“Tiada siapa yang telah memasuki syurga akan mahu pulang ke dunia, walaupun jika ianya diberi segala apa yang dikandungi dunia; kecuali yang syahid, dia akan asyikmengharapkan dapat pulang ke dunia dan disyahidkan 10 kali lagi ‘fi sabilillah’ disebabkan penghormatan yang diberi sebagai balasan syahidnya.” [Bukhari dan Muslim]
“Akan datang segolongan manusia pada hari kiamat di mana iman mereka adalah iman yang dahsyat, cahaya mereka memancar disekeliling mereka. Dikatakan oleh para malaikat pada mereka: ‘Khabar gembira buat kalian pada hari ini. Salam sejahtera ke atas kalian. Masuklah ke dalam syurga selama-lamanya’. Para malaikat dan para nabi merasa gembira kerana kecintaan Allah ke atas mereka.
Para sahabat bertanya: ‘Siapakah mereka itu wahai Rasullullah?’. Dijawab: ‘Mereka bukan dari kita. Kalian adalah sahabat-sahabatku. Mereka adalah kecintaanku. Mereka akan datang selepas kalian, yang pada saat itu, mereka dapati Al-Quran telah diabaikan dan As-Sunnah ditinggalkan. Namun mereka kemudian mempelajarinya dan mengajarkannya. Mereka dikepung oleh berbagai siksaan dari setiap tempat dan penjuru lebih dari apa yang menimpa kalian. Iman salah seorang dari mereka sebanding dengan 40 orang dari kalian. Dan syahid seorang dari mereka sebanding dengan 40 syahid dari kalian,
sebab kalian mendapat dukungan dalam mempertahankan kebenaran. Mereka dikepung oleh berbagai kezaliman dari berbagai penjuru. Mereka berada di Baitul Maqdis. Ya Allah, tolonglah mereka, jadikanlah mereka sebagai pengikut-pengikut (teman-temanku) di Al-Haudh (telaga nabi di syurga) [HR Thabrani]
“Apabila telah bermaharajalela (muncul) dalam diri kalian dua kemabukkan : mabuk kebodohan dan mabuk kecintaan terhadap kehidupan, maka saat itulah kalian tidak memerintah kepada ma’aruf dan mencegah kemungkaran. Pada waktu itu orang yang terus berpegang dengan Kitabullah baik secara sembunyi mahupun terang-terang adalah setara dengan para pendahulu dari Muhajirin dan Anshar” [HR Na’im bin Hammad dari Ibnu Wadhah]
“Orang yang terus berpegang pada agama dan sunnahku di zaman yang penuh dengan kemungkaran bagaikan orang yang menggenggam bara api. Siapa saja yang melaksanakan sunnahku pada saat demikian itu pahalanya senilai 50 orang dari kalian (sahabat)” [HR Ibnu Wadhah dari Abu Tha’labah al-Khusyaini]
BERJUANG! SEMOGA KITA ADALAH TERMASUK DI DALAM GOLONGAN YANG DIMAKSUDKAN.
BENARLAH SEPERTI YANG DINDA UTARAKAN... TAHNIAH KERANA MENGUTARAKAN ARTIKEL YANG BAIK. INI LAH JUGA STATEMENT RASULULLAH DALAM KUTBAH WIDAK BAGINDA SEBELUM WAFAT DI HADAPAN 150 RIBU UMMAT YANG SEDIH MENDAPAT BERITA KEMUNGKINAN DI TINGGALKAN BAGINDA...
Sunnah berulang... Sejarah berulang... peristiwa yang diceritakan di dalam alkitab berulang... dan akan terus berulang.
Jika 4 kitab terdahulu boleh tenggelam timbul... satu generasi memahami, satu generasi lain melupakan dan jahil... Perlaksanaan Islam sebentar berjaya... kemudian jatuh semula...
Itu adalah ketentuan allah, yang maha berilmu, maha berkuasa, yang mahu manusia melihat kebesarannya yang diturunkan melalui alkitab. Jika di fahami dan dilaksana alkitab itu, ia akan membangun. Jika di lupakan sistem dan strategi alkitab itu, ia akan jatuh. Dan jangan harap untuk bangkit semula jika tidak mahu menggunakan semula sistem alkitab yang sama... walau sebijak mana pun kita, sehebat mana pun kita, sekaya mana pun kita (seperti firaun, Qoruun, Abu jahal)... tetap akan musnah...
Nah ambil lah iktibar... 700 tahun islam dibangkitkan, 700 tahun akan menurun, ia berulang-ulang dari satu generasi hingga ke generasi lain. Ukur lah kedudukan kita sekarang... tahun hijrah ke berapakah kita sekarang...?
PERLU KAH ANDA RAGU LAGI.
-- Edited by pekida at 16:57, 2005-01-15
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
tengkiu bro ucuk hehe.. sama2 lah kita berselawat keatas nabi besar junjungan kita, nabi muhammad SAW, allahumma solli a'laa saidina muhammad, wa a'la ali saidina muhammad..
__________________
x kenal maka x cinta. x kasih maka x setia. dimana bumi dipijak disitu al-quran dijunjung, tepuk dada tanya lah iman...~boii69~
Tersentuh saya membaca topis yang di hantar oleh saudara ucuk ini...terima kasih broo ucuk...
Apa jua rintangan dan halangan kita berjihad untuk menegakkan agama Islam, Bangsa Dan Tanah Air diharap kita tempuhi bersama-sama dalam satu jemaah yang teratur dan tersusun...
Surah 61. Ash Shaff ayat:4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh...
Untuk pengetahuan kita semua, saudara Ucuk juga adalah 'komputer bergerak' dikalangan adik-beradik yang tiada pengalaman IT. Tahniah dinda .. itu juga adalah sebahagian daripada 'Jihad' ... teruskan usaha murnimu.
wassalam
__________________
"SALAM KASIH SAYANG DAN IKATAN MESRA PERJUANGAN" -
salam mesra semua... lahai... tiada apa yang perlu dipuji... kerana.... cuma ucuk panjangkan sahaja sebab rasa ianya macam berguna untuk dikongsi.....bukan semata ucuk carik buat analisis ..then post... Ucuk tak sampai tahap tuh lagi..... toksah lah puji lambung atas perkara yang tak sepatutnya... sat gi timbui plak "SAKIT" lain...kan ke naya ja... hehehe...