Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: apa komen anda ???


Senior

Status: Offline
Posts: 137
Date:
apa komen anda ???


- Berita Nasional -


Sekolah Bukit Rokan bina padang golf

 


TAMPIN: Sekolah Kebangsaan Bukit Rokan Utara (SKBRU) di sini, melakar sejarah apabila menjadi sekolah rendah pertama di negeri ini membina padang golf dalam usaha memperkenalkan sukan itu di kalangan muridnya yang kebanyakan anak peneroka Felda.



Kerja asas pembinaan padang golf yang membabitkan perbelanjaan hampir RM100,000 itu diusahakan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan serta Felda. Dimulakan awal tahun lalu dan dijangka siap tahun depan.

Projek itu yang dijangka menjadi tarikan unik di SKBRU, diusahakan selepas kawasan seluas 2.5 hektar berhampiran sekolah itu dikenal pasti sesuai untuk dijadikan padang golf.

Guru Besar SKBRU, Abdul Rahman Abdul Samad, berkata pembinaan padang golf sembilan lubang itu mendapat sokongan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS).

“Cadangan mempunyai padang golf sendiri timbul apabila sekolah ini mula menyertai pertandingan kriket bawah 12 tahun sehingga berjaya menjadi johan kebangsaan selama empat tahun berturut-turut.

“Pihak sekolah ingin memperkenalkan pula sukan golf kepada anak-anak peneroka yang ramai belajar di sekolah ini,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Abdul Rahman berterima kasih kepada pengurusan Felda wilayah dan negeri kerana menjalankan kerja asas seperti menebang pokok serta meratakan tanah bagi merealisasikan hasrat berkenaan.

Pembinaan padang golf itu turut mendapat sokongan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor yang juga Ahli Parlimen Tampin dan Adun Gemencheh, Mohd Kamil Abdul Aziz.

Bagi menampung kos menanam rumput serta menimbus pasir di kawasan tertentu di padang golf itu, sekolah berkenaan memohon sumbangan daripada enggemar sukan golf serta badan korporat.


 



__________________
Tanamkan Azam dan semangatmu Setinggi Bintang Dilangit dan Rendahkan Hatimu Serendah Mutiara Di Laut...


Senior

Status: Offline
Posts: 489
Date:

Assalamualaikum ..


Pehh cayalah ... kalau aku dapat anak nanti mesti aku antar dia sekolah sana punya lahh .. boleh join bapak dia main golf ..



__________________
~~~@|||Andy|||@~~~


Veteran

Status: Offline
Posts: 96
Date:

Assalamualaikum...

errmmm...no comment laaa...
apapun harap2 ianya akan menjadi sesuatu yg membanggakan...

manalah tahu kot2 suatu hari nanti anaknya si Bro Andy...
jadi terkenal main golf...ekekekk

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 34
Date:

Ada baik dan ada buruknya....Ada pembaziran dan ada kebaikan untuk masa depan...

__________________
.


Senior

Status: Offline
Posts: 156
Date:

nanti anak aku fight ngan anak andy...


hehehe....



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 489
Date:

Assalamualaikum ...


Wahh wan .. sebelum anak kita lawan .. kita lawan dulu okay ? Ajak lah saper saper lagi satu flight ngan kita .. ada berani ? Kat Perangsang pun okay ..



__________________
~~~@|||Andy|||@~~~


Dr Hj Masjuki - Web Master & Pengarah R&D

Status: Offline
Posts: 976
Date:

Ehhhh... amacam kita tubuh klub golf di unit sukan tuh... andy check siapa lagi yg terror golf ni di kalangan kita...


Pas tu ... ajaq la abg main samaaa... tak kesian ke kat abg ni syik dok wat kerjeeee jer kat rnd ni tak abis abis...



__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***


Veteran

Status: Offline
Posts: 95
Date:

abg nak main golf?? takpa satu-satunya mamak kt r & d ada.. nt kita pakat pukui bola tu... bukan susah...semua 1 2 3 ja...hayunnnnnnnnnnnnnnnnnnn.....peh tu tggu la bola tu masyuuukkk lubanggggggggg...eheheheeee

__________________
SaLam ceria, Satu˛nya M di R & D


Senior

Status: Offline
Posts: 452
Date:

ehem..ehem..saya nie nampak jer kecik...golf adalah permainan esay borsamo atok kesayang esay...dokek somban...saudara andy..kito fight dokek kawasan putting laaa...

__________________
"WoKeY JeR"


Senior

Status: Offline
Posts: 489
Date:

Assalamualaikum ..


Kat putting buek apo ? semua org pun boleh .. kita main dulu kat shah alam tu .. course dia semua par 3 je .. abg mas nak main gak ? boleh bang, tapi saya nie bukanlah pandai sangat macam Tiger Woods tu .. level level Vijay Singh je saya nie !!! ha ha ha !!!



__________________
~~~@|||Andy|||@~~~


Senior

Status: Offline
Posts: 452
Date:

eleehhhhhhhh level vijay singh wat apa...ni haahhh aku ni  level jalani sidek....tak pun...sapok biki...tak pun ko leh panggil aku Nick Faldo....

__________________
"WoKeY JeR"


Dr Hj Masjuki - Web Master & Pengarah R&D

Status: Offline
Posts: 976
Date:

Apa pun ko orang ajar la abang mas kat driving range dulu. Dulu pernah gak main golf ni... social golfer, sampai jadi member kelab di raja sri menanti. tapi pukul bola asyik out of bound jer... malu laaa ... duit habis... member lak asyik kerja nak ketukkk jer... lama lama semua ketiga tiga set tu abang let go... masih ada tinggal satu set buruk kat dapor kita tu... siap troley lagi...


Ok kalau stick tak cukup... pinjamkan ko rang nyer... abang nak pacu balik... mana leh jadi adik adik tunjuk lagak cam niii...


OK andy... jgn cakap banyak lagi. siapkan borang ahli golf kita. buh nama abg sekali ok?... syuro minggu depan lapurkan dah berapa orang ahli golf rnd.


Its an order...!



__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***


Senior

Status: Offline
Posts: 426
Date:


quote:


Originally posted by: pekida
"Apa pun ko orang ajar la abang mas kat driving range dulu. Dulu pernah gak main golf ni... social golfer, sampai jadi member kelab di raja sri menanti. tapi pukul bola asyik out of bound jer... malu laaa ... duit habis... member lak asyik kerja nak ketukkk jer... lama lama semua ketiga tiga set tu abang let go... masih ada tinggal satu set buruk kat dapor kita tu... siap troley lagi... Ok kalau stick tak cukup... pinjamkan ko rang nyer... abang nak pacu balik... mana leh jadi adik adik tunjuk lagak cam niii... OK andy... jgn cakap banyak lagi. siapkan borang ahli golf kita. buh nama abg sekali ok?... syuro minggu depan lapurkan dah berapa orang ahli golf rnd. Its an order...!"


hehehe...


menarik tu main GOLF. barulah dikatakan ADVANCE KELAB R&D  kita nie. Nanti akan muncullah pemain-pemain NAFAS BARU seperti SAUDARA ANDY, SAUDARA ROBOT, dan permain profesional kita iaitu ABG LONG (kanda masjuki). SURE PAS NIH, PAK LAH TABIK kat dlm unit kelab kita nih. org kata, MACAM-MACAM ada.


*cuma, jangan dok bedalll org ngan stick golf tu dah laaa. manatau kot, bola ashik dok masuk keleboq saja. tut-tut, PALA NAIK ANGIN DOK KATOK pemain lawan plak dah. jadi cerita.... PONGGAH di buatnyaaa...


p/s : senda penawar duka nestapa.



__________________
:.KaR3n.: "aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH"


Senior

Status: Offline
Posts: 137
Date:

abg nak main golf?? takpa satu-satunya mamak kt r & d ada.. nt kita pakat pukui bola tu... bukan susah...semua 1 2 3 ja...hayunnnnnnnnnnnnnnnnnnn.....peh tu tggu la bola tu masyuuukkk lubanggggggggg...eheheheeee


heeeee ....... i_robot_ewanaradio  cam senang jee bunyi nya ehhhhhh...


ada berani jomlah kita join kelab golf R&D/// abg ANDY ambik namanya



__________________
Tanamkan Azam dan semangatmu Setinggi Bintang Dilangit dan Rendahkan Hatimu Serendah Mutiara Di Laut...


Dr Hj Masjuki - Web Master & Pengarah R&D

Status: Offline
Posts: 976
Date:

macam tak serius jer... sampai sekarang borang pun tak sampai ni... jangan la buat malu rnd... bila di cabar mesti segera bertindak.

__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***


Senior

Status: Offline
Posts: 492
Date:



__________________


Ahli Baru

Status: Offline
Posts: 1
Date:
tahniahdan rindu


Dah 37th meninggalkan sekolah ni....... banyak kemajuan yang dicapai taniah pada guru - guru... terkenang dan rindu pada gikgu ramli husin .. cikgu mulia.. cikgu jalil. 



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard