Tolonglah ambil masa 2 minit untuk membaca ini....kalau lebih dua minit tu bukan membaca la tu..tapi mengeja...
Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...
Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata dan membawa mesingun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik,
"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu" Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:
"Ok Pak Imam, saya dah halau semua yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....
Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda fikirkanlah...
" Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman... "
" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."
"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja..tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."
"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit didalam al Quran"
"Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"
Lawak kan??? Kenapa gelak tu kan realiti.. tapi yg paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain... berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca? berapa banyak????
Wallahualam..
-Salam Dr Dinda Nurul-
-- Edited by nurul at 16:04, 2005-01-17
__________________
tiada siapa akan memahami aku,melainkan mereka ialah aku,orang yang paling dipercayai ialah aku tiada selain melainkan aku. sesungguhnya aku adalah aku bukan kamu.andai engkau menjadi aku engkau akan mengerti...
Cik Nurul, bagi saya artikel yang Cik Nurul postkan itu bukannya lawak, tapi satu artikel yang membuatkan kita berfikir dan bermotivasi. Kesimpulannya dari artikel tersebut pada saya, jemaah yang tidak berganjak seincipun kerana Allah merupakan pejuang-pejuang fisabilillah yang semangat dan keberanian seperti itu amat diperlukan dalam perjuangan kita.
Cuba kita ubah, mengatakan orang-orang berpakaian hitam tersebut benar-benar akan menembak hingga mati sesiapa yang tidak berganjak. Sudah tentu jemaah yang ditembak mati itu akan mati syahid dan balasannya syurga, sedangkan jemaah yang lari itu penakut dan munafik orangnya.
Insyaallah, jika saya dikalangan jemaah tersebut, saya berdoa pada Allah agar ditetapkan hati dan minda saya agar saya terus berdiri tegak kerana Allah walaupun badan saya hancur dimamah senjata M16, M23 mahupun AK47. Insyaallah.
Ini bukan lawak bagi saya Cik Nurul, tapi adalah sindiran yang amat sinis bagi mereka yang takut untuk berjihad di jalan Allah. Jauh sungguh kita kalo nak dibandingkan dengan umat semasa kehidupan Rasulullah dulu. Mereka amat mengharapkan mati syahid.... kita ni masih tak tau lagi? berani ke tak berani? mahu ke tak mahu? "Tepuk dada tanya IMAN"
__________________
Innallah Ha Maassobirin - Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.......
assalamualikum, duhai dinda nurul.. semayang jemaat tak leh di terus kan kalau tinggal 21 orang jemaah jer yang...., tu kena buat sembahyang dzohor ihikk ihikk... agak agak dinda nurul laa berapa orang baru leh buat semayang jemaat hik hik hik
yang 20 lagi tue datang nya dari member2 yang bawak senapang tue laaa...ekau kono saiko skit dah melatah...cubo ekau tinjau kat luar masjid tue...ado laie 20 org sedang ambil air sembahyang...
apabila dua lelaki itu pun ikut keluar meninggalkan jemaah... apa la agaknya maksud dia buat begitu...? ke mana lak lelaki itu nak pergi...? nak amik sembahyang ke?... nak gi ligan si munafik ker??... atau dia pun munafik jugak ker...? cakap tak serupa bikin.
"Ok Pak Imam, saya dah halausemua yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....
By the way... its very good article dinda... ni yg buat kanda bangga dan bersyukur ni... tambah berisi dan berilmu forum ni. Mencerna minda... penuh keharmonian.
We are proud of u... Dinda Nurul.
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
bagaimana kiranya 20 org yang tinggai tuh...sebab mmg depa dah tak larat lari sebab tua.....atau dah panik dek ketakutan yang amat sangat...siap terkencing-kencing...atau memang depa mai semayang pun dengan dipapah.
bagaimana kiranya jikalau di antara 980 jemaah yang lari itu, bukannya lari meninggalkan masjid tersebut....tetapi lari keluar dan seterusnya melakukan serang hendap (menggunakan strategi kafirun sms perang Uhud...)....
Daripada mati tanpa melawan...
"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah kamu mati melainkan setelah kamu (benar-benar) berserah diri." (cilok dari tulisan Kanda Mas... mekasih Kanda..)
Sekurang-kurangnya, jikalau 980 org itu melakukan serang hendap, bukan teruk lagi dah...bahkan lunyai kedua mamat bertopeng itu tadi.....
sekilaih ikan di ayaq.... tak tentu lagi jantan ka betina ka khunsa ka.....
jangan nilai hati dari rupa yang tak ensem ...
iman dan jihad.... hanya Allah yang mampu menilai....
Menarik artikel tu,menunjukkan bagaimana sifat sebenar kebanyakkan manusia hari ini...
tetapi....Cuba kita ubah, mengatakan orang-orang berpakaian hitam tersebut benar-benar akan menembak hingga mati sesiapa yang tidak berganjak. Sudah tentu jemaah yang ditembak mati itu akan mati syahid dan balasannya syurga, sedangkan jemaah yang lari itu penakut dan munafik orangnya...
Kalau kak nurul.. lari tak? tau tak diorang tu nak tembak ke tak?kalau bawa senjata,selalunya? Apa niat 2 orang tu orang lain tau tak? apa dia buat lepas suruh imam tu teruskan solat Jumaat tu? dia semayang sekali ke dia keluar gi amik pisang ke dia amik air semayang ke dia tembak orang yang lari ke apa apa je la ... camana tu ? boleh terima ?
-maaf andaikata ada dikalangan merasakan reply message saya berupa sindiran dll ...
Am...saya baca reply hang, saya jadi penin. Tak tau la pening sebab banyak keroje kat opis ni ke, atau memang pening sikit nak paham ayat tanya ni...
Kalau kak nurul.. lari tak? tau tak diorang tu nak tembak ke tak?kalau bawa senjata,selalunya? Apa niat 2 orang tu orang lain tau tak? apa dia buat lepas suruh imam tu teruskan solat Jumaat tu? dia semayang sekali ke dia keluar gi amik pisang ke dia amik air semayang ke dia tembak orang yang lari ke apa apa je la ... camana tu ? boleh terima