Anak kecil main api Terbakar hatinya yang sepi Airmata darah bercampur keringat Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya raya Tergadai seluruh harta benda Akibat sengketa sesama kita Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita ini Warisan berkurun lamanya Hasil mengalir ke tangan yang lain Pribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam Kan lenyap peristiwa semalam Tertutup hati terkunci mati Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa Yang akan menentukan bangsa Bersatulah hati bersama berbakti Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa Majulah dengan gagah perkasa Janganlah terlalai teruskan usaha Melayu kan gagah di Nusantara
--- *kita sering kali menyanyikan dan mendengarnya, tetapi langsung tidak menghayati maksud dan isi pati lirik lagu " WARISAN" ini. Saya syorkan kepada pihak R&D untuk menyanyikan & menjadikan lagu tema dlm unit R&D. Cuba lah kita hayati BERSAMA untuk KEPENTINGAN demi AGAMA, BANGSA & TANAH AIR tercinta.
__________________
:.KaR3n.: "aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH"