Assalamualaikum wbt. > > Dear Friends, > > Sedikit Info to you all about denggi nih. Yesterday, masa melawat kawan > saya yang anaknya meniggal disebabkan denggi , kebetulan Pegawai Jabatan > Kesihatan ( Doktor ) datang menziarahi keluarga itu. Doktor tersebut telah > memberi sedikit info pasal denggi dan saya rasa ia amat berguna untuk kita > semua. > > Katanya habitat Aedes nih dia suka ditempat-tempat yg ada air bertakung. > Airnya pulak mestilah bersih, kalau kotor sangat nyamuk Aedes ni tak suka. > Nyamuk Aedes diketegorikan kepada 2 jenis iaitu di dalam rumah dan di luar > rumah. Cara nak mengenali nyamuk Aedes ni, yg di luar rumah mempunyai satu > garisan putih dikepala manakala yg di dalam rumah mempunyai dua garisan > putih ( Sarjan ). > > Doktor itu juga berkata ada tempat-tempat di dalam rumah kita yg kita > sendiri tidak sedar/menjangkakan contoh seperti air takungan dibawah peti > ais dan mangkuk tandas kita. Mungkin di kawasan rumah kita bersih, tapi > keadaan disekeliling kita tidak bersih. Untuk pengetahuan semua, nyamuk > Aedes boleh berada sekitar 200-400m dalam kawasan perumahan kita. > Bayangkan > dalam masa seminggu sahaja jentik2 ini akan bertukar menjadi nyamuk > dewasa. > > Pesan Doktor tersebut tugas pembersihan bukanlah kerja mereka sebaliknya > ia > adalah tanggungjawab masyarakat setempat. Jabatan kesihatan cuma akan > pergi > ke tempat yg diberitahu sekiranya ada terdapat/mempunyai kes di > hospital-hospital kerajaan ataupun swasta. > > Peringatan :- > > 1. Demam panas tanpa mempunyai sebab seperti selsema @ batuk. > 2. Sakit Kepala > 3. Lenguh-lenguh badan > > Jika terdapat tanda-tanda seperti diatas, Doktor berpesan supaya segeralah > pergi ke hospital kerajaan/swasta terus dan jangan pergi ke klinik biasa > kerana kebanyakkan klinik biasa tidak mampunyai alat yg mencukupi. > > Jangkitan Aedes kali kedua juga boleh menyebabkan sistem ketahanan badan > kita tidak dapat melawan bakteria yg dikeluarkan oleh nyamuk ini dan > keadaan akan bertambah kritikal jika lambat bertindak. > > Oleh itu bersama-samalah kita menjaga kebersihan di persekitaran kawasan > kita.
__________________
||| Bercinta Tak Semestinya Memiliki,Menentang Tak Semestinya Membenci |||
terima kasih kepada Mrkolumpo... diatas info ini... takut jugak yea..bila baca perkara seperti ini... kesihatan dan kebersihan mestilah sentiasa di jaga... bukankah ianya wajib dalam islam... semoga ianya menjadi pandua kepada kita semua...
Betul apa yang ditulis oleh saudara mrkolumpo nie .. minggu lepas je kat ombak ada 2 kes ( yg saya taulah ) kematian akibat denggi berdarah . Kawan saya punya saudara jatuh sakit, demam jelah tapi boleh jalan jalan lepak depan umah jelah tapi 3 hari lepas tu, innalillah.
So jaga jagalah kesihatan dan prihatin sedikit dengan surrounding anda. Dengar bunyi nyamuk mendekati, cepat cepat spray ngan aerosol .. saya sekarang nie kalau lepak depan umah ngan kawan kawan, sorang satu bawak ridsect .. he he .. takut gak beb ..
Kenyataan YB Menteri Kesihatan pada 12 Januari 2005 bahawa gotong royong anjuran pihak berkuasa tempatan (PBT) telah tidak mendapat sambutan dari orangramai adalah dirujuk.
Pihak kami tidak menentang sebarang usaha untuk mempertingkatkan kebersihan kawasan persekitaran tetapi keadaan kotor yang wujud adalah sebahagian besar diakibatkan oleh kegagalan kontraktor-kontraktor pembersihan PBT menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka.
Contohnya di kawasan Parlimen Pandan yang terletak di bawah bidangkuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya, terdapat banyak longkang-longkang yang tersumbat akibat dari sampah sarap yang dibuang oleh orangramai dan akibat dari itu longkang-longkang yang tersumbat itu telah menjadi tempat pembiakan nyamuk.
Tetapi di manakah kontraktor-kontraktor pembersihan yang dilantik oleh PBT ?
Mengapakah mereka tidak menjalankan tugas mereka untuk membuang sampah-sampah itu ?
Kenapakah orangramai perlu dikerah dengan bergotong royong untuk menjalankan tugas kontraktor-kontraktor tersebut ?
Kenapakah pihak PBT gagal bertindak ke atas mereka yang cuai itu ?
Kami yakin inilah sebabnya kenapa orangramai enggan keluar bersama-sama di dalam gotong royong itu.
Apabila mereka lambat membayar cukai pintu, mereka akan didenda tetapi perkhidmatan yang diberikan oleh pihak PBT adalah amat mengecewakan.
Di dalam menghadapi wabak denggi yang melanda Lembah Kelang, banyak PBT yang menyalahkan penduduk. Walaupun tahap kesedaran kebersihan yang rendah adalah satu faktor tetapi banyak PBT yang telah gagal memastikan kerja-kerja pembersihan seperti mencuci longkang dan mengangkat sampah berjalan dengan baik.
Kami yakin masanya sudah tiba agar perlantikan kontraktor-kontraktor pembersihan dijalankan dengan lebih telus dan bukan di atas dasar-dasar hubungan politik semata-mata.