Aceh 26 Dis 2004,kronologi secebis pengalaman Syafarini antara 18 pelajar Malaysia yg terselamat. Dengan lafaz Bismillahi tawakaltu alaLah yang menjadikan sebahagian peristiwa di Aceh untuk menjadi pengalamanku. Pagi itu tenang,sunyi,ye lah pagi hari minggu.Tak ada aktiviti kuliah pada pagi-pagi cuti.Selalu nya lepas solat subuh pelajar˛ biasa nya membaca Alquran,berwirid,mentelaah kitab˛,menyiapkan tesis sambil duduk depan pc laptop,mencuci pakaian dan mengemas rumah. Pagi itu sibuk mengemas pakaian,membersihkan bilik rumah pelajar di Kompleks Ruzi,Jln Tengku Diblang,Banda Aceh kedudukan nya lebih kurang 3 hingga 4 km daripada persisiran pantai. Sambil asyik melipat pakaian dan mendengar lagu drp laptop kawan,lagu nya pulak lagu "Balik Kampung" dendangan Allahyarham Sudirman,cukup menyentuh hati hai lama tak balik kampung,terasa la rindu nak balik.Hari raya baru ni pun memang tak balik kampung. Rindu benar nak main dengan anak-anak saudara,Syairah,Syafiqah,Zikry,Hareez,Syahmi,Zufayri,terhibur dan terkenang satu persatu wajah-wajah dan kenakalan deme tu. Tapi apakan daya tuntutan menuntut ilmu mengatasi segala-galanya demi memenuhi cita-cita yang tersemat di lubuk hati. Lebih kurang jam 7 am lebih atau dekat˛jam 8 pagi keadaan sekeliling terasa berayun-ayun,terbuai-buai.Kitab-kitab dan buku-buku nota jatuh daripada rak.,dibetulkan kembali..lalu jatuh balik. Eh kenapa ni,apa yang tak kena ni? pening ke ni? atau... .? Haa ye lah gempa bumi ni.,memang ada kawan pernah bagi tahu yang Aceh biasa dilanda gempa bumi 2,3 thn lepas.tapi kini aku merasakannya sendiri la. Kedengaran kat luar rumah org hiruk pikuk bunyi suara kawan kawan bertempik,gempa bumi,..gempa bumi..keluarr..keluar dari rumah... !! Masa tu hanya terlintas nak capai passport,hp dan tudung kepala.lari keluar dan duduk di luar rumah.Tanah terus bergoyang-goyang,bukan setakat bergegar kecik anak tapi betul-betul bergoyang goyang kiri dan kanan sama macam naik buaian besi ditolak orang waktu tu. Pening kepala tak stabil tak tahu nak cakap la. Tak dapat nak berdiri langsung waktu tu.,yang boleh hanya duduk mencangkung. Nampak jelas ada tanah yang terbukak,merekah luas,ternganga macam nak telan si anak derhaka je gaya nya. Cukup kalut,cemas dan panik sungguh tak pernah rasa sebelum ni. Bekalan letrik terputus,talian handphone tidak berfungsi sama sekali. Gerak bumi bergempa terus menerus lebih kurang hingga 20 minit,fikiran tak menentu waktu tu.,rasa macam mimpi pun ada. Perasaan terkejut menyelubungi hati,betul ke gempa bumi ni? Bila gerak gempa bumi mulai reda seketika,aku masuk balik rumah,kemaskan balik almari dan peralatan rumah yang dah jatuh jatuh.Dalam pada masa dok asyik kemas balik buku buku dan almari tu,dengar lagi sekali jeritan orang ramai kat luar tu..air naik..air naik..,air naik..! lari cepat..keluar..keluar dari rumahhh!! Tersirap darah dan tergamam dengar tempikan orang kat luar tu,terus je capai 1 beg kecil yang dalamnya passport,sedikit duit rupiah dengan tangan yang terketar-ketar akibat panik dan terkejut yang luar biasa benar tu. Rupa nya aku dah ditinggalkan oleh kawan-kawan yang lain,rupa nya aku yang terakhir sekali keluar dari rumah tu.,langsung tak nampak kawan-kawan se-kampus,se negara.hilang lesap entah ke mana mereka tu.sampai hati tinggalkan aku sorang diri-detik hati kecil ni.sayu sebak kejap masa tu. Terus lari ikut arah penduduk kampung tu lari,nampak mereka menuju ke masjid.! Ya Masjid Jamek Al-Unshiah yang dikenali dengan sebutan masjid seribu tiang tu. Dalam masa yang sama jeritan amaran dan suara-suara menyuruh kami lekas berlari yang keluar drp mulut pak polisi jelas di gegendang telinga ni.Merasa la juga kena jerkah dan hamun drp sorang pegawai polisi tu.."goblok kamu..!kenapa lambat sangat berlari?? mahu mati yaa..! tak nampak air bah besar tu??!!-dia juga dalam keadaan termengah mengah mencukupkan langkah seribu nya. Sesampai je kat masjid tu,memang orang kat situ dah beratus-ratus bilangan nya,keadaan cukup sesak berhimpit-himpit.Semua muka-muka tak kenal,rasa terasing sangat.Air mata ku dah mula mengalir,hiba sesangat.Mana la kawan kawan dan orang yang aku kenal... Nampak satu kawasan ruang bawah tangga,terus je duduk kat situ ambil tempat berlindung.,gempa terus datang balik.lagi sekali kepala pening dan macam nak kena migrain pun ada. Seingat waktu tu dekat pukul 9 pagi. Masa tu harapan dan kekuatan berdoa kepada Allah terasa berlainan sangat drp hari hari biasa.Tak ada apa lagi ayat2 bacaan doa,hanya semacam Allah bersaksi di depan ku.,aku bersaksi kepada Nya. Datang kekuatan berdoa.."Ya Allah tolonglah tunjukkan pada hamba dengan orang yang ku kenali kat sini.."-Terpancang satu sumber kekuatan yang entah dari mana sumber nya dalam doa itu. Tak semena-mena kaki terasa nak cuba naik ke atas ruang masjid,rupa2 nya kat situlah dapat berjumpa dengan sekelompok kawan-kawan perempuan ku serumah dan pelajar pelajar satu negara. Semua wajah wajah muram,sedih,terkujat,terkejut, terlopong. yang gelak tawar2 pun ada datang menerjah pada ku.,sambil berpeluk menenangkan antara satu sama lain yang jelas masing-masing tak reti nak berkata apa apa.Tapi yang pasti hampir semua kawan2 ku menangis. Ruang masjid cukup sesak sampai aku tak ada ruang nak duduk.hanya berdiri je sambil menangis senyap-senyap. Bunyi tangisan,teriakan,ratapan kat dalam masjidi dah macam pesta sapa yang paling kuat je laku nya.Satu persatu suara terdengar "ratus dah tewas,ratus2 dah mati.dah jadi korban air naik pak"". Bunyi air bah menyapu bumi Aceh seperti bunyi guruh.,se iring dengan bunyi suara sayup2 mintak tolong,bunyi suara kanak2 panggil ibu mereka.,suara wanita dan lelaki tua makin lama makin tak dengar lagi dah.Orang lain waktu tu tak ada dah ingat dan sempat nak tengok orang lain lagi..semua nya nafsi nafsi. Gambaran kiamat betul-betul depan biji mataku.! Kiamat dah start ke ni?? Takut bukan kepalang.kecut bukan main.Nampak ada yang terkincit bincit dalam masjid,bauan hancing pun ada,rupa nya ada yang terkecing dalam seluar sebab ketakutan tahap maksimum menerpa. Dicelah suasana kelam kabut dan hiruk pikuk tu,ada seorang ustaz atau pak imam masjid tu mula memegang mikrofon dan memasang pembesar suara yang bekalan elektrik nya dijana daripada sumber generator,mententeramkan orang ramai,minta semua bertenang..ingat pada Allah Ta'ala.sejurus lepas tu pak imam mula.. mengalunkan zikir kalimah ..Lailah haillaLah... Lailah haillaLah... Lailah haillaLah... Lailah haillaLah... ..Allahuakbar.. Allahuakbar.. Allahuakbar.. AstaghafirulLahala'zim... AstaghafirulLahala'zim... AstaghafirulLahala'zim... ..SubhanalLah... SubhanalLah... SubhanalLah... Dan bermacam-macam bunyi munajat yang terhambur keluar drp para penduduk yang lari berlindung kat masjid jamek Al-Unshiah tu tak henti-henti,..kadang-kadang kuat..kemudian perlahan..diselangi dengan suara sayu mendayu yang cukup menusuk kalbu sesiapa sahaja yang ada di situ.Tetiba je rasa masa tu nak bertaubat nasuha terpa kat hati ni.""Ya Allah hamba ni banyak lalai dan dosa,ampunilah diri ini Ya Allah,sesungguh nya Engkau Tuhan yang Maha menerima ampun.Ampuni lah hamba yang lemah dan tak terdaya ini.Siapa lah hamba di sisi Mu." Terdetik masa tu aku nak isikan zikir lataif yang aku terima baiah drp murshid kat surau Jerlun yg abgLie bawakkan aku dulu. Jarang isi dan amalkan sebab sibuk dengan tugasan dan kerja-kerja metelaah di samping ibadah rutin yang lain. Masa tu sedang asyik dalam kewaridan nur zikirullah latifatul qalbi 5000 tu,terlintas semacam nak hantar mesej kat abgLie kat Malaysia.ni kalau abgLie dapat tangkap perkabaran cara ruhani drp adik dia ni,elok juga ni.tak lah deme risau kat sana.Kurang-kurang pun dapat keluarga kat sana mendoakan keselamatanku kat sini Ingat masa tu pukul 10 pagi lebih. Dalam pada doa dan orang ramai berzikir tu, bumi terus bergerak gempa,mata orang-orang dalam masjid tu tertumpu satu haa ye..kat kubah masjid tu.Kalau la jatuh ke bawah, memang mati terbunuh serta merta la jawab nya menhenyakkan tubuh2 manusia yang ada di antara nya sedang cedera parah di bawa masuk akibat terpelanting ditolak air masa bah datang menerjah kampong tadi.serba salah dibuat nya aku..nak keluar masjid air bah laut laju melanggar,nak duduk dalam masjid,kubah nya pulak macam nak goyang dan runtuh je.aku lari keluar di satu kawasan lapang di sudut yang tak dilanda air bah bagi menenangkan perasaan. Dengan tak semena-mena nampak segerombolan manusia yang lari drp satu arah lagi menuju ke arah kami di masjid,melompat pagar masjid mencari tempat perlindungan.masa tu aku berlari sama untuk masuk ke dalam masjid balik.,waktu dalam berhimpit2 masuk ke ruang pintu utama masjid berkriuk-kriuk bunyi tulang manusia patah masa berebut2 tu.sempat aku capai tangan seorang kawan ku yang jatuh masa berebut masuk tu,nasib baik dia tak jadi mangsa dipijak oleh ratusan kaki2 manusia yang cemas dan panik itu. Kaki kanan ni dan terasa perit akibat dilanggar oleh seorang penduduk tempatan,masa tu betul2 kena keraskan semangat,memang kena ada sikit perasaan nafsi-nafsi,kalau tidak memang nahas menimpa bagi yang lembik dan patah hati pada waktu tu. Tengahari-mula lapar,kawan-kawan lelaki mula mencari bekalan air untuk kami minum,keadaan kami pelajar perempuan memang lemah sangat,sebab terkejut dan tak menjamah apa-apa makanan dari pagi tadi. Pelajar lelaki keluar setelah air bah mulai surut.Pekedai dan peniaga dah tidak lagi berurus niaga barang2 runcit mereka,semua nya dah bersedekah membantu mangsa-mangsa bencana pada hari itu. Dapatlah kami beberapa botol air mineral,sedikit biskut kering dan beberapa bungkusan maggi makan kering untuk alas perut buat bekalkan tenaga balik. Datang seorang perempuan tua kepada ku mintak sekerat maggi kering kata nya nak dibagikan kepada anak nya yang kelaparan,dengan titisan air mata ku hulurkan sebahagian nya walaupun kita sendiri lapar... tak sampai hati kecilku... Mayat-mayat manusia dan binatang berselerakan,darah-darah sana sini,ada yang putus tangan,ada yang bebola mata nya tersembul,ku terpandang juga mayat seorang kakak usia nya,di mana rambut panjang nya tersangkut pada pagar rumah dan tak sempat lari mati di situ juga dilanggar air bah tsunami,tubuh tertusuk kayu dan atap-atap zink.Jasad˛ manusia leper bawah runtuhan˛ batu bangunan. Terhidu bauan darah yang hanyir,tak pernah ku hidu pun sebelum ini. Pada mula nya memang seram dan ngeri nak toleh pun,tapi lama kelamaan ku gagahkan tengok juga. Bermalam di satu kawasan lapang berbumbungkan langit beralaskan plastik,memang tak dapat nak lelap sepicing pun,kawan-kawan sebelah ada yang dah mengigau,tak dapat nak tidur,perasaan libang libu sebab gegaran masih selang seli datang menggempa. Hari ke 2 keadaan sedikit kurang cemas,dah boleh balik rumah. Keadaan rumah memang mengejutkan.palitan tanda air bah terlihat nampak melepasi kayu gelegar bumbung rumah.almari tonggang terbalik,cermin meja tercampak keluar,Cuma satu keadaan yang agak aneh.Al-quran yang biasa aku baca selepas solat terapung-apung atas tilam tanpa basah walau sikit pun.! Maha suci Allah yang memelihara mukjizat Rasul Nya.! Terngiang-ngiang kat telinga drp penduduk setempat selepas kejadian bencana tu yang baru melanda semalam.,bahawa ada sekumpulan tentera Indonesia yang berpengkalan di sekitar Banda Aceh yang buat konsert berhampiran makam seorang waliyullah Syeikh Al-Unshiah (kalau tak silap saya),kumpulan itu ditegur oleh seorang pakkiyai di situ,tetapi dibalasi dengan ugutan muncung pistol oleh salah seorang drp mereka yang sedang bergembira di situ. Lalu pak kiyai itu memberi amaran,hati hatilah kalian semua,tunggulah tidak lama lagi.Entahlah.tak berani saya nak buat apa-apa persepsi. Syukurlah semua pelajar Malaysia dilindungi Allah dan terselamat dalam kejadian yang maha dahsyat pada kami dan rupa-rupa nya terjadi juga oleh sebahagian penduduk di negara-negara lain.,kami tak menjangka kan sebegitu.sangka kami di Aceh sahaja. Seorang pelajar lelaki yang saya panggil Own,.(Sharul Anwar Idris-drp Kedah)menceritakan dan mengadu yang dia pagi tu memang tak sedap hati langsung.serba serbi tak kena.malam tu buat tahajud tak kena,bertadarus tak kena,telaah kitab rasa tak selesa.memang luar biasa sungguh malam tadi,"dah nak mati aku ni kut"... -kata nya seorang diri pada masa tu. Tak sangka tanda-tanda itu merupakan isyarat awal mereka bakal berhadapan dengan peristiwa bencana yang tak di duga itu. Kami kumpulan pelajar Malaysia mula berlepas ke Medan pada hari Rabu.,menaiki pesawat TUDM C130-Hercules. Daripada masjid Al-Unshiah,berdekatan Institut Agama Islam Negeri(IAIN)-Banda Aceh,kami menaiki pikap kecil yang digunakan sama untuk membawa mayat-mayat untuk menuju ke Lapangan Terbang Iskandar Muda Aceh.Terasa duduk di bandar zombie.Habis baju jubah ku melekat bauan mayat. Terasa sayu dan sebak sungguh tak terkata sewaktu kami meninggalkan Banda Aceh. Terasa ingin sama sama turut tinggal merasai penderitaan penduduk2 di situ.Mata insan mana yang sanggup menatap tubuh bayi yang comel,se comel anak anak saudara ku yang sedang rancak bermain,..kini kaku dengan keadaan tubuh yang ada di antara nya luka dan cacat anggota jenazah nya,terbayang imbasan anak-anak kakak dan abang ku di kepala. Tampak wajah-wajah memohon simpati drp kami.Apa daya kami... Antara mereka ada yang tahu kami rakyat Malaysia,tentu saja akan pulang bersama sama keluarga tercinta,bebas drp belenggu derita yang sedang mereka tanggung itu,bertapa bertuah nya kami. Mungkin itu yang sedang mereka ngomelkan di sudut sanubari mereka. Di Medan kami ditempatkan di pejabat konsulat Malaysia. Selamat tinggal tanah Aceh dan penduduk nya yang pernah aku kenali,menjadi jiran-jiran ku setahun yang lalu. Selamat tinggal tempat ku menuntut ilmu Allah ini,ustaz ustaz ku,pensyarah2 ku,kawan-kawan warga Aceh yang pernah ku kenal,mungkin ada yang dah kembali menemui Ilahi dalam bencana ini.Di sinilah tempat aku memahami cabaran jalan fi sabililah,erti jihad yang sebenar.Aceh,memberi aku seribu pelajaran,sejuta makna guru kepada ku. Mungkin daku akan kembali ke sini,entah kan bila... Salam rindu tanah Aceh... Masuhaila Amir Technical Assistant FCM Multimedia University 03 83125784 013 2045591
-- Edited by BaYWalK at 12:08, 2005-01-15
__________________
~~~Aku Adalah Pejuang Fisabilillah Di Bumi Allah~~~
Ngeri dan meremang bila baca. Terbayang bagaimana panik dan tertekannnya keadaan. Rasa keinsafan timbul tiba-tiba. Jadikanlah renungan dan tauladan.....