Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Anggota Yang Paling Merbahaya


Senior

Status: Offline
Posts: 182
Date:
Anggota Yang Paling Merbahaya


Mulut dan lidah dengan fungsinya sebagai alat pertuturan adalah antara anggota yang liar dan merbahaya. Jika tidak dikawal dengan sewajarnya, ia boleh mendatangkan fitnah, permusuhan dan kecelakaan. Hakikat ini telah pun disedari oleh ahli-ahli bijak pandai zaman nenek-moyang kita. Mereka memperkatakannya dalam bentuk bahasa yang indah. Antaranya:



• "Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa".
Antara madah ulama pula ialah:

• "Peliharalah lidahmu, kerana lidah itu menempah kebinasaan dirimu".(Ibnu al-Mubarak).

• "Jangan gunakan lidahmu untuk berbicara tentang apa yang boleh mematah- kan gigimu". (Imam ufyan al-Tsauri).

Abu Sufyan bin 'Abdullah al-Saqafi telah bertanya kepada Rasulullah saw, "Apakah anggota manusia yang paling merbahaya?". Rasulullah menunjukkan lidah baginda dan bersabda, "Inilah". Mulut dan lidah itu menjadi begitu merbahaya apabila disalahgunakan. Penggunaannya yang betul akan mendatangkan kebajikan dan kebahagiaan duniawi dan ukhrawi. Penggunaan yang betul dan dituntut ialah untuk:

• berzikir,

• membaca al-Quran,

• menyampaikan ilmu, nasihat dan dakwah,

• berdoa, berkomunikasi dengan Allah dan manusia untuk menyampaikan hasrat dan atau memohon hajat yang diredai Allah, yang diharuskan oleh syar'i .
Penggunaan lidah (pertuturan) yang ditegah ialah:

• berdusta, sama ada secara sungguh-sungguhan atau pun main-main (gurauan),

• berjanji untuk tidak ditunaikan (berdusta untuk menipu). Rasulullah saw bersabda:
"Ada tiga perkara yang sesiapa terlibat dengan salah satu daripadanya, maka dia adalah munafiq, walaupun dia mengamalkan puasa dan sembahyang, iaitu, apabila bercakap dia berdusta, apa berjanji dia mungkir dan apabila diamanhkan dia khianati"

• mengumapat, mempfitnahkan orang, mengan*****, menghasut atau menjadi batu api, mencerca, memaki-hamun dan sebagainya). Rasulullah saw bersabda: "Jauhilah kamu daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih jahat daripada berzina. Penzina, apabila bertaubat, mungkin diampuni Allah, tetapi pengumpat tidak diampuni oleh Allah sehingga dia diampuni oleh orang yang diumpatnya".

• mencacatkan cakap orang dan membenarkan cakap sendiri (mirak) serta berbantahan (jidal). Rasulullah saw bersabda: "Tidak sempurna iman seorang hamba Allah sehingga dia meninggalkan tindakan mencacatkan cakap orang dan berbantahan, walaupun dia benar".

• memuji diri. Allah Taala berfirman: "Maka jangan kamu mengatakan diri kamu suci (memuji diri). Dia (Allah) maha mengetahui tentang orang yang bertaqwa". (al-Najm : 32)

• mengutuk dan memaki makhluk.

• mendoakan kejahatan (keburukan) untuk manusia, walau manusia itu zalim.

• mengeluarkan kata-kata kotor, kesat, lucah, lucu, sindiran dan gurau-senda dengan tujuan menghina dan memalukan seseorang.
Menurut Imam al-Ghazali, semua tindakan lisan yang tersebut di atas adalah dikategorikan sebagai "kata-kata haram". Di samping itu, banyak menuturkan "kata-kata harus" yang tidak berfaedah (perbualan yang sia-sia) ditegah juga. Kerana, apabila banyak berbicara, berborak umpamanya, selalunya lidah tergelincir lalu menuturkan kata-kata yang haram itu. Kalau tidak demikian pun, banyak berkata-kata itu sekurang-kurangnya merugikan masa. Mengikut ulama, panjang cakap akan memanjangkan hisab di akhirat kelak.

Malik bin Dinar bermadah, "Apabila engkau dapati rasa degil bersarang di hatimu, terasa daif beribadat dan sukar mendapat razeki, maka ketahuilah, semuanya itu disebabkan oleh ucapan lidahmu mengenai perkara yang tidak mendatangkan manfaat kepadamu".

Di samping menempah dosa, penyalahgunaan lidah juga menjejaskan amal kebajikan dan mempengaruhi anggota-anggota lain untuk melakukan dosa. Abu Sa'id al-Khudri meriwayatkan: Setiap pagi segala anggota manusia berpesan kepada lidah: "Engkau hendaklah selalu menjalankan perananmu dengan betul, mengikut perintah Allah. Jika engkau betul, maka betullah kami. Jika engkau bengkok, maka turut bengkoklah kami".



__________________
wann


Senior

Status: Offline
Posts: 182
Date:
Perut


UNTUK memantapkan kekuatan taqwa, segala anggota jasmaniah dan rohaniah hendaklah dipelihara dengan sebaik-baiknya. Pemeliharaan yang lebih rapi dan teliti harus ditumpukan kepada anggota perut. Perut dikatakakan sebagai markas, pusat gerakan segala anggota manusia, lahiriah dan batiniah. Apabila perut berada dalam keadaan kawalan yang baik, maka baiklah kegiatan segala anggota yang lain, lalu suburlah kewarakan dan ketaqwaan seseorang kepada Allah s.w.t.

Sebaliknya, apabila perut tidak terkawal, maka turut tidak terkawallah segala anggota, lalu maraklah api hawa nafsu yang mendorong seseorang melakukan kejahatan/kemungkaran.
Oleh sebab itu, dalam pemelihraan perut, hendaklah dipastikan perut itu tidak terisi dengan makanan atau minuman yang termasuk dalam tiga keadaan berikut:

{ haram (diharamkan secara mutlak oleh syarak);

{ halal (diperolehi dengan cara atau daripada sumber haram);

{ halal (diambil secara berlebihan).



Keseluruhannya, berkenaan dengan tegahan agama dalam hal makan dan minum, telah diketahui umum. Terdapat banyak ayat al-Quran dan al-Hadis menjelaskannya. Justeru, di sini hanya hendak disentuh tentang akibat buruk daripada pengambilan makanan / minuman yang haram atau yang halal tetapi menjadi haram kerana diperolehi dengan cara yang haram, iaitu selain daripada kesan buruk dalam aspek kesihatan.

Sekurang-kurangnya ada tiga kecelakaan akan menimpa orang yang melanggar tegahan dalam hal pengambilan makanan atau miuman yang haram atau halal yang menjadi haram itu:
Pertama, di akhirat kelak akan diseksa di dalam neraka, sebagaimana firman Allah Taala yang mafhumnya:

Sesungguhnya mereka yang makan harta anak yatim secara zalim, samalah dengan mereka mengisikan perut mereka dengan api dan mereka akan masuk ke dalam neraka sa'ir (api yang bernyala-nyala). (al-Nisa` : 10).
Raulullah s.a.w pula bersabda, bermaksud:
Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api neraka lebih layak dengannya.

Kedua, ditolak amalan dan tidak diberi taufik dalam mengerjakan ibadat. Kerana, orang yang layak beribadat kepada Allah hanyalah orang yang suci rohani dan jasmaninya.

Ketiga, terdinding atau terhalang daripada kerja kebajikan (hirman). Orang yang mendapat kecelakaan hirman akan menjadi malas atau tidak tergerak hati dan anggotanya untuk mengerjakan amal ibadat.

Berhubung dengan tabiat mengisi perut dengan makanan / minum yang halal dengan cara berlebihan pula, menurut Imam al-Ghazali, akan membawa banyak akibat buruk. Antaranya:
w Qalbu menjadi keras (babil dan degil) dan nurnya terpadam; Mengurangkan daya kecerdasan otak, kepintaran, kefahaman atau ingatan; Mengurangkan kualiti dan kuantiti kerja ibadat. Apabila makan banyak, badan menjadi berat, mata pun mengantuk dan leseulah segala anggota. Lalu tiada suatu apa pun lagi yang hendak dilakukan, melainkan tidur; Menghilangkan kemanisan beribadat. Kepuasan yang tidak terperi daripada kerja ibadat itu tidak dapat dirasakan;
Membimbangkan hati, menyibukkan fikiran dan membanyakkan kegiatan anggota dalam usaha mengumpul dan menyediakan makanan / minuman yang banyak dan lazat. Kemudian, sibuk pula dengan urusan selepas makan dan minum. Sibuk menjaga kesihatan atau menjalani rawatan apabila diserang penyakit; Akan mengurangkan ganjaran pahala di akhirat. Sesungguhnya, dengan menikmati habis-habisan kelazatan nikmat dunia, maka nikmat akhirat akan menjadi berkurangan, kecuali orang yang dikurniakan oleh Allah Taala dengan keadaan yang istimewa; Di akhirat kelak akan ditahan dalam perbicaraan di depan Allah dan banyak perkara yang akan dihisabkan. Seterusnya akan dicerca kerana melanggar adab (mengambil makanan secara berlebihan menurut kehendak hawa nafsu). Sesungguhnya, yang halal di dunia ini akan dihisabkan di akhirat, yang haram sudah pasti diazabkan. Bermadah ulamak, "Jauhilah kamu daripada berlebihan (makan, minum atau bercakap), kerana hisabnya berpanjangan";
Mencetuskan fitnah dan merangsangkan anggota badan menjadi agrasif, bertindak melulu, menempah kecelakaan. Orang yang kekenyangan itu menjadi bengis. Mata, telinga dan lidahnya ingin melihat, mendengar dan menuturkan sesuatu yang haram atau yang sia-sia. Nafsu seksnya pula menuntut agar diberi kepuasan tanpa batas, tanpa mengira haram atau halal. Akan tetapi, jika seseorang itu dalam keadaan lapar atau tidak terlalu kenyang, segala anggota menjadi tenang dan tenteram.

Berkata Iman al-Ghazali, segala perbuatan dan perkataan seseorang itu akan mengikut apa yang diisi ke dalam perutnya. Jika disi yang haram, maka keluarlah perbuatan dan perkataan yang haram. Jika disi secara berlebihan, maka keluarlah perbuatan dan perkataan yang berlebihan juga.
Pendek kata, kandungan perut itu bagaikan benih kepada perbuatan dan perkataan, dan segala perbuatan dan perkataan itu tumbuh daripada benih itulah.



__________________
wann
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard