Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: betul ke? apa pandangan anda


Senior

Status: Offline
Posts: 156
Date:
betul ke? apa pandangan anda


COLOMBO: Pusat Pengajian Islam di ibu kota Sri Lanka berkata, tsunami
yang melanda negara itu dan beberapa negara Asia lain pada 26 Disember
lalu adalah satu bentuk hukuman kerana manusia tidak menghiraukan
larangan Allah.
Pengurus pusat itu, Mohamed Faizen, berkata nama Allah terpampang dan
terbukti melalui gambar satelit yang diambil selepas tsunami menyerang
pantai barat Sri Lanka berhampiran bandar Kalutara dan ketika ia surut.
"Ia jelas ejaan nama Allah dalam bahasa Arab," kata Faizeen yang
merujuk kepada bentuk ombak itu - menyerupai huruf E besar dilengkapi
dengan pusaran yang kelihatan menggabungkan skrip Arab menunjukkan nama
Allah.
Gambar itu diambil oleh satelit DigitalGlobe Quickbird pada 26
Disember lalu jam 10.20 pagi waktu tempatan, sejurus selepas tsunami
menyerang. Ia dapat dilihat menerusi laman web
http://globalsecurity.org/eye/andaman-sri-lanka.htm
<http://globalsecurity.org/eye/andaman-sri-lanka.htm> .
"Allah mempamerkan nama-Nya. Dia menghantar tsunami sebagai hukuman.
Bencana ini datang kerana manusia mengingkari larangan-Nya," kata
Faizeen.
Dia mengaitkan tsunami dengan banjir besar ketika zaman Nabi Nuh
sebagai hukuman kepada manusia enggan menurut perintah.
Faizeen, berkata seorang pelancong asing di perkampungan Ulva di
pantai timur Sri Lanka bermimpi tiga malam berturut-turut mengenai
ombak besar yang akan melanda.
"Dia memberi amaran kepada penduduk kampung tetapi diketawakan. Dia
meninggalkan Ulva pada pagi Ahad, 15 minit sebelum tsunami memusnahkan
kampung itu," katanya.
Faizeen menambah, dia turut melawat penduduk Islam Ulva, berhampiran
bandar besar Batticaloa dan mendapati sebuah madrasah tidak terjejas
ketika 400 rumah di sekitarnya musnah sama sekali.
Kawasan pantai di banyak negara Asia yang dilanda ombak maut itu
termasuk Indonesia, menjadi tempat tumpuan warga Barat dan pengunjung
Islam.
Maksiat seperti pelacuran dan amalan meminum minuman keras
berleluasa, katanya.
"Allah menurunkan hukuman ringan seperti kerugian perniagaan. Jika
tidak mengendahkan amaran itu, Dia akan menurunkan hukuman lebih besar
iaitu kehilangan nyawa," katanya. - AFP/Berita Harian Malaysia.





__________________
Am


Senior

Status: Offline
Posts: 337
Date:

Assalamualaikum abg wan.


Pada sudut pandangan saya ... hal ini memang benar seperti di atas kerana =


Ada rumah papan di tepian pantai,ada juga rumah batu.           Namun dari sudut fakta antara logik dan tidak logik cuba kita kaji... kenapa rumah batu itu hancur,lenyap,sedangkan rumah papan itu masih kukuh berdiri,cuma kotor atau sedikit sahaja bahagian yang rosak...



NAMUN ...


Siapa kita untuk menentukannya...setiap kejadian pasti ada hikmah disebaliknya ...


Wallahuallam...Allahuakhbar....


 



__________________
http://pics-53.hi5.com/userpics/3/9144153.img.medium.jpg *********************** http://www.team-soviet.h10.ru/serp.gif


Senior

Status: Offline
Posts: 156
Date:

tq am...


sama2 kita renungkan



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard