SURAH-SURAH PILIHAN DAN KELEBIHANNYA Kelebihan Surah Al-Baqarah
Surah Al-Baqarah merupakan surah kedua di dalam Al-Quran selepas surah Al-Fatihah. Surah ini dinamakan "Fusthaatul Quran" (puncak Al-Quran kerana ia mengandungi beberapa hokum yang tidak disebutkan di dalam surah-surah lain.
Ayat 255 di dalam Surah Al-Baqarah ini dikenali sebagai Ayat Kursi. Ia digelar sebagai penghulu dari segala ayat di dalam Al-Quran, dan pahalanya menyamai pahala membaca satu perempat Al-Quran. Setiap huruf di dalam ayat tersebut diberikan 1000 keberkatan dan juga mendapat 1000 rahmat. Terbaik dibaca selepas setiap solat, dan insya-Allah akan dimasukkan ke dalam syurga. Juga boleh dijadikan ayat pendinding daripada segala anasir yang tidak baik, terutamanya sebelm tidur.
Dari Abu Umamah R.A. berkata bahawa beliau mendengar sabda Rasululah S.A.W. yang bermaksud: " Barangsiapa membaca Ayat Kursi sesudah solat fardu maka tidaklah ada yang akan menghalanginya daripada memasuki syurga, hanya menanti saat dia meninggal dunia sahaja."
Mafhum hadis Rasulullah S.A.W. yang lain tentang ayat di dalam Surah Al-Baqarah: "Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah Al-Baqarah pada malam harinya, nescaya kedua-dua ayat itu akan memeliharanya dari bencana." (Riwayat Abu Daud)
DOA PILIHAN MINGGU INI: Memohon kesabaran dan keteguhan
"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih, Ya Tuhan Kami, berilah kesabaran atas diri kami, dan kukuhkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap orang-orang yang kafir."
quote: Originally posted by: Ranger " tidak guna juga jika kiter membaca tanpa mengetahui maksod nyeee... so fahamkan lah maksod setiap doa yg kita baca... amin..."