Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: ......NI SEBENARNYA..HAKIKAT TENTANG TSUNAMI......


Veteran

Status: Offline
Posts: 95
Date:
......NI SEBENARNYA..HAKIKAT TENTANG TSUNAMI......




S  a  l  a  m      I  f  t  i  t  a  h
"Alam yang mengurungku: Mahukah ia menghargai sebuah kehidupan
berprinsip? Yang mengukur pilihan bukan dengan kebendaan.
Memperjuangkan nilai nyawa kurniaan Tuhan"
 
Tsunami: Teladan Al-Quran Dari Kisah Nabi Nuh Alayhi As-Salaam



Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh.

Pastinya bencana Tsunami mengingatkan kita kepada peristiwa taufan
dan banjir besar di zaman Nabi Allah Nuh Alayhi as-Salaam. Dengan
jumlah kematian yang begitu besar (mencecah lebih 120,000 orang),
mungkin ia menyamai jumlah mereka yang ditenggelamkan oleh banjir di
zaman Nuh Alayhi as-Salam. Ia adalah banjir yang meliputi
keseluruhan muka bumi dan pengetahuan tentang pernahnya berlaku
banjir besar itu, diiktiraf oleh semua tamadun manusia.

Sewajarnyalah kisah di zaman Nabi Nuh Alayhi as-Salaam itu dijadikan
iktibar. Ini adalah kerana, Allah SWT mengekalkan ingatan umat
manusia kepada peristiwa di zaman Nabi Nuh itu supaya ia terus
menjadi peringatan, amaran dan pengajaran bagi sekalian umat
manusia, mukmin dan kafir. Firman Allah SWT di dalam surah al- Haaqqah
ayat
11-12:

"Sesungguhnya ketika air banjir itu melampau-lampau limpahannya,
Kami telah damparkan kamu dengan selamat di dalam bahtera (Nabi Nuh)
itu. Agar dengan itu Kami jadikan peristiwa tersebut sebagai teladan
bagi kamu. Dan untuk didengar serta diambil ingat oleh telinga orang-
orang yang mahu menerima pengajaran"

Apabila saya meneliti beberapa potongan ayat al-Quran tentang
bencana di zaman Nabi Nuh Alayhi as-Salaam, saya mendapat kefahaman
bahawa ia tidak jauh berbeza dengan bencana Tsunami 26 Disember
lepas. Cuma mungkin berbeza dari segi skala kerana Tsunami yang
Allah SWT datangkan kepada kita hanya menelan manusia yang menghuni
daratan perairan Lautan Hindi, tidak segenap pelusuk bumi.
Renungilah ayat-ayat di dalam surah Hud ayat 40 - 41 berikut:

"Dan apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka dan air
memancut-mancut dari muka bumi (faara at-tannur), Kami berfirman
kepada Nabi Nuh: Bawalah dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap
sejenis haiwan (jantan dan betina) dan bawalah ahlimu kecuali orang
yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya (disebabkan
kekufurannya), juga bawalah orang-orang beriman dan tidak ada orang-
orang yang beriman yang turut bersama-samanya, melainkan sedikit
sahaja.

Dan (ketika itu) berkatalah Nabi Nuh (kepada pengikut-pengikutnya
yang beriman): Naiklah kamu ke bahtera itu sambil berkata: Dengan
nama Allah bergerak lajunya dan berhentinya. Sesungguhnya Tuhanku
adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. "

Kemunculan banjir besar di zaman Nuh itu bermula dengan limpahan
air dari apa yang diistilahkan oleh al-Quran sebagai at-Tannur. At-
Tannur ini pada makna asalnya adalah ketuhar atau oven yang
digunakan untuk membakar roti. Ia dinamakan sedemikian rupa kerana
di dalam ketuhar tersebut api marak membakar menyala-nyala di
dalamnya.


Alangkah ganjilnya apabila kita cuba berfikir, bagaimana air keluar
melimpah dari ketuhar yang di dalamnya api menyala-nyala!
  



Sheikh Solah Abdul Fattah al-Khalidi di dalam kitabnya Al-Qasas Al-
Qurani: 'Ard Waqaa'ie' wa Tahlil Ahdaath [Darul Qalam 1419H / 1998M]
menyatakan bahawa hikmah Allah SWT di dalam hal ini amatlah besar.
Sesuatu yang diketahui umum, air berfungsi memadamkan api. Akan
tetapi jika api itu menyala-nyala di tengah air, bagaimanakah ia
boleh dipadamkan? Bagaimanakah api dan air boleh 'mesra' di dalam
ketuhar yang membakar itu?

Sesungguhnya fenomena seperti ini menggambarkan betapa miskinnya
qudrat manusia untuk memadamkan api yang menyala-nyala itu
sebagaimana mereka juga tidak mampu mengekang air yang melimpah- limpah
dari punca api tersebut. [mukasurat 191]

Saya melihat fenomena banjir dan ombak besar di zaman Nabi Nuh
Alayhi as-Salaam dan hubungkaitnya dengan 'ketuhar' itu dari satu
sudut lain yang mungkin boleh difikirkan bersama. Kita sama-sama
mengetahui bahawa ombak Tsunami ini dicetuskan oleh gempa bumi yang
berlaku di dasar Lautan Hindi berhampiran Sumatera. Gempa bumi ini
berkait rapat dengan Lingkaran Api Pasifik. Batu batan dan api yang
membara di perut bumi ini menjadikan kawasan terbabit tidak stabil
sehingga mencetuskan gelinciran benua dan jenis-jenis gempa bumi
yang lain. Dalam erti kata yang lain, seolah-oleh ombak besar
Tsunami ini datang dari ketuhar Lingkaran Api Pasifik yang saya
sebutkan sebentar tadi.

Bahkan ombak besar yang melanda bencana di zaman Nabi Allah Nuh
Alayhi as-Salaam itu juga lebih hebat dari Tsunami tempoh hari. Ia
digambarkan seperti gunung oleh Surah Hud ayat 42 - 43:


"Dan bahtera itupun bergerak laju membawa mereka dalam ombak yang
seperti gunung-ganang dan (sebelum itu) Nabi Nuh memanggil anaknya,
yang sedang berada di tempat yang terpisah daripadanya: Wahai
anakku, naiklah bersama-sama kami dan janganlah engkau tinggal
dengan orang-orang yang kafir.


Anaknya menjawab: Aku akan pergi berlindung ke sebuah gunung yang
dapat menyelamatkan aku daripada ditenggelamkan oleh air. Nabi Nuh
berkata: Hari ini tidak ada sesuatupun yang akan dapat melindungi
dari azab Allah, kecuali orang yang dikasihani olehNya dan dengan
serta-merta ombak itu pun memisahkan antara keduanya, lalu
menjadilah dia (anak yang derhaka itu) dari orang-orang yang
ditenggelamkan oleh taufan. "

Namun bagi kita hari ini, bagaimanakah sepatutnya kita mengambil
pengiktibaran daripada bencana Tsunami tempoh hari? Apakah hanya
dengan berfikir tentang usaha mengadakan sistem amaran awal semata-
mata?

Kita bernasib baik kerana Tsunami itu tidak menelan semua sekali
bahkan Malaysia mengalami keajaiban apabila angka kematiannya begitu
kecil berbanding dengan negara jiran Acheh. Allah masih mengizinkan
kita untuk bermuhasabah dan tidak membinasakan kita semua dengan
suatu bencana yang tidak hanya menimpa golongan yang zalim semata-
mata. Firman Allah SWT:

"Dan takutlah kamu kepada bencana yang tidak hanya menimpa golongan
yang zalim semata-mata dari kalangan kamu secara khusus" (Al-Anfaal:
25)

Tsunami tidak menelan Pesta Pulau Pinang di Sungai Nibong. Tsunami
tidak mengundang rebah Flat Pekeliling di Kuala Lumpur walaupun
gegarannya cukup kuat untuk mendesak penghuninya lari bertempiaran.
Tsunami ini belum seperti 'Tsunami di zaman Nuh Alayhi as-Salaam'.
 
Photograph courtesy of the Pacific Tsunami Museum in Hilo, Hawai`i

Pertamanya, terimalah hakikat bahawa bencana ini bukan 'kejadian
alam tanpa sebab'. Ia adalah amaran Allah. Ia adalah peringatan yang
maha menakutkan. Tsunami menelan Acheh yang menyaksikan penindasan
pemerintah yang membunuh jutaan penduduk yang mahukan Acheh berdiri
bebas merdeka. Bukit bukau di Acheh menjadi gunung kubur manusia
yang dibunuh kejam. Tsunami menelan Selatan Thailand yang baru
sahaja bermandi darah Muslim Tak Bai, Masjid Kerisik dan sebagainya.
Thailand itu juga menyajikan industri seks sebagai tarikan pelancong
ke Phuket dan lain-lain. Tsunami membaham warga Pulau Pinang yang
saban malam berpesta mungkar di Sungai Nibong. Tsunami juga memamah
Pulau Pinang yang menjadi sarang pengedaran dadah, sarang pelacuran,
sarang segala jenis kemungkaran dan sarang sampah!

Tsunami juga menelan Sri Langka dan India yang menjadi pentas
tradisi menyembelih umat Islam. Tsunami juga menelan Maldives yang
menjadi destinasi pelancongan pengunjung warga Barat sehinggakan
nilai Islamnya langsung tenggelam tidak kelihatan. Sesungguhnya
Tsunami menelan tanah air dan anak watan yang begitu peri lakunya.
Amat pedih untuk menyebut hakikat ini, namun kita perlu akur. Janganlah
terlalu saintifik sehingga tidak sudi memikirkan hakikat
ini. Tiada kerosakan yang berlaku di muka bumi ini kecuali dengan
asbab. Firman Allah SWT di dalam surah Ar-Rum ayat 41:

"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di
laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia;
(timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka
sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah
lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)"

Seterusnya, ingatlah kembali kepada apa yang telah saya sebutkan di
awal tadi, bahawa Allah SWT mengekalkan kisah ini di dalam ingatan
sekalian manusia, agar kita semua mengambil peringatan.

Qatadah telah menyebut sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam al-
Bukhari [Sahih al-Bukhari nombor 4869], "Allah SWT telah mengekalkan
kapal Nuh supaya ia sampai kepada pengetahuan generasi awal umat
ini".

Sebagai penutup, renungilah wasiat Nabi Nuh Alayhi as-Salaam kepada
anak-anaknya yang beriman sebelum Baginda wafat pulang kepada Allah.

Imam Ahmad dan al-Bayhaqi telah meriwayatkan daripada Abdullah
bin 'Amr bin al-'Aas Radhiyallahu 'anhuma, beliau berkata:

Suatu ketika kami sedang bersama-sama dengan Rasulullah SAW.
Kemudian datang seorang lelaki dari pedalaman yang memakai jubah
besar berwarna hijau (Seehan) dan dihiasi dengan sutera. Lalu
Rasulullah SAW berkata:

"Sesungguhnya sahabat kamu ini telah meninggalkan setiap pahlawan
berkuda anak pahlawan berkuda serta mengangkat setiap pengembala
anak pengembala! (Pakaian yang melambangkan keangkuhan pemakainya)"
Lalu Baginda SAW memegang jubah lelaki tersebut dan berkata
kepadanya "Aku melihat engkau memakai pakaian orang yang tidak
berakal!" Kemudian Rasulullah SAW berkata lagi "Sesungguhnya Nabi
Allah Nuh Alayhi as-Salaam ketika nazak menghadapi kematian, beliau
berkata kepada anaknya:

"Sesungguhnya aku mahu meninggalkan wasiat kepada kamu. Aku
perintahkan kepada kamu dua perkara dan aku tegah kamu daripada dua
perkara. Aku perintahkan kamu dengan Laa Ilaaha IllaLlaah.
Sesungguhnya jika tujuh petala langit dan bumi diletakkan di suatu
timbangan dan Laa Ilaaha IllaLlaah diletakkan di suatu timbangan
yang lain, nescaya Laa Ilaaha IllaLlaah itu lebih berat. Seandainya
tujuh petala langit dan bumi itu suatu rangkaian yang samar dan
rapuh, ia terjalin kukuh dan kemas dengan Laa Ilaaha IllaLlaah.

Aku juga memerintahkan kamu dengan Tasbih dan Takbir. Sesungguhnya
dengan demikian terhasil kesejahteraan setiap sesuatu dan dengannya
jua makhluk dikurniakan rezeki.

Aku tegah kamu dari Syirik dan Kibr (takabbur)"

Sahabat bertanya, Ya Rasulallah, sesungguhnya Syirik itu telah kami
arif mengenainya. Namun, apakah yang dimaksudkan dengan Kibr? Adakah
menjadi Kibr jika seseorang itu memakai sepasang kasut yang baik
dengan talinya yang baik?

Rasulullah SAW menjawab, "Tidak"

Kata Sahabat berkenaan, atau apakah dengan seseorang itu mempunyai
perhiasan dan beliau memakainya (lalu dianggap Kibr)?

Rasulullah SAW menjawab, "Tidak"

Kata Sahabat berkenaan lagi, atau apakah seseorang itu mempunyai
haiwan tunggangan dan beliau menunggangnya (lalu dianggap Kibr)?

Rasulullah SAW menjawab, "Tidak"

Kata Sahabat tersebut, atau adakah jika sesiapa di kalangan kami
mempunyai ramai teman dan beliau duduk bersama mereka (lalu dianggap
Kibr)?

Rasulullah SAW menjawab, "Tidak"

Lalu Sahabat tersebut bertanya, kalaulah begitu ya Rasulallah, maka
apakah sebenarnya Kibr itu?

Nabi SAW menjawab, "Al-Kibr itu ialah meremeh-temehkan kebenaran
(safah al-haq) dan menindas manusia (ghamth an-Naas)!"

[Dikeluarkan oleh Ahmad di dalam al-Musnad 2: 169, 170, 225. Dan
oleh al-Bayhaqi di dalam al-Asmaa' wa as-Sifaat: 79]

Inilah pesanan Nabi Allah Nuh Alayhi as-Salaam kepada anaknya
sebelum wafat. Dan kita ini semua adalah cucu cicitnya Baginda.
Terimalah nasihat ini sebagai peringatan.

Sesungguhnya Tauhid dan Kalimah Tauhid adalah sebesar-besar perkara
di dalam hidup ini. Menjadikan ia sebagai fokus diri, dan seterusnya
disempurnakan pula dengan Takbir membesarkan Allah dan Tasbih
mensucikanNya pada lisan dan perbuatan. Syirik yang muncul dengan
pelbagai versi di dalam kehidupan kita hari ini bersama perbuatan
angkuh, bongkak, takabbur atau Kibr itu pula hendaklah dijauhi.
Sesungguhnya Syirik dan takabbur itu telah menjadi syiar dan cara
hidup ramai manusia pada hari ini.


MAYAT-mayat mangsa kejadian gempa bumi dan ombak besar tsunami masih
bergelimpangan serta terapung-apung pada permukaan air yang
bercampur-baur dengan sampah sarap di Banda Aceh, Indonesia
semalam. - Gambar Reuters Manusia angkuh dengan Allah, orang ramai
bongkak dengan hukum hakamNya, malah masih berani berpesta di Sungai
Nibong walaupun bencana Tsunami hanya beberapa kilometer jaraknya.
Selepas teguran dibuat oleh Mufti dan orang ramai, TV3 masih tidak
segan silu meneruskan silsilah Konsert Sure Heboh yang hanya
mengukuhkan lagi hedonisma sebagai rukun kehidupan masyarakat
sekarang. Tidakkah sikap begini bermaksud memperlekehkan kebenaran?
Bukankah sikap ini yang terpilih menjadi amaran Nabi Allah Nuh yang
menyaksikan umatnya ditenggelamkan 'Tsunami'?

Apabila masyarakat kita diperingatkan oleh alim Ulama dengan
kebenaran, ramai yang gembira mempersendakan kebenaran tersebut.
Ramai yang memperlekehkan ayat-ayat Allah tanpa segan silu. Bahkan
dengan sifat jelek seperti itu, tidak hairan jika ramai pula yang
zalim, menindas sesama manusia sama ada dengan kuasa, akta, mahu pun
sikap dan tanduk di peringkat individu.


Apakah kita mahu menunggu sehingga bumi Malaysia tersenak hidung
dengan gelimpangan mayat seperti di Acheh, baru mahu tersentak dari
kelekaan semua dan selama ini? Tepuk dada tanyalah iman...

  " Apakah penduduk negeri itu merasakan aman dari bala Allah pada
waktu malam ketika mereka sedang tidur. Apakah penduduk negeri itu
merasa aman dari bala Allah pada waktu pagi sedang mereka bermain
atau bekerja. Apakah mereka merasa aman dari azab Allah(jadi mereka
boleh hidup berseronok hingga melanggar hukum Allah). Tidaklah yang
merasa aman dari azab Allah melainkan orang yang rugi." (Al-A'raaf
98-99)


__________________
SaLam ceria, SatuČnya M di R & D


Senior

Status: Offline
Posts: 347
Date:

salam,

allah itu maha esa

__________________
mohd hawarie


Senior

Status: Offline
Posts: 182
Date:

Artikel ni saya dpt sr email,


> Assalamualaikum...
>
> Maha Suci Allah yang menjadikan 7 petala langit dan
> 7 petala bumi berserta
> isi-isinya...
>
> Sesungguhnya tidaklah Allah mencipta satu-satu
> kejadian melainkan dengan
> hikmat & rahmah yang tersembunyi di sebaliknya.
>
> Dan bukanlah taraf kita untuk mempersoalkan segala
> tindakan Allah.
> Sedangkan Nabi SAW tidak tahu perancangan Allah
> (berita ghaib) apatah lagi
> kita yang jahil lagi hina ini.
>
> Namun begitu, bukanlah menjadi kesalahan untuk kita
> mencari pengajaran atas
> apa yang berlaku...
>
> 1. Suatu ketika dahulu, Allah pernah memerintahkan
> malaikat untuk
> menghancurkan sebuah kampung dan
> penduduk-penduduknya. Lantas malaikat
> bertanya "Ya Allah! Bukankah terdapat orang-orang
> yang khusyu' beribadah
> kepadaMu di dalam kampung tersebut? Apakah Kau mahu
> aku hancurkan mereka
> sekali?". Lalu Allah menjawab "Mereka khusyu' tetapi
> mereka membiarkan
> maksiat berlaku di sekeliling mereka tanpa
> sedikitpun mengerutkan kening
> tanda tidak bersetuju. Musnahkan mereka sekali"...
>
> 2. Seperti yang Prinze Adam katakan, ini adalah
> untuk menyelamatkan
> hambaNya yang taat dari fitnah manusia munafiq &
> kafir...
>
> 3. Saya diberitakan, ketika kejadian di salah sebuah
> masjid yang selamat,
> seorang imam sedang bersolat sendirian tanpa ma'mum.
> Beliau terus bersolah
> sehingga tamat tanpa menyedari apa-apa. Apabila
> keluar, imam tersebut
> mendapati segala-galanya telah musnah.
> Wallahu'alam...
>
> 4. Setiap suatu kejadian ke atas sesebuah negara,
> yang akan teruk terjejas
> ialah kepimpinan negara tersebut. Walaupun orang
> banyak yang mengalami
> kemusnahan material & jiwa, tetapi kredibili
> pemimpin akan tercemar. Selain
> itu, Allah menunjukkan ketidak setujuan (mungkin)
> dengan kepimpinan
> tersebut. Kejadian ini hanya menuntut manusia
> memikirkan kembali apa yang
> telah mereka lakukan.
>
> 5. Di ketika ini, akan jelas kelihatan kerjasama
> muslim seluruh dunia.
> Apakah kita memperjuangkan bangsa atau agama kita?
> Sejauh manakah
> keikhlasan kita. Sekuat manakah kita kita berpegang
> pada tali
> silaturRahim...
>
> 6. Allah dengan sengaja menghancurkan bumi sekitar
> tetapi membiarkan
> rumah-rumahNya terselamat. Dan lagi, ade orang yang
> bersolah melihat ombak
> terbelah 2 melepasinya sehingga selesai solahnya.
> Ini mungkin untuk
> menjawab tuduhan manusia-manusia ungka yang ragu
> terhadap kekuasaan Allah.
>
> 7. Allah tidak akan membiarkan seseorang itu mengaku
> keimanannya tanpa
> diuji. Sesungguhnya ujian Allah itu adalah tanda
> kasih Allah terhadap
> hambaNya.
>
> 8. Indonesia mengaku sebagai sebuah negara Islam.
> Malah bangga dengan
> jumlah penduduk Islam terbesar di dunia. Tetapi
> bagaimanakah corak
> pemerintahannya (termasuk juga Malaysia)? Siapakah
> Megawati Sukarnoputri?
> Siapakah Yudhiyono? Di sana terdapat banyak pusat
> pengajian tinggi Islam
> tetapi kita sedia maklum ilmu pukau & dukun santet
> dari sana lebih harum
> namanya di sini dari pusat2 yang tersebut.
>
> 9. Allah memberikan amaran kepada Sri Lanka,
> Indonesia, Thailand & teguran
> buat Malaysia & lain2 negara yang terjejas. Walaupun
> Acheh banyak terjejas,
> tidak bererti Acheh adalah kawasan paling kufur.
> Mungkin di situlah
> letaknya para mujahid & tsunami itu membersihkan
> darah para shuhada yang
> dicemar mereka yang tamakkan kuasa.
>
> 10. Kita tidak mengenali secara peribadi mereka yang
> terkorban... dan yang
> terselamat. Sebagaimana catatan palajar kita yang
> terselamat, ade kejadian
> tentera ABRI yang berpesta di makam wali Allah, ini
> mungkin balasan yang
> setimpal.
>
> Walau apapun punca & penyebabnya. sesungguhnya Allah
> berhak atas
> segala-galanya. Bukan taraf kita menilai
> perbuatanNya. Sedangkan
> mempersoalkan sunnah Nabi SAW suatu dosa yang besar,
> apatah lagi
> mempersoalkan sunnah Allah. Semoga kejadian ini
> memberi hidayah pada yang
> belum beriman, menguatkan iman yang memang telah
> sedia beriman &
> menjerumuskan yang kufur & munafiq tegar ke lembah
> kehinaan.
>
> Ini adalah pendapat secara personal...
>
> Wallahu'alam...



__________________
wann
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard