Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: wasiat buat pengkhianat agama n bangsa


Member

Status: Offline
Posts: 10
Date:
wasiat buat pengkhianat agama n bangsa


 

bismillahir rahmanir rohim..


assalamualaikum wbt..


izinkan saya memperkenalkan diri terlebih dahulu krn kata org tidak manis berbicara tanpa adab, tidak sopan berkata dengan biadap. alhamdulillah syukur saya kehadrat allah, dgn petunjuk dan hidayahnya, dpt saya menjadi ahli baru pekida (simpang tiga sg. besi) didlm jemaah pekida ini dibawah satu payung, 'amar maaruf nahi mungkar' pada bulan ramadhan yg lalu (baru mak menyusu). sekalung puji kepada hj dr masjuki kerana telah menarik saya menyertai jemaah ini. berkat usaha beliau dan ahli task force yg lain, saya berjaya mengikuti kursus induksi. syukran jazilan abg mas.


saya terbangkit utk menyuarakan pendapat ini krn setelah mengkaji tuduhan didlm artikel dr. saudara malaysia, saya dapati ianya sungguh busuk lagi membusukkan (minta maaf), dan ianya kenyataan yg ditulis penuh dgn hawa nafsu,angkuh,emosi,hasad dengki,tidak rasional dan macam macam adaaa tanpa menggunakan akal dan ilmu, sehingga sanggup menuduh ahli pekida di RND dipimpin kekanda mas kita sbg kafir,nauzubillahi min zalik.. sbg budak yg baru nak menyusu, bukanlah niat utk mengeruhkan keadaan.apatah lagi menunjuk pandai, memandai-mandai kerana sebagai seorang islam kita harus peka dan rasa sensitif dgn isu-isu yg berkaitan dgn islam itu sendiri.setelah menyelidiki izinkan saya mengupas fakta2 atau tuduhan yg dilemparkan oleh saudara malaysia.


'semua mukmin itu bersaudara.justeru itu,damaikanlah antara dua saudara yg bersengketa.berbaktilah kpd tuhan,agar kamu semua mendapat rahmat..                     (al-hujurat:10)


memang tidak dapat dinafikan wahai saudaraku malaysia, didalam islam terdapat percanggahan pendapat yakni khilaf.oleh kerana itu kita mempunyai pelbagai mazhab.namun ianya adalah suatu rahmat dr allah.tindakan saudara yg menyuarakan pendapat dgn membuta tuli adalah bertentangan dgn fitrah manusia bertamadun walhal dgn islam itu sendiri.ingatlah pesan allah swt:


serulah ke jalan tuhanmu dgn hikmah dan nasihatlah yg baik baik dan bertukar-tukarlah fikiranlah dgn cara yg lebih baik.. (an-nahl: 125) 


dan berpesan-pesanlah dgn beramal soleh.dan berpesan-pesanlah kpd kebenaran.. (al-asr: 3)


sbg mukmin yg benar2 berjuang dijalan allah, hendaklah kita menegur atau menyuarakan pendapat kita dgn baik,telus dan beradab sopan.janganlah kita membaling batu menyembunyikan tangan. kata nabi muhammad saw, berkatalah benar wahai ianya pahit. jika saudara berada dipihak yg benar,tidak perlu takut.berani kerana benar takut kerana salah. datanglah ke kajang dan bermusyawarah lah dgn abg mas.insya allah saya yakin jika benar, beliau akan menerima pendapat saudara.


firman allah fil kitabil a'ziz : wahai orang yg beriman, taatlah kamu kepada allah dan rasulullah dan kpd uli-l amri (org yg berkuasa) dr. kalangan kamu.kemudian jika kamu berselisihan pendapat dlm satu perkara,maka hendaklah merujuk kepada kitab allah dan sunnah rasulnya... (4:59)


1. "Please la jangan korbankan duit RM ahli sendiri. Apa itu saja kebolehan pengatur ka???" 


astaghfirullahal a'zim... adakah soal wang menjadi masalahnya? saudara boleh rujuk kisah-kisah pada zaman nabi, dan para sahabat dimana saidina abu bakar, saiditina khadijah dan para sahabat membelanjakan dan mengorbankan harta kesemuanya ke jalan allah dan demi menegakkan syiar islam. berapakah sen sgtlah yg diminta oleh abg mas,malah tidak dipaksa sama sekali. ia bukannya utk kepentingan peribadi sendiri atau kepentingan mana2 individu, namun ianya semata mata utk dibelanjakan fi sabilillah. janganlah kita kedekut tahi hidung masin dgn allah swt.kerana harta yg diberikan-Nya adalah hak milik mutlak dan rezeki dari allah jua. ketahuilah allah boleh menarik balik nikmat kurniannya dgn sekelip mata sahaja. hayatilah kisah qarun yg kaya raya dan tsulabah (jika tidak silap,tidak mahu membayar zakat) dimana allah membinasakan mereka dgn azab yg pedih kerana tidak mahu berkorban dijalan allah..


firman allah firman dlm surah al-baqarah ayat 261 : adapun perumpamaan orang2 yg mengorbankan hartabendanya dijalan allah itu,umpama sebuah biji yg tumbuh bertangkai tujuh,pd tiap2 ada seratus butir biji.demikianlah allah memperlipat gandakan (pahala) bagi org yg dikehendakiNya.sesungguhnya tuhan maha pemurah lagi maha pengampun...


ayat 207 al baqarah pula, ada sebahagian mukmin yg mengorbankan dirinya demi mencapai keredhaan allah semata-mata.allah sangat sayang kepada hamba-hambanya.


oleh yg demikian, jgnlah kita gusar atau tidak ikhlas terhadap apa jua yg kita korbankan ke jln allah samada wang ringgit,tenaga mahupun masa kerana semuanya akan dicatit oleh malaikat.ingatlah semua itu merupakan pelaburan, bukannya peleburan.sepatutnya kita bersyukur dan berterima kasih kerana dpt menyumbang wang ringgit mahupun tenaga kita ke jalan allah swt.jangan jadikan duit sebagai alasan kerana tidak mahu berjuang dan berkorban. ianya tidak relevan sama sekali.


2. ''wah wah bukan main lagi engkorang semua sekarang, dah jadi malaikat sekarang , mana tuhan korang mana kiblat korang mana pegi landasan korang sekarang dah berani main taram org pulak,''


memang kebanyakan manusia,apabila ditegur sedikit sebanyak akan melenting, ego,angkuh,takabbur, keras kepala dan tidak boleh menerima kenyataan org lain, seolah olah mereka sahaja yg benar.dlm hal ini imam malik bin dinar ada mengatakan : perbaikilah tiga perkara dgn tiga perkara. sombong dgn tawadhuk,bakhil dgn qanaah,hasad dgn nasihat.. sepatutnya kita perlu bersyukur sbg manusia yg mudah lupa ini,ada juga manusia lain ingin memperbetulkan kesilapan kita.kita perlu berterima kasih dgn org yg memberi nasihat kpd kita, jgnlah angkuh atau bodoh sombong mahupun bongkak seperti firaun, abu jahal atau namrud kerana .. lihatlah contoh dari saidina umar al khattab (yg dijamin ke syurga oleh nabi saw) yg sanggup menerima teguran dan nasihat dr. masyarakat walaupun dgn mata pedang sewaktu beliau dilantik menjadi khalifah islam.beliau sedikit pun tidak angkuh mahupun bongkak atau takabbur.bagaimana pula diri kita yg tidak dijamin ke syurrga ini? tepuklah dad,tanyalah iman.jadilah manusia yg bermanfaat kerana sebaik baik manusia ialah org yg memberi manfaat kepada dirinya dan umat islam yg lain..


firman allah swt : dan janganlah kamu memalingkan mukamu dr. manusia kerana sombong dan jgnlah kamu berjalan dimuka bumi dgn angkuh.sesungguhnya allah benci sesorang yg angkuh lagi membangga diri.. (luqman: 18)


3. "saudara ku semua korang bukan apa pun , manusia jugak, sedarlah diri korang tu makan minum kencing berak jugak so awasi tutur bicara tu lain kali dan satu lagi aku nak ingatkan korang jangan melampau nak tunjuk pandai dalam menasihat kan diri org lain, tengoklah pemimpin korang yang juga disebut pengatur itu, masih belum sempurna lagi pun."


nobody is perfect and dont cut your nose to spite your face.. setiap manusia itu tidak boleh lari dr. kesilapan.itu memang fitrah semulajadi.kita bukan nabi kerana nabi dan rasul adalah terpelihara (ma'sum).nabi sekalipun pernah tersilap.(jgn salah paham,bukan berdosa tp tersilap).oleh kerana itu allah swt akan mewahyukan menurunkan kitab-kitab kepada rasul sbg at-tanzil, az-zikra atau peringatan kepadanya dan jua manusia.sbg contoh nabi sulaiman a.s yg ingin beristeri kali yg keseratus, kemudian turun wahyu sbg peringatan (rujuk kitab riyadhus solihin karangan imam nawawi).begitu juga kisah nabi adam a.s memakan buah khuldi.oleh kerana itu, terdapat byk ayat-ayat yg meminta manusia supaya bertaubat nasuha.sesungguhnya allah suka akan org yg bertaubat dan sebaik baik manusia yg berdosa ialah orang yg bertaubat kepada tuhannya.dalam hal ini, janganlah kita cepat melatah kerana


rasullullah saw pernah berkata : unzur ma qola wa la unzur man qola, yg bermaksud.. lihatlah apa yg dikata bukan siapa yg mengata.(bukhari)


barangkali malaysia itu lupa akan kisah abu hurairah r.a yg pernah dinasihati oleh syaitan didlm sebuah gudang gandum. ulas nabi muhammad saw pd ketika itu ialah, syaitan itu telah berkata benar walaupun ianya musuh islam.maksudnya kita perlu ambil positif apa yg dinasihati (jika benar) tidak kira org itu sempurna atau tidak,jahat ke baik.tidak kira siapa yg yg memberi nasihat yg benar, haruslah kita terima dgn hati yg terbuka dan ikhlas.janganlah menjadi bodoh sombong,hdup segan mati tak mahu..


4. Tak pernah aku tengok korang sembahyang jemaah ramai2 kat dlm pejabat tu. apa tuhan korang. sedarlah sedarlah sedarlah korang bukan ALLAH atau muhammad, Jika kamu disuruh baca al-quran maka kamu pun baca, sampai lupa yg diri sendiri tu bersih atau tidak. Jangan sangka ayat yang ringkas itu dapat diterjemahkan dalam sesaat dua(AWAS).Korang belajar agama islam pun mesti menggunakan al-quran.


bersih atau tidak, suci atau tidak itu semua urusan allah swt.kita sebagai mukmin hanya mampu berserah dan bertawakal semoga ibadat dan amalan kita diterima sepenuhnya oleh allah swt.kita sering dinasihati supaya bertawakal.pada khutbah jumaat pun,khatib menyuruh tawakaltu a'lallah.tidak semestinya semua amal ibadah kita,akan diterima oleh allah.


kata rasulullah saw, tidaklah dapat akan seseorang yang bersolat itu melainkan penat dan lelah, dan tidaklah dapat akan orang yg berpuasa itu melainkan lapar dan dahaga.. (bukhari)


katakanlah (kepada kaum musyrik) tuhanku tidak mengendahkanmu,melainkan kalau ada ibadahmu.(tetapi bagaimana kamu beribadah kepadanya) padahal kamu sungguh mendustakan-Nya. kerana itu kelak akan ada azab menimpamu.. (al-furqan: 77)


firman allah juga didlm al-hujurat:2-3, hai orang2 yg beriman,jgnlah suka mengeraskan lebih keras dari suara nabi (dlm dakwah), dan jgnlah suka berbicara spt bicaramu terhadap satu sama lain.sebab dikhuatiri akan gugur semua amalanmu dgn tidak terasa..


tentang kenyataan malaysia yg tidak pernah nampak jemaah bersembahyang di pejabat dan suci atau tidak ketika membaca alquran dapatlah dirumuskan, ianaya seolah olah mencari2 kesalahan, buruk sangka dan menghina.hal ini telah terdapat didalam al-kitab seperti yg tertera dibawah:


wahai org2 yg beriman. jauhilah perbuatan buruk sangka krn sesungguhnya sesetengah buruk sangka adalah dosa.dan jgnlah kamu mengintip atau mencari2 kesalahan org lain,dan jgnlah kamu mengumpat yg lain.adakah kamu suka memakan daging saudara yg tlh mati?jika demikian kamu maka sudah tentu kamu jijik kpdnya yg telah mati,dan bertaqwalah kpd allah, sesungguhnya allah penerima taubat lagi maha mengasihani.. al-hujurat :12.


5. Inilah fahaman kafir yang korang dapat.


astaghfirullah,tergamak malaysia mengatakan teman seperjuangan (sekiranya benar beliau ahli pekida) sbg kafir laknatullah. masya allah, taubatlah segera wahai saudaraku kerana ianya amat berdosa.isu kafir mengkafir ini bukanlah bahan gurauan yg boleh dibuat main. ia berkenaan dgn akidah kita. belajarlah cara melawan penyakit rohani, penyakit batin saudara yg sudah kronik. kata orang, makan boleh sebarang makan, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata murtad jadinya.. ingatlah pesan rasulullah saw:


setiap org yg berkata pada saudaranya hai kafir,maka pasti akan menimpa pada salah satu nya. (bukhari dan muslim)


wahai org2 yg beriman,jgnlah sesuatu pihak menghina/mencemuh suatu pihak yg lain yg kemungkinan lebih baik dr mereka dan jgnlah sesetengah kaum menyatakan keaiban yg lain atau memanggil org lain dengan gelaran yg buruk.(org yg melakukan adalah fasik) dan amatlah buruk nama fasik kpd yg sesudah beriman.dab sesiapa yg tidak bertaubat mereka adalah org2 yg zalim.. al-hujurat:11


6. PENGATUR R&D MASIH TAK NAMPAK CAHAYA KEIMANANNYA (BENGIS) INI RUPA SYURGA KE NERAKA?Insyallah,Satu hari akan ku perang habis-habisan fahaman kafir ini dgn kudrat dari illahi.


soal ke syurga dan neraka adalah urusan mutlak allah swt..siapalah kita utk meramalkan seseorang ke neraka atau ke syurga.jgnlah sesekali memberati atau mencampuri urusan allah. kerana itu termasuk dlm zat zat  dan kuasa allah swt. kata nabi saw dlm hadis yg diriwayatkan oleh imam bukhari dan muslim..


memaki orang islam itu fusuq, memeranginya bererti kufur. (bukhari dan muslim) fusuq bermaksud menyeleweng dan menyimpang dari garisan.kufur bermaksud engkar.


kata nabi muhammad saw lagi, islam pada mulanya asing dan akan kembali asing ke kota madinah spt ular yg memasuki lubangnya.ia bermaksud islam pada awalnya sgt asing dan pelik sehingga kaum kafir quraisy memerangi nabi dan menentang ajaran islam.dan kemudian barulah dapat diterima.maka pada akhir zaman nanti akan kembali menjadi asing.oleh itu tidak terkejut jika org menuduh kita (jemaah pekida) sbg kafir dan akan memerangi kita kerana semuanya telah dinyatakan oleh nabi saw.usahlah kita gentar kerana allah swt akan menolong di pihak yg benar, malaikat serta beribi ribu jin islam akan membantu jihad org yg berjuang dijalan allah swt. insya allah..


wahai saudara malaysia, bertaubatlah segera,allah amat menyayangi hambanya yg bertaubat.saya difahamkan saudara juga merupakan ahli lama pekida.mungkin saudara telah terlupa tentang bai'ah dan sumpah kita dahulu.kita bersumpah dgn nama allah supaya tidak berlaku khianat. jgnlah kita mengkhianati lafaz bai'ah kita, mengkhianati saudara seperjuangan kita. ingatlah akan pesan allah :


jgnlah kamu jadikan sumpahmu utk mendapatkan keuntungan (hingga menjadi bencana) dianatara kamu.hal ini boleh menggelincirkan sebelah kakimu sendiri sesudah kamu tegak berdiri,dan nanti kamu akan tahu rasa pahitnya disebabkan kamu merintangi jalan allah swt dan nanti kamu akan mendapat azab seksa yg amat berat.. (an-nahl:94)


sesungguhnya org yg menyebarkan benih fitnah dikalangan org yg beriman itu akan disediakan azab yg pedih di dunia mahupun di akhirat kelak.allah maha mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.. (an-nur: 19)


dan kepada abang2 ku yg kukasihi dan dihormati sekelian. bersabarlah terhadap ujian ini. allah bersama sama org yg penyabar. renungilah kisah dahulu dan belajar dari sejarah, dimana rasulullah saw pernah ditentang dan diperangi sehabis habisan oleh kaum kafir yg nyata juga musuh islam, pernah dibaling najis,dihina,dikeji dan sebagainya.namun berkat kesabaran baginda akhirnya islam berjaya jua akhirnya. jadikanlah nabi muhammad saw sebagai contoh kita kerana perjuangan kita dijalan allah ini pasti berliku dan penuh dgn onak duri. ingatlah ibu segala cita2 ialah sabar. marilah kita bersama2 memantapkan peribadi kita,kekuatan jiwa,akal dan fizikal. imam ghazali  dlm kitabnya ihya ulumuddin menyatakan 4 faktor yg boleh meningkatkan kekuatan peribadi kita.guru mursyid (seperti abg mas kita yg sanggup berkorban mengajar kita ilmu2 agama), sahabat baik (spt sesama ahli jemaah pekida), cemuhan musuh (spt malaysia) dan masyarakat. jika kita hidup berjemaah dan bantu membantu ini,saya yakin insyaallah kemenangan dipihak kita kelak.


jika kamu seramai 20 orang yg berjiwa teguh,nescaya dpt mengalahkan 200 org musuh dan jika jumlah kamu itu 100,nescaya dapat mengalahkan 1000 kafir laknat.. (an-nahl: 65)


itulah janji allah terhadap kita dan allah tidak akan memungkiri janji2 Nya. mengenai cemuhan  saudara malaysia terhadap kita, biar allah saja yg menentukan krn tiada gunanya kita melayan org yg tiada ilmu, lagi tidak beradab itu. kata imam hassan basri: brgsiapa yg tidak beradab,tiadalah imunya,siapa yg tidak sabar,tiadalah agamanya,siapa yg tidak wara' tiadalah darjatnya disisi allah.. semoga artikel ini dpt memberi manfaat dan boleh diambil iktibar kepada semua terutama saya sendiri yg jahil lagi mudah terlupa ini. akhir kata,saya memohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa, atau tersalah kata, minta tolong jasa baik abg2 tunjukkan.yg baik itu dtg dari allah swt dan yg buruk itu jua dari allah swt tetapi atas kesilapan dan kesalahan saya sendiri sbg insan biasa. sekian dahulu,wallahu 'alam bis sawab.. perjuangan demi agama, bangsa dan negara kerana allah swt.. allahu akbar.. wassalamu


(penulis boii69 yg mentah ini berumur 21 tahun, masih bujang merupakan bekas pelajar smk agama maahad hamidiah, kajang. penulis juga merupakan lulusan matrikulasi undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan sekarang sedang mengikuti ijazah sarjana muda undang-undang dr. university of london di brickfields asia college) sekian terima kasih..



-- Edited by boii69 at 08:15, 2005-01-14

-- Edited by boii69 at 08:27, 2005-01-14

__________________
x kenal maka x cinta. x kasih maka x setia. dimana bumi dipijak disitu al-quran dijunjung, tepuk dada tanya lah iman...~boii69~
k


Senior

Status: Offline
Posts: 312
Date:

budak malaysia yang tulis tuhh sekarang belaja kat england ker?? ape dier ingat kat england tak de orang pekida ker??bley laa kenal ngan dier sbb aku po kat england gak ni,,, dekat jer ngan london 2

__________________
ive sworn the oath of many thing .3 things if im not mistaken.


Member

Status: Offline
Posts: 10
Date:

assalamualaikum..


eh biografi penulis tu ler, saya laa bang.. bkn budak malaysia tuh.. hehe harap maaf, diaatas salah paham tuh.. ;p



__________________
x kenal maka x cinta. x kasih maka x setia. dimana bumi dipijak disitu al-quran dijunjung, tepuk dada tanya lah iman...~boii69~


Mahaguru

Status: Offline
Posts: 1097
Date:

w`salam...///


sauadara k kita tu melalut coz dia blom tdo tu yang merapu semacam jer



__________________
[ I|I BERSATU I|I AMAN I|I SEJAGAT I|I ]


Guru

Status: Offline
Posts: 742
Date:

Abang k dah silap paham. Mana datang Englandnyer? London adalah. London tu pun cawangan Brickfields. Tergelak saya pagi-pagi ni. Takpe, kesilapan sikit je. Jgn ambik hati saya tergelak sikit ye abang-abang. Pagi2 ni serius je tak syiok lak.

__________________


Mahaguru

Status: Offline
Posts: 1097
Date:

Hiks!~ saudara zack.../// saya lapar la biler nak belanjer a.b.c lagi ni??? hang mlm esok nak pi ker??? tak pon saudara king kita tak jadi mai kajang

__________________
[ I|I BERSATU I|I AMAN I|I SEJAGAT I|I ]


Member

Status: Offline
Posts: 10
Date:

hehehe tu pasal laa.. pelik gak mana dtgnya england? ini musti kes mandi ekspress cam p.ramlee tuh. hehe



__________________
x kenal maka x cinta. x kasih maka x setia. dimana bumi dipijak disitu al-quran dijunjung, tepuk dada tanya lah iman...~boii69~


Mahaguru

Status: Offline
Posts: 1097
Date:

quote:

Originally posted by: boii69

"hehehe tu pasal laa.. pelik gak mana dtgnya england? ini musti kes mandi ekspress cam p.ramlee tuh. hehe "

saudara k kita tu bukanya mandi lagi patut la bau kambing sampai ke sini jangan marah yer k saya buat lawak tayar jer pagi2 ni lain kali baca la betol2 ni tak main tembak jer

__________________
[ I|I BERSATU I|I AMAN I|I SEJAGAT I|I ]


Senior

Status: Offline
Posts: 359
Date:

 


Assalamualaikum...


Wahh... Taniah dan Syukur ke hadrat Illahi atas ulasan dan jawapan yg diberikan oleh Saudara boii69.../// dan kepada saudara 'MALAYSIA', insaflah... saya rasa saudara˛ kita yg lain dengan tangan terbuka dan sepuluh susunan jari akan menerima saudara di R&D.Tak guna membaling batu menyorokkan tangan. "THIS IS FREE COUNTRY" dan negara demokrasi... Yg bermartabat dan BERDAULAT.



-- Edited by wartawan at 08:33, 2005-01-14

__________________
YuneP SirDunK.../// Berkhidmat Demi Agama, Bangsa dan Tanahair. I|I yunif@doa.moa.my


Veteran

Status: Offline
Posts: 53
Date:

Assalamualaikum... ///


Tahniah saudaraku boii69. Mungkin MALAYSIA ni tak yakin dengan apa yang tertulis dalam Umul Kitab Al-Quran dan dialah antara orang yang rugi. Bahawasanya Kekanda Mas adalah pengatur yang menyampaikan sejumlah ilmu kepada kita. Iaitu ilmu kehidupan serta perjuangan seorang Islam dan Alhamdulillah, saya yakin dengan penyampaian beliau kerana saya yakin dengan Islam dan kitab Al Quran.


"Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa;" (surah Al-Baqarah, ayat 2)


p/s; Wei jepun, woo... mintak zack blanja ABC tak ajak aku yee... Aku pon lapar ABC wooii!!!



__________________


Mahaguru

Status: Offline
Posts: 1097
Date:

w`salam...///


zahar.../// zack tengah masyuk tu leh dia payung kita kena A.B.C ker best gak ni zack tengah senang hati tu cakap PLAYBOY jangan mare yer saudara zack nanti cpt tua tau 



__________________
[ I|I BERSATU I|I AMAN I|I SEJAGAT I|I ]
k


Senior

Status: Offline
Posts: 312
Date:
ooo...korang..


assalamualaikum .......ade dier kate aku blom tido..tu la..mmg la..korang kat malaysia pagi aku malam..macam mana la plak..aku tengok universiti op london. ni aku ingat kat england aa..,,<<<bukan hape ghairah sgt nak buat kerja..kat malaysia tak sempat...

__________________
ive sworn the oath of many thing .3 things if im not mistaken.
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard