Adalah dimaklumkan, seorang saudara kita dari Simpang Tiga Tmn Permata, saudara Hairy atau Along telah mengalami kemalangan di Jalan Ampang berdekatan Victoria Station pada pagi Hari Raya Aidiladha. Beliau menaiki motorsikal Yamaha 350 LC telah melanggar sebuah teksi. Alhamdulillah beliau hanya cedera sahaja dan dirawat di unit rawatan pesakit luar HKL.
Menurut cerita, Along dalam perjalanan pulang daripada Keramat. Tiba di persimpangan 3 traffic light berdekatan Victoria Station, sebuah teksi telah membuat satu pusingan haram menyebabkan Along tidak dapat memberhentikan motorsikal beliau lantas merempuh teksi tersebut. Kekuatan rempuhan tersebut menyebabkan pintu teksi tersebut kemek dan cermin tingkap pecah berderai. Motorsikal LC Along dikhabarkan teruk juga. Setelah teksi tersebut menghantar Along ke HKL, teksi tersebut terus berlalu.
Diharap sesiapa yang ada terserempak atau mengetahui pemilik teksi bernombor HWB 2084 berwarna merah putih, menghubungi Along di talian 012-2624518. Ini adalah bagi memudahkan tuntutan insuran dan siasatan polis.
bukan ke kalau taxi boleh adu dekat LPPK??? yg ade no bebas tol and sms disetiap belakang taxi dan lori.. saya pon penah alaminya kat greenwood dulu. kat simpang busy tapi takde traffic light..
No LPKP tu mcm takde je..Call pun robot yg jawab..Nak buat aper?Sms pulak tak pernah ader respon.Tindakan yg diambil hasil aduan orang ramai pun ntah ada ntah takde
no LPKP tu mmg la robot yg jawab..pastu nanti dia tanya.. aduan yg camaner... dia ade jenis2 aduan.. then nanti dia sambungkan ke operator... kirakan macam nak top up prepaid la... kene tekan 1..utk tau baki..tekan 2..nak top up...
saya pernah buat sekali...kes lori bayk siang hari masa balik raya baru2 ni...
kene cuba byk kali..biasalah... talian free...mestilah byk karenahnnya...
Tu yang payah tu. Tapi terima kasih la pada abang-abang yang cuba membantu. Along tu mengharap sangat la. Kesian saya tengok dia. Motor pun dah tak serupa motor dah.
InsyaAllah akan saya bisikČkan kepada setiap telinga kekawan 'callmen' di sekitar ibukota.InsyaAllah.../// tapi kalau dah jumpa teksi tu sila bisikČkan juga ke telinga adik beradik yg lain yek...TQ.
__________________
YuneP SirDunK...///
Berkhidmat Demi Agama, Bangsa dan Tanahair. I|I
yunif@doa.moa.my
Dia mai simpang tiga tmn permata. Rumah dia kat taman rekreasi sri gombak yang keluar edisi siasat dulu tu...dekat ngan masjid. Naik bukit sampai hujung, ada kedai tomyam tersorok..pastu ada kedai gunting. Rumah dia dekat2 area situ la.Ada bendera malaysia kat tingkat atas.
uiks...kt tmn seri gombak?? kat atas bukit ke? mcm kenal je hairy tu...saya pernah lalu dpn umah dia..ternampak motot dia ada 'tanda' adik beradik kita...cuma saya x berkesempatan nak tegur lagi...insyaallah...nanti saya tegur dia...
Motor EX5 yer? Sebab Yamaha RD dia tak ada 'signal'. Kalau lalu singgah la, sebut nama Nyzam. Boleh minum2. Ajak dia ke Kajang. Saya tak kesempatan lagi nak pelawa beliau.
ps: Elie, adik dia lawa tau. Tapi saya 'chup' dulu. Hehehe.
ha...yup..kt motor ex5 dia tu...ada ternampak..hajat nak tegur gak..tp x sempat lg..insyaallah..saya pi tegur dia nnti...dia jarang lepak kt seri gombak..
ooh..adik dia..yg slalu bawak kereta kancil tu yer...wah..hang dh chup dulu ka? hurm..xpa xpa...hehhehee
huh..nanti aku bali..aku pi jumpa dia...duk dekat je ngan umah aku..tp xpernah bertegur sapa... hihih..kau dh chup dulu..aku undur diri lah...xkan nk berebut gak..hehehe...uiks..aku x hensem...mandai2 je ko yer..hehhee....
Untuk makluman, detail berkenaan teksi tersebut telah diperolehi daripada adik-beradik kita sendiri yang memaklumkan pada Along alamat dan pemilik teksi tersebut. Terima kasih.
Saya akan dapatkan detail adik-beradik yang membantu itu daripada Along untuk ucapan terima kasih.