Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: kerja 0 lagi


Senior

Status: Offline
Posts: 137
Date:
kerja 0 lagi


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan
jawatan dalam perkhidmatan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan seperti berikut :






JAWATAN

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN

TARAF JAWATAN

GRED & JADUAL GAJI

A .PENOLONG AKAUNTAN
PERKIDMATAN KEWANGAN
KONTRAK

GRED W27


P1T1 967.27 - P1T26 2425.32


P2T1 1022.93 - P2T26 2574.15


P3T1 1081.01 - P3T26 2727.82



B. PEMBANTU TADBIR
PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
KONTRAK

GRED N17


P1T1 656.30 - P1T24 1721.10


P2T1 697.44 - P2T24 1817.90


P3T1 739.79 - P3T24 1918.33


 


SYARAT LANTIKAN


Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut


JAWATAN A


(i) Diploma dalam bidang Perakaunan, Pengajian Perniagaan dan Kewangan daripada Universiti Teknologi MARA atau kelayakan dalarn bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Keutamaan akan diberi kepada pemegang Diploma Perakaunan dari lnstitusi Pegajian Tinggi Awam atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. ( Gaji permulaan ialah pada Gred W27 : PI T5) ;



DAN


(iii) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


JAWATAN B


(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; ATAU


(ii) Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan ; ATAU


(iii) Sijil Perancang Bandar dan Wilayah dari Universiti Institut Teknologi MARA atau kelayakan dalarn bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N17 : PIT6); ATAU


(iv)Sijil Kejuruteraan ( dalam bidang Ukur Tanah dan Perancang Bandar dan Wilayah) dari Politeknik Ungku Omar atau kelayakan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred NI7: P1T10) DAN


(v) Lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


CARA MEMOHON
(a) Pemohonan hendaklah menggunakan Borang PMAIWPI yang boleh didapati daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Tingkat 9 Barat, Bahagian Khidmat Pengurusan, Menara Pusat Islam, Jalan Perdana 50519 Kuala Lumpur.


(b) Calon-calon yang ingin memohon borang-borang melalui pos hendaklah menghantar sampul surat berukuran 22sm X 11 sm beralamat sendiri dan bersetem 30 sen.


(c) Semua pemohonan hendaklah disertakan dengan :-


(i) Salinan Diploma/Sijil atau Salinan keputusan peperiksaan akhir bagi kelayakan yang disyaratkan,
sijil berhenti sekolah dan sijil kelahiran yang telah disahkan.


(ii) Transkip keputusan semua semester bagi calon-calon yang mendapat kelayakan ijazah dari lnstitusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan yang mengandungi C G P A. Transkip yang tidak menyatakan C G P A tidak akan diterima.


(d) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalarn sarnpul surat dan disudut atas sebelah kiri hendaklah ditulis NAMA JAWATAN YANG DIPOHON.


Permohonan yang berikut AKAN DITOLAK


(i) Tidak disertakan dokumen yang diperlukan,
(ii) Tidak lengkap atau tidal terang clan
(iii) Tidak ditandatangani.


1.UMUR PADA TARIKH TUTUP IKLAN
(a) Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun;


2. TARAF JAWATAN: Kontrak


3.ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP :


Ketua Penolong Pengarah
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan,
Tingkat 9 Barat, Bahagian Khidmat Pengurusan,
Menara Pusat Islam, Jalan Perdana,
50519 Kuala Lumpur.


SEBELUM ATAU PADA 28 JANUARI 2005.



4.CATATAN AM
1. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
2. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap pemohonan mereka tidak berjaya.



__________________
Tanamkan Azam dan semangatmu Setinggi Bintang Dilangit dan Rendahkan Hatimu Serendah Mutiara Di Laut...


Senior

Status: Offline
Posts: 161
Date:

erm../// elok minta sapa yang nak cari kerja tu.

anil
///

__________________
/// ANGAH /// Kulim ///
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard