawan walau pun saya kadang² nak jugak beramah mesra ngan abg mas tapi memandangkan kesibukan abg mas, segan nak mencelah.
ekeke.. wartawan tu bukan apa bang mas ekeke takut kena peluk arab bang mas ekekeke