Kalau jasad kita boleh di serang oleh nyamuk Aedes yang membawa kuman virus yang boleh membunuh. Maka jangan lupa bahawa Baiah kita, semangat jihad dalam jiwa kita, Lembaga atau kemuafakatan dalam oragnisasi kita, juga boleh di bunuh oleh serangan YANG SAMA dari manusia yang membawa fungsi nyamuk dalam perjuangan ini.
APA KERJA NYAMUK...???
Kerja Nyamuk tidak lain hanya - MEMBUAT BISING KE TELINGA MANUSIA (membisik-bisikkan kejahatan ke dada manusia - Waswisufisudurinnas) , menghisap darah (menyedut, meraih hasil kerja mujahid dalam bentuk wang ringgit dan harta untuk kepentingan peribadi, menyedut semangat mujahid) dan menabur kuman ke tubuh manusia yang boleh membuatkan manusia sakit atau terbunuh (mencipta, membawa dan menabur benih penyakit hati yang ada dalam diri berupa fitnah, tohmahan, hasutan sahingga membunuh keyakinan jihad serta muafakat di kalangan mujahid.
Itulah petualang musuh dalam selimut yang sedang kita hadapi... Mr Malaysia/Panglima Nayan/Orang^10 (yang sebenarnya orang yang sama). Cuma sebentar ia jadi nyamuk tiruk, sebentar jadi Aedes, Sebentar Nyamuk Tahi (yang besar).
Firman Allah dalam surah alBaqorah : (QS. 2:26)
Sesungguhnya Allah tiada segan membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih rendah dari itu. Adapun orang-orang yang beriman, maka mereka yakin bahwa perumpamaan itu benar dari Rabb mereka, tetapi mereka yang kafir mengatakan: "Apakah maksud Allah menjadikan ini untuk perumpamaan?". Dengan perumpamaan itu banyak orang yang disesatkan oleh Allah, dan dengan perumpamaan itu (pula) banyak orang yang diberinya petunjuk. Dan tidak ada yang disesatkan Allah kecuali orang-orang yang fasik.
Pelajaran dari perumpamaan...
Kenali fungsi dan kejahatan nyamuk.
Elakkan diri dari membawa fungsi jahat itu.
Yakini perumpamaan ini sebagai satu petunjuk dalam perjuangan. Jangan ragu ragu.
Kerana anda engkar dengan petunjuk itu, anda menyiksa dan menzalimi diri sendiri (fasiq).
Semuga anda dapat pelajaran dan dapat membetulkan semula pendirian.
SODAQOLLAH AL-AZIIM...
SODAQORASULULLAH...
-- Edited by pekida at 02:32, 2005-01-16
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
Perumpamaan yang amat menarik daripada kanda Mas. Renung2kanlah. Jangan ada antara kita yang digigit nyamuk Aedes lak. Kena pasang ubat nyamuk (pendinding diri) banyak2. Baru tak singgap demam denggi.
quote: Originally posted by: noc graffin "* SODAQOLLAH AL-AZIIM.* * SODAQORASULULLAH * kebenaran ayat-ayat Al-quran itu urus setia R&D -- Edited by noc graffin at 18:59, 2005-01-15"
MARDHATILLAH...
__________________
:.KaR3n.: "aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH"
hiiiiiiiiiiiii .................... sedap dengar ngan pedih gak perumpamaan abg mas tu. hehheeeeee sapa makan cabai dia terasa pedas laaaaaaaaaaa abg mas. nak tanya gak kat adik beradik yg lain tu ada yg terasa ka.........................hahahahhaaaaaaaaaaaaaa............
pesanan saya kepada adik beradik yg semua elakkan buat benda2 yg tak berfaedah. berfikirlah semasak-masaknya sblm melakukan sesuatu perkara.
Ye la....kan dah kena 'sumpah' jadi nyamuk Aedes. Kalau kena 'sumpah' jadi peti ais ke, tv plasma 34 inci ke okay jugak. Ni jadi nyamuk. Tengah sedap-sedap terngiang2 kat telinga orang, kalau kena halau je takpe, sekali kena tampar, kan dah penyek. Hehehehe.
tiada siapa akan memahami aku,melainkan mereka ialah aku,orang yang paling dipercayai ialah aku tiada selain melainkan aku. sesungguhnya aku adalah aku bukan kamu.andai engkau menjadi aku engkau akan mengerti...
hurmm...memang bagus pendapat dan pandangan abg mas ni...saya x sangka plak..ada jugak nyamuk cmnie...apsal x di bagitau je siapa gerangan dia tu..saya nak kenai gak...