"Sesungguhnya yg buruk tu datangnya dari diri kita dan yg baik lagi sempurna datangnya dari ALLAH SWT"
... BACA ELOK-ELOK YER. Sabda nabi s.a.w , "perkahwinan dgn mahar yg paling murah adalah yg paling diberkati ..."
Yg penting dalam perkahwinan ialah ijabkabul. Ikatan yg m'halalkan perhubungan lelaki dan perempuan.
Sumer org tahu persiapan utk kahwin bknnyer mudah, byk persiapan yg perlu di aderkan & memerlukan satu perancangan yg cukup teliti bagi dua dua blah pihak. Pasangan sekarang lebih stress memikirkan majlis drpd memikirkan mase depan dan hala tujuan hidup bersame slps nikah. ok berikut aderlah sedikit sebanyak panduan dan kos untuk persiapan majlis ini. Supaya menjadi pedoman untuk mereka yg ingin berkahwin dan yg ingin berkahwin lagi.
1. Kadi :
At least 6 mths b4 the proposed nikah date korang misti kener gi register kat jabatan, and biler korang gi register korang mistilah dah tahu asas kahwin yg akan diberikan, tarikh dan tempat nikah. Lepas register orang bolehlah book kadhi. Sorang je book....jgn dua dua gi book plak. kos kadi : RM80++
2. Kursus rumahtangger:
Kener pergi....kalau tak pergi korang takleh amek sijil nikah. Tapi when u go and collect the sijil nikah at Jabatan they never ask for the sijil kursus ... .whatever it is kanbaik kalau korang pergi attend the kursus. walaupun kiter dah terer dlm bab rumahtangger tapi ader baiknyer kalau kiter refresh balik aper yg telah kiter ketahui. kos kursus : around RM80 for the whole session (tengok tempat)
3. Book Mak Andam:
Mak Andam is one of the most important people dalam perkahwinan. Nak owang pompan.....pilih mak andam boleh makan tahun lamernyer. At least six months misti nak book...later than that u might have a problem finding one.....kalau ader pun mak andam dari Kret a Ayer Chinese Dance Troupe. Kos : RM1200 (tengok baju aper...ka lau ader baju batman atau otromen(mungkin mahal sikit)
4. Photographer:
Selalunyer mak andam akan rekomenkan photographer sekali. Kalau tak korang kenerlah carik sendiri. Sekarang owang melayu dah pandai....dah pandai amek studio, dah pandai amek outdoor.
Kos : RM800 5. Kompang / Hadrah
Unless korang nak pakai loktang takyah panggil kompang. Kalau nak panggil at least 3 mths notice. Kos :RM300
6. Dekorasi blok dan pelamin
Sekarang sudah canggih...kolong blok diorang transform jadi macam istana Taj Mahal .... kalau tak pun jadi macam lori cina mampos....letak kacang samer kuaci sudah original beb....tinggal nak campak kerander je kat tengah-tengah. Macam macam design macam macam pattern. Kos :RM1000
7. Tukang Masak and Khemah Kosi Meja
Tukang masak mesti ader beb...kalau takder camner owang nak makan? Lainlah kalau korang buat majlis kat Mac Donald's. Kos : RM7000 (tengok kepaler y! g datang)
8. Kerete
Unless korang nak gi bertandang jalan kaki takyahlah sewa kereter. (*naik basikal bleh gaks.. )Kalau nak sewa, kenerlah sewa yg special punyer...Merc ke?...Jag ke?.kira yg besau punyer kereter lah. Janganlah plak badan korang besau abih sewa Kancil ...... sampai besok pun takleh masok! Kos: RM300
9. DJ/Karaoke
Kalau majlis senyap dan sunyi je taklah meriah kan? Lazimnyer owang akan engage DJ/ Karaoke services.Ader jugak yg amek band industan, brass band. At least 6 mths mesti nak kener book. Kos :RM850 (dengan dinner sekali)
10. Berkat
Kira door gift lah. Yg biaser telur rebus owang kasi...tapi sekarang dah maju... diorang lagi kreatif...ader yg kasi tuala, sabun buku, cokelat, agar-agar, mangkok, gelas, surah Yasin, etc etc. Kos : RM3000++
11. Miscellaneous
Perkara perkara kecik owang selalu overlook...perkara perkara kecik ginilah yg selalu membuat kocek kiter tebakar. Bender bender seperti Bunga Pahar, Sireh Dara, Kek,Sabun, Roko k Rewang, Sewa kolong blok, Tuala rewang, pisau rewang, barang barang hantaran, cadar, kelambu, langsir, carpet,bill,lauk pauk pree and post majlis, plastik buat bungkusan, kad jemputan...... Kos : RM2500 ++
TOTAL ESTIMATED COST YG KORANG KENER KLUARKAN IALAH : RM17,110 Belom termasok hantaran lagi beb....korang pandai˛lah plus sendiri. Dari itu saper saper yg dah nak berkahwin.......SELAMAT PENGANTIN BARU! Untuk mereka yang bakal˛.... yang dah lepas tu, mungkin nak tahu jugak sebab musababnyer.....Zaman sekarang ni kan; hantaran makin naik harga. Maklumlah; kata dorang ikut market price. Kalau harga mas naik; naik lagi harga bakal2 bini.
Tak ikut market price nanti orang kata kedekut lah; sengkek lah; tak mampu jangan ada hati nak kahwin lah; hai...macam-macam story lagi.Biasanya yang letak harga ialah mak sebelah pompan. Bapak selalu ikutkan aje; ni semua kerja orang pompan, dorang kata. Kadang2 ada jug! ak pompan sendiri yang letak harga; lepas tu pakat dengan mak. Mengikut survey; sekarang paling minimum RM6000. Hantaran RM5000; RM4000 masih ada jugak;tapi dah boleh kira pakai jari tangan je. Yang ada hantaran kira okay lah; tapi ada serba satunya lagi.
Kat sini aku ada beberapa sebab kenapa sekarang hantaran makin mahal.Hah... korang bacalah :- Sebab
1. Anak pompan sorang 2. Anak pompan sekolah tinggi 20 tingkat 3. Anak pompan paling jambu dalam family 4. Anak pompan kerja high post 5. Anak pompan biasa pakai barang branded 6. Anak pompan yang tastenya ... berkajang-kajang kalau disenaraikan 7. Kakak belum kahwin; jadi kena kasi double untuk belanja kakaknya sekaligus 8. Anak pompan yang rasa dirinya ....lengkap segala-gala 9. Bapak pompan towkay kayu balak; mak pulak bekas eksekutif
10. Anak pompan tu pun jenis ek ... semacam jer
Selalunya jawapan yang diberi oleh pihak lelaki kalau hantaran melampau sangat (ni dorang bebual antara family lelak i je):-
1. "Eh! Nak meniaga anak ke pe?"Kadang tu mak bapak ok jer sianak lak lebih-lebih
2. "Kalau pandai masak ke jahit ke; satu hal jugak. Ni asik pandai mekap je."
3. "Camni bilang dorang simpan anak tu dalam store buat perhiasan."
4. "Kalau lawa macam Karishma Kapoor tu takpe jugak. Ni idung pesek macam kena lengnyek je."
5. "Apa dorang ingat kita sedara Bill Gates ke?" 6. "Lupakan sudah budak pompan tu. Nanti mak carik kan yang lebih power dari Catherine Zeta-Jones eh?"
Kata2 dari sebelah pompan yang lelaki ingin sangat nak dengar :-
1. "Ikut suka hatilah. Berapa yang lelaki kasi; kita ambik je. Member tak cerewet."
2. "Takpelah. Kalau tak boleh adakan sekarang; kahwin dulu. Lepas tu bayar pelan-pelan cara instalment."
3. "Jangan bimbang. Korang cuma adakan hantaran je. Duit majlis semua kita sponsor."
4. "Pasal sekarang ni musim great sale sana sini; jadi kita ada staff discount. Korang cuma ka! si 10% je."
5. "Berapa korang nak kasi, kasilah. Nak ambik free pun takpe. Anak pompan kita ramai lagi."
6. "Apakata kalau korang ambik kakaknya sekali. Tapi hantaran tetap sama. Kira 2 for the price of 1 ler. Risaulah kakaknya tak kahwin-kahwin."
Kalau kena pulak family lelaki yang loaded makan tak abis punya;jawapannya :-
1. "Okay setuju. Kita up lagi RM10,000. Nothing much ler."
2. "Ehh sikit nah! Camni tak nak lah. Tak sama standard dengan kita punya expectation ler."
3. "Ni hantaran kira Rupiah ke Sing dollars? Kita cuma simpan American dollars je."
4. "Kita tak kasi pakai cash ler. Korang pilih nak AMEX ke; Diners ke; boleh kata semua credit card kita ada lah." 5. "Sebagai hadiah upacara masuk minang ni;kita ada siapkan kereta Lambhorgini. Tu anak bujang kita tengah parking kat bawah tu."
Haa...tu lah beberapa kerenah orang melayu kita ni. Jadi untuk pasangan2 yang nak kawi n tu; bincang betul2 antara korang dengan family dalam hal ni. Mak pompan tu pun kalau nak letak harga;berpatutanlah dengan kemampuan pihak lelaki. Kalau tak berdengek lelaki tu nak adakan hantaran mahal2.
Hati dah suka punya pasal; semua boleh aje. Cukup time badan cengkung-mengkung tak larat nak naik pelamin pasal kerja tiga empat macam untuk kumpul duit. Ada pulak tu..yg terpaksa amik personal loan..bank rakyat...bank Islam...atau guna kredit card..lepas kawin ..kepala lagi sewel, dok pikir nak bayar hutang , loan rumah, loan kereta, loan komputer, 'loan bini', ..tak tercapai lah maksud perkahwinan yg sepatutnya semakin memudahkan kehidupan..dah terbalik..jadi semakin susah. Entahlah....dunia...dunia...
Semoga kita tak jadi begitu "Dan berilah kepada wanita yang kamu kahwini itu mahar sebagai satu pemberian wajib, tetapi jika! mereka berikan kepada kamu sebahagian daripadanya dengan kerelaan mereka, maka bolehlah kamu memakainya dengan senang hati." (An-Nisa: 4) "Adakanlah walimah (kenduri kahwin)walaupun dengan seekor kambing".
Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim ini jelas menggambarkan betapa Rasulullah s.a.w sangat menggalakkan agar diadakan majlis walimah.
Rasulullah s.a.w bersabda yang mafhumnya: "Sesungguhnya wanita yang terbaik ialah yang paling ringan (mudah) mas kahwinnya." (Riwayat Ahmad) "Perkahwinan yang paling berkat ialah perkahwinan yang paling ringan (mudah) maharnya." (Riwayat Ahmad) Berdasarkan kepada firman Allah! S.W.T dan sabda Rasullulah s.a.w itu, jelas kepada kita bahawa mas kahwin atau mahar hendaklah sederhanaan berdasarkan kemampuan khususnya untuk pihak lelaki. Sesungguhnya Islam tidak mengajar umatnya untuk menyusah dan memberatkan satu sama lain.
Prinsip ajaran Islam itu mudah dan sederhana. Wang hantaran bukanlah sesuatu yang wajib diberikan kepada pengantin perempuan tetapi ianya dibenarkan di dalam Islam sebagai bantuan kewangan untuk majlis perkahwinan dengan syarat selagi tidak melampau. mas kahwin merupakan satu pemberian wajib daripada seorang suami kepada isterinya. Malahan isteri dibenarkan menolak permintaan suami pada malam pertama sekiranya bayaran mas kahwin masih belum diberikan. Pemberian wajib diletakkan dalam jumlah yang terlalu sedikit sedangkan pemberian yang harus diletakkan dalam jumlah yang tinggi. Wang hantaran inilah yang menjadi masalah kepada kaum lelaki sekarang untuk berkahwin. Masyarakat seolah-olah berlumba untuk meletakkan hantaran paling tinggi kepada anak gadis mereka. Sikap sebegini dilarang oleh agama Islam.
p/s : citer bab kawin ni...aku tak nikah˛ lagi.../// hehehe.
__________________
YuneP SirDunK...///
Berkhidmat Demi Agama, Bangsa dan Tanahair. I|I
yunif@doa.moa.my
Bagui baguih.pedoman untuk anak adik yang nak melangkah jauh.
....tapi apa punya bahasa yang hang guna ni...Krong kreng..kluk klak......Krong kreng..kluk klak....naik berbinau mata aku ni.naik letih aku dok mengeja ayat tu balik....guna lah ayat yang senang aku paham...
tapi apa pun thx for the fact and tips.buleh guna untuk yang akan datang...Hee..hee..hee...
tak sangka jugak kan .. kira kira balik kos semua hampir 17 ribu lebih .. tapi ni rasa majlis yg besar punya .. kalo sederhana tak sampai .. 10 ribu leh lepas kot hehe .. fuh bajet majlis ..
quote: Originally posted by: wartawan "Salam... bro zerofill ...bukan taknak kawin...nak tapi tulah...susah nak kata ler... bro jepun...dan kawin ker....??? hehehe bro spade_30 hehehe...sory ler ayat rojak..tapi tu ler ayat harian...dah boring ler tulis artikel ikut law nih...poning kopalo...hehehe... harap kalian semua dapat mengambil iktibar...dari artikel tu...yg putri...jedikan lah ia sebagai gurauan... **jangan mara ek** from : funny boy = wartawan "
saya kawin dah abg wartawan.../// tapi nikah pon dah sama la kita yer abg wartawan...///
Erm...bro wartawan...thank for the fact. Banyak butul. Tu yang buat aku masih fobia nak kahwin. Banyak songeh. Tapi insyaallah dua-dua adik lelaki (powervalve) ngan perempuan aku bakal naik pelamin hujung tahun ni. Insyaallah. Abangnya? Entah...2 tahun lagi kot. Nak bayar bulan-bulan kat R&D Event management sewa peralatan. Cukup 2 tahun bayar sikit2, bolehlah jalan. Hehehehe. Boleh ye kanda Mas.
Jepun...hang betui ke dah kahwin? Tak baik bohong sunat no. Tunggu ada ikatan sah dan akad dulu baru boleh kata dah kawin. Haaaaa....