KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) menjelaskan remaja yang ditahan kerana melakukan kesalahan trafik di sini Rabu lalu tidak pernah menggunakan kad keahlian pertubuhan itu untuk mendapatkan simpati daripada pihak berkuasa.
Pengerusi Pekida Daerah Kepong, Talib Osman, berkata sebenarnya anggota polis yang menjumpai kad berkenaan ketika pemeriksaan di dalam dompetnya.
“Saya sudah mendapatkan penjelasan daripada remaja itu berhubung kejadian berkenaan dan mendapati dia tidak melakukan perkara seperti dilaporkan akhbar semalam.
“Pekida adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terbabit dalam usaha membimbing generasi muda ke arah nilai murni, bukan kegiatan tidak berfaedah seperti lumba haram.
“Kad keahlian akan diberikan kepada anggota dan ia tentunya sama sekali tidak boleh digunakan sebagai ‘lesen’ untuk melakukan sesuatu yang bercanggah dengan undang-undang,” katanya yang datang ke Balai Berita, di sini, semalam.
Hadir sama, Pengerusi Pekida Selangor merangkap Penolong Setiausaha Pekida Malaysia, Hassan Mohamad, Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan, Mazni Abdul Ghani, Pengerusi Pekida Daerah Bukit Bintang, Roslan Dahaman dan Bendahari Pekida Daerah Kepong, Rashidi Ishak dan remaja itu.
Talib mengulas laporan Metro Ahad semalam yang menyiarkan kenyataan Ketua Unit Khas Cegah Lumba Haram Balai Polis Trafik Jalan Bandar, Cif Inspektor Nor Hizam Bahaman menyatakan remaja itu ditahan di Jalan Ipoh pada malam kejadian.
Beliau mendakwa remaja itu yang menunggang motosikal dengan aksi liar bersama teman wanitanya dikatakan segera menunjukkan kad keahlian Pekida itu kepada polis yang menahannya.
Menurut Talib, berdasarkan penjelasan remaja itu, kejadian berlaku ketika dia bersama tiga lagi rakan, termasuk teman wanita makan di sebuah kedai di Jalan Ipoh kira-kira jam 12.30 tengah malam.
“Ketika dalam perjalanan pulang, dia dan teman wanitanya dihampiri 10 anggota polis yang meminta kad pengenalan dan lesen memandu sebelum menahan mereka atas tuduhan terbabit dalam lumba haram.
“Remaja itu tidak pernah menunjukkan kad keahlian Pekida kepada polis, sebaliknya setiba di balai, kad itu ditemui anggota polis yang memeriksa dompetnya,” katanya.
Talib berkata, Pekida amat menitik beratkan usaha membasmi gejala sosial, termasuk lumba haram.
“Jika kami dapati ada anggota yang terbabit dalam kegiatan itu, tindakan tatatertib boleh diambil berdasarkan peraturan pertubuhan,” katanya.
Beliau berkata, remaja itu juga terkejut kerana didakwa menjadi buruan polis sejak setahun lalu sedangkan baru menggunakan motosikal RXZ terpakai berkenaan sejak empat bulan lalu.
p/s : Alhamdulillah, dengan penjelasan ini harap dapat membaiki nama PEKIDA. Ini semua kerja orang yang ingin memburukkan nama PEKIDA!.
__________________
Innallah Ha Maassobirin - Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.......
masing-masing silap.takde sape yang betul...yang pegi merempit tu wat pe??banyak lagi keje pekdah...pengarang akhbar(sume tahu..takkan 100% betul)nak sedapkan cite..kepada sedara-sedara saya yang merempit tuh...jgn laa bwat bende haram lagik..toksah laa..berlumbe haram..kalau eksiden.sape susah..mereka dan keluarga mereka..kesian kan..anak melayu..isk...
Salam kanda˛ dan saudara˛ sekelian...Saya amat bersetuju dengan cadangan bro saf one tu...para editor akhbar berkenaan perlu membuat pembetulan dan meminta maaf secara terbuka kepada pertubuhan kerana ianya melibatkan isu sensitif...ini adalah salah dalam etika kewartawanan.
hehehe...saya pun tulis berita jugak...tapi berita untuk jabatan dan kementerian kerajaan sahaja tiada kene mengena dengan akhbar harian.
-- Edited by wartawan at 14:16, 2005-01-24
__________________
YuneP SirDunK...///
Berkhidmat Demi Agama, Bangsa dan Tanahair. I|I
yunif@doa.moa.my
Biasa la bro saf one...bagi setiap wartawan surat kabar nih...kat kepala diorang mesti ada cerita mau panas, tulis biar bakar...kalau tak kene bambu ngan editor beb...siksa...tentang artikel ni saya tak salahkan wartawan dia...kita perlu salahkan editor dia...sebab dalam proses percetakan org yg last sekali sebelum cetak ialah editor...hehehe ... berat beb jadi editor nih...
__________________
YuneP SirDunK...///
Berkhidmat Demi Agama, Bangsa dan Tanahair. I|I
yunif@doa.moa.my
quote: Originally posted by: wartawan "Assalamualaikum.../// Alamak...saya ni wartawan kerajaan jer...tgk media pass tu kaler hijau beb...kalau yg swasta punya kaler biru...beza tu... Bro ungkuomar ...hehehe rasanya tak penah jumpak nih...bila nak beramas mesra...senang˛ buang lah 30 sen tu antar sms...016-3928615...hehehe"
Ahaks/// memang kita blum lagi jumper, lor kalo dah pakai Digi tu SMS 1 sen jer Yunif, nanti saya save dalam 6 Friends! ungkuomar punyer no : 016-3248002
nasib baik bukan ko yang tulis tau! kalo tak dah tentu ramai yang cari! takleh terlepas beb! ahaks
__________________
Innallah Ha Maassobirin - Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.......
quote: Originally posted by: zerofill "saudara ungkuomar.. kalau wartawan yang buat kita korban kan je dia ekek.. korban kat hj samuri kajang ekekeke "
wuih! sodap tu! aku nak jadi tukang sebmelih ler kalo macam tu!
__________________
Innallah Ha Maassobirin - Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.......
Alhamdullilah kepada Abg Glemer, Abg Lan Gajah, Abg Talib Kepong dan Abg Rashidi dalam menjelaskan kepada semua mengenai apa yang berlaku ... Insyallah, kita semua akan berusaha dalam memperbaiki diri kita semua ini .. Insyallah ...
saya rasa ini bukan kali pertama pihak akhbar Metro membuat berita2 sensasi ttg Pekida.Yang saya lebih syak ianya adalah perbuatan balas dendam.Ingat tak dahulu tahun lepas kalau tak silap..harian metro telah membabitkan kita dengan pembunuhan di Perak.Dengan berita itu mereka sekali lagi mengempar cerita tentang Pekida samseng melayu yang turut menghebahkan kepada pihak umum tentang kapal,baiah,konsep adik abang dan dengan sedap mulut menambah memeras wang perlindungan dari org 29...cube cek balik metro tahun lepas...
dengan ini saya syorkan satu siasatan/risikan kita lakukan kepada org2 harian metro.yg saya dengar ketua depa pernah kene sound dgn org PakLah pasai cerita tahun lepas tuh..mungkin ada org yg sakit hati....
sama2 lah kita berhati2...salah kita pun ada jugak...
__________________
||| Bercinta Tak Semestinya Memiliki,Menentang Tak Semestinya Membenci |||
Mungkin ada kebenaran juga kata-kata Mr Kolumpo tu. Tengok reporter la. Tapi artikel mengenai Pekida terutama tentang berita Pekida Ranting Kg. Baru buat kebajikan pernah juga keluar di Harian Metro.
Sebenarnya banyak dah tentang kita dah keluar dalam Metro .. tentang sms pekida lah, yang kg baru tu, dll lagi tak ingat dah .. tapi nie baru je, so tak tau lahh ..
Saya sependapat dengan mrkolumpo, semacam ada bau balas dendam atau syak wasangka lihat kejadian di PERAK, apa celah dia nak korek sampai ke situ rasanya dalam siasatan polis pun tak ditanya sampai macam tu sekali, tetapi pihak metro nih suka mencari-cari, wartawan pantang dapat citer sensasi habih dia nak jual.
Bukan dari hasil siasatan polis tetapi hasil dari riki wartawan, kalau benar hasil siasatan polis mesti ada pegawai dari jabatan polis yang membuat kenyataan seperti kenyataan yang biasa kita dengar ... "LOMPAT BOLEH, TAPI JANGAN TINGGI SANGAT" takut nanti tak lepas pagar ... bedebuk jatuh.
wassalam
__________________
"SALAM KASIH SAYANG DAN IKATAN MESRA PERJUANGAN" -
pada saya Akhbar Harian Metro ni memang lebey ... diowang memang suke buat cite2 panas ... kadang memang betul tapi ditokok tambah dgn bau-bauan yg kurang menyenangkan sesetengah pihak. Al-maklumlah nak kasi laris lah katekan.
Jangan ade cerite yg menjadi buah mulut orang jer ... tup,tup,tup esok lusa kluar lah artikel dia kat muke depan. Tapi kalau asik je keluar cerite yg bunyi dia kuat sangat, pasal persatuan kite ni kat Akhbar tersebut ... saya cadangkan kite boikot je terus.
assalammualaikum.///rasanya dah lama x online,,,sy bersetuju dgn kate2 bro tu,tapi yang tak best nye mamat tu x ingat kerrrrr?ape pesan ayahanda,,,memang x dnafi kan wartawan tu telah salah tafsir.tapi kita kena beringat la tujuan hala tuju kita yang sebenar dalam perjuangan,,,, bukan dalam perjuangan mermpit,,,nak tulis banyak2 nanti ada orang terasa,minta maaf jika terkasar bahasa,k wassalam.///
asskum...saya tak nafikan mmg ada sesetengah remaja dari persatuan kita yg haru biru...dng masalah yg bersangkutan ngan pompuan,,ganja,,judi dan sbg..termasuk gak masalah mat rempit..bukan menuduh tapi ada diklngan adik beradik kita wat perangai gitu..kita hrpkan pd yg terbabit,,berubahlah..meh pakat jaga nama baik"PEKIDA"..kita yg mencorakkannya..kalau baik yg kita buat,,baiklah jadinya,,tapi kalau sebaliknya yg kita buat,,maka rosaklah persatuan yg suci murni ini..wassalam