Assalamualaikum....... Manusia macam kita Memang pandai bercakap Menyalahkan orang lain Mengutuk orang lain Perlekeh orang lain Merendahkan orang lain Orang macam kita Di mana-mana pun ada Bila jari telunjuk tunjuk pada orang lain Empat jari lain tunjuk pada diri sendiri Tengok pada diri sendiri dahulu Jangan...
Asyik mengata orang, Al-Quran kamu tak baca Asyik menyalahkan orang, Al-Quran kamu tak baca Asyik mengutuk orang, Al-Quran kamu tak baca Asyik perlekehkan orang, Al-Quran kamu tak baca Asyik merendahkan orang, Al-Quran kamu tak baca Asyik berceramah sana sini,! Al-Quran kamu tak baca Asyik berkuliah sana sini, Al-Quran kamu tak baca Asyik berdakwah sana sini, Al-Quran kamu tak baca Asyik bersajak berpuisi, Al-Quran kamu tak baca Asyik bercerpen bernovel, Al-Quran kamu tak baca Asyik berforum di internet, Al-Quran kamu tak baca Asyik berchit-chat di IRC, Al-Quran kamu tak baca Asyik bergebang di telefon, Al-Quran kamu tak baca Asyik mendongak televisyen, Al-Quran kamu tak baca Asyik mengadap komputer, Al-Quran kamu tak baca Asyik baca buku ilmiah, Al-Quran kamu tak baca Asyik baca majalah tabloid, Al-Quran kamu tak baca Asyik bersembang politik, Al-Quran kamu tak baca Asyik mengulit isteri, Al-Quran kamu tak baca Asyik berkepit dengan sua! mi, Al-Quran kamu tak baca Asyik mengasuh anak, Al-Quran kamu tak baca Asyik ber'e-mel' dengan kawan, Al-Quran kamu tak baca Asyik membelek handphone, Al-Quran kamu tak baca Asyik mengadap vcd ceramah, Al-Quran kamu tak baca Kenapa tak baca? Tak sempat Busy Tak faham Tak reti Malas dapat surat dari pejabat tanah dalam bahasa melayu kamu boleh baca dapat surat lawyer dalam bahasa inggeris kamu boleh baca dapat surat daripada Allah dalam bahasa Arab kamu tak boleh baca
apa nak jadi? Rugi rugi rugi Itu sajalah bekalan Untuk diri sendiri Di belakang hari Dan hari ini Al-Quran teman sejati Di kala kaki tak mampu berdiri Di kala tangan tak mampu mengangkat lagi Di kala lutut lenguh setiap sendi Di kala badan tak mampu kesana kemari Di kala telinga tak mampu menangkap bunyi Di kala tekak tak rasa apa lagi Rumah kata pergi Kubur kata mari sini Juga buat teman di kala sendiri Dalam kubur sunyi sepi Menangislah sepuas hati Mulai dari hari ini Menyesali diri Yang jahil dan dhaif sekali Ambillah insiatif sendiri Untuk baiki diri Jangan hanya duduk sesali diri Melihat Al-Quran menyusup pergi hanya tulisan sahaja yang tinggal lagi istilah juga tidak berguna lagi kerana ertinya tidak difahami Bacalah Al-Quran hari ini!
p/s: Dan jangan puisi ini disalah tafsir pula, bukan berkhutbah, cuba betul diri ini cuma.. sekadar peringatan untuk saudara sekalian dan diri sendiri jua...
'stay the same'
__________________
Kadang2 Allah hilangkan sekejap matahari untuk kite,
Kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat,
Puas kita menangis mencari mana matahari kita,
Rupa2nya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah...
MEMANG BERBISA MACAM TERKENA BISA DARI ULAR TEDUNG SELA.KALAU BOLIH AYAT YANG TERAKHIR TU JANGAN LE GUNA AYAT UTK PERIGATAN SAUDARA SEKALIAN ,MACAM DALAM DUNIA HANYA SAUDARA SAUDARA PERLU DI BERI PERINGATAN DAN TIDAK PULA PADA SAUDARI SAUDARI SENDIRI.MAAF LA YE APABILA SAYA BACA COLUM TU MEMANG BAGUS DI BACA CUMA AKHIRNYA SAJA SAYA RASA KURANG TEPAT.
MAAP LA BANYAK BANYAK YE.TERGORIS SIKIT JE RASA HATI NI SEBAB ADIK BERADIK YANG TULIS TU.
adoiii.......bisa nya...betul pepatah orang...kekdg mata pena lebih tajam dari mata pedang........cayalah kanda nafisah....dinda tak sangka diam ubi berisi....sekali lepas makan dalam...sampai tulang hitam......
salam utk semua, adoiii.......bisa nya...betul pepatah orang...kekdg mata pena lebih tajam dari mata pedang........cayalah kanda nafisah....dinda tak sangka diam ubi berisi....sekali lepas makan dalam...sampai tulang hitam...... Alqalbu mushtaqun habii bilaa ..ru'yaa kiyaaa....terus tersasul cakap arab....
salam utk semua,
ayat di atas ni dinda yg cakap bukan abg dewa petir..cuma hari tu guna nick dia...marah dia
__________________
Kejayaan Seorang Lelaki Adalah Kerana Wanita Di Sisi